Out of stock

Sulalatus Salatin: Sejarah Melayu (Edisi Pelajar)

Diselenggara oleh A. SAMAD AHMAD

DBP (Cetakan Kedua Puluh, 2021)
375 halaman

RM11.00

Out of stock

ISBN: 9789836256010 Product ID: 1966 Subjects: , , , Sub-subjects: ,

Sulalatus Salatin adalah judul asal Sejarah Melayu, diselenggara oleh A. Samad Ahmad berdasarkan naskhah lama tulisan tangan milik Haji Othman Abdullah (cod DBP MSS 86). Angka halaman pada halaman terakhirnya ialah 321. Beberapa halaman pada bahagian permulaannya telah hilang, dan kira-kira suku bahagian naskhah itu tulisannya berkeadaan kelam dan agak sukar dibaca. Sekurang-kurangnya dua halaman naskhah itu (hal. 82 dan 83) tulisannya hilang sama sekali. Selain segala kekurangan dan kecacatan ini, keadaannya boleh dikatakan masih baik, dan tulisan pada bahagian terbesarnya adalah terang dan jelas. Semasa mengusahakan buku ini, naskhah inilah yang penyelenggara jadikan asas panduan; di halaman-halaman yang hilang pada bahagian permulaan naskhah tersebut, dan pada bahagian-bahagian hurufnya kelam dan sukar dibaca, rujukan telah dibuat kepada naskhah Munshi Mohammad Ali (cod DBP MSS 86A).

Persoalan mengenai sekitar asal-usul Sulalatus Salatin atau lebih terkenal sekarang dengan nama Sejarah Melayu itu, sudah lamalah dipertikaikan oleh beberapa orang sarjana, terutama sekali sarjana-sarjana Barat, yang mempunyai segala kemudahan untuk mengkaji, meneliti, dan membanding-bandingkan di antara sebilangan banyak naskhah Sulalatus Salatin yang tersimpan di luar tanah air, khususnya di Eropah. Di sini tidaklah munasabah rasanya menyentuh segala hujah dan pendapat para sarjana tersebut, kecuali pada hal-hal yang difikirkan perlu; dan ini pun dengan hanya berpegang kepada edisi-edisi yang telah dicetak dan diterbitkan.

Tidak ragu-ragu lagi bahawa rahsia mengenai asal-usul Sulalatus Salatin itu, adalah tersimpul di dalam isi mukadimah pengarang atau penyusunnya; dan dengan meneliti, menghalusi isi mukadimah daripada naskhah-naskhah yang ayat-ayatnya tidak berkacau-bilau, maka tidaklah begitu sukar rasanya untuk memahami satu persatu maksudnya; ini bererti untuk menghuraikan segala sesuatu yang tersirat di dalamnya, haruslah diteliti halus-halus setiap ayat di dalam mukadimah itu. Bagi memenuhi maksud ini, maka dengan berdasarkan naskhah yang dijadikan asas panduan bagi edisi ini, penyelenggara turunkan ayat-ayat atau perenggan-perenggan yang berkenaan, serta cuba menghuraikannya dengan sedapat yang terupaya:

… pada suatu masa bahawa fakir duduk pada suatu majlis dengan Orang Besar-besar bersenda gurau. Pada antara itu ada seorang Orang Besar, terlebih mulianya dan terlebih besar martabatnya daripada yang lain. Maka berkata ia kepada fakir, “Hamba dengar ada Hikayat Melayu dibawa oleh orang dari Goa; barang kita perbaiki kiranya dengan istiadatnya, supaya diketahui oleh segala anak cucu kita yang kemudian daripada kita, dan boleh diingatkan oleh segala mereka itu. Dan adalah beroleh faedah ia daripadanya.

Daripada ayat-ayat dalam perenggan di atas itu, dapat di. fahami bahawa timbulnya ura-ura atau hasrat mengenai pe. penyusunan “Sulalatus Salatin”, ialah pada suatu majlis Orang Besar-besar. Orang Besar yang disebut telah mendengar “ada Hikayat Melayu dibawa oleh orang dari Goa” itu, tidak lain daripada yang Dipertuan di Hilir, Sultan Abdullah Ma’ayah Syah. Di samping itu, ada dua rangkai kata dalam perenggan ini, yang dianggap mengandungi rahsia dan boleh dipersoalkan, iaitu pertamanya: “Ada Hikayat Melayu”, dan yang keduanya: “Dibawa orang dari Goa”.

Oleh adanya perkaitan di antara perkataan “Hikayat Melayu”, itu dengan ayat “… barang kita perbaiki kiranya dengan istiadatnya”, maka dapat difahami bahawa “Hikayat Melayu” adalah merupakan sebagai inti daripada “Sulalatus Salatin”. Dengan perkataan lain, bahawa nenek moyang yang asal, yakni naskhah asal ‘Sulalatus Salatin”, adalah berintikan sebuah naskhah hikayat yang bernama “Hikayat Melayu”. Tidaklah pula diketahui, adakah naskhah yang tersebut itu, merupakan satu-satunya naskhah “Hikayat Melayu”; atau adakah seperti hasil-hasil sastera Melayu lama lain, iaitu selain daripadanya ada beberapa buah lagi salinan yang serupa dengannya. Terbitnya rasa keraguan ini ialah, kerana daripada perkataan “… ada Hikayat Melayu” itu, seolah-olah membawa pengertian bahawa “Hikayat Melayu” itu sudah sedia diketahui adanya, jika tidak pun sudah sedia terkenal pada zaman itu.

Dalam bidang kesusasteraan Melayu lama, apabila disebut “hikayat”, maka dengan serta-merta tergambarlah kepada kita betapa bentuk keadaannya, iaitu tiada mempunyai bab atau bahagian, tiada mempunyai perenggan, tiada mempunyai tanda-tanda berhenti, melainkan berselerak dengan perkataan “maka”, dan ada pula pada bahagian-bahagian yang tertentu menggunakan perkataan-perkataan: “arakian”; “hatta”, “kata2 sahibul hikayat” dan sebagainya.

Sebagaimana bentuk hasil-hasil sastera Melayu lama yang bernama “Hikayat”, termasuklah juga “Hikayat Melayu” itu, maka naskhah-naskhah “Sulalatus Salatin” juga tidak berubah bentuk keadaannya daripada yang sedemikian itu. Hanya sesudah melalui edaran zaman lebih dua abad terkemudian daripada zaman penciptaannya, iaitu sesudah naskhah-naskhah itu disunting, dicetak, dan diterbitkan menjadi edisi (tidak terkecuali edisi ini), barulah berubah bentuknya, dengan tersusun kepada beberapa bab atau bahagian, diadakan perenggan-perenggan serta tanda-tanda baca dan sebagainya. Mengenai “Sulalatus Salatin”, sehingga namanya pun bukan asli lagi, bahkan telah diubah oleh pihak yang tertentu kepada Sejarah Melayu.

Pengantar
Sekapur Sirih
Tiga Naskhah Lama Tulis Tangan
Prolog

I
1. Menjunjung Titah Raja
2. Penaklukan Iskandar Zul-Karnain
3. Perkahwinan Puteri Syahrul-Bariyah
4. Zuriat Iskandar Zul-Karnain
5. Perjalanan Hendak Menakluk Negeri China
6. Hendak Mengetahui Isi Laut
7. Zuriat Raja Suran

II
1. Kisah Bermula di Bukit Si Guntang
2. Asal Raja Minangkabau dan Tanjung Pura
3. Bersumpah Berteguh Janji
4. Membunuh Ular Sakti Mona
5. Mencari Tempat Baru Untuk Berbuat Negeri
6. Jadi Anak Angkat Raja Perempuan Bintan
7. Temasek Dijumpai

III
1. Puteri Nila Pancadi ke Singapura
2. Raja dan Bendahara Adik-Beradik
3. Peristiwa Tatal dan Menarah Kepala Budak
4. Badang Beroleh Gagah
5. Kegagahan Badang Diuji
6. Mula Kedatangan Islam ke Alam Melayu
7. Raja Pasai Ditipu dan Ditawan
8. Peristiwa Kerana Seorang Dayang

IV
1. Singapura Dilanggar Todak
2. Akibat Khianat, Singapura Dialahkan Majapahit
3. Raja Iskandar Berlepas ke Darat
4. Membuka Negeri Melaka
5. Kedatangan Islam ke Melaka
6. Susunan Tertib Adat Istiadat Diraja
7. Membuang Diri Kerana Berkecil Hati
8. Istana di Bawah Pengaruh Raja Rekan
9. Peristiwa Rampas Kuasa

V
1. Bakat Kebijaksanaan Tun Perak
2. Satu Cara Mengelakkan Pecah-belah
3. Langgaran Siam Dipatahkan
4. Pemerintahan Sultan Mansur Syah
5. Raja Indera Pura Ditawan
6. Hubungan Muhibah Melaka—Sulawesi
7. Dari Mana Hang Tuah Berasal
8. Maharaja Dewa Sura Dibebaskan
9. Hubungan Berbaik-baik Melaka—Siam

VI
1. Malang Membawa Tuah
2. Bakal Ratu Majapahit
3. Menjalin Muhibah Melaka—Majapahit
4. Telatah Budak-budak Raja Melaka
5. Memohon Jajahan Sebelum Kembali
6. Hang Tuah Dihukum Bunuh
7. Perhubungan Dengan Negeri China
8. Puteri Raja China ke Melaka
9. Kedal Kerana Tulah?

VII
1. Hang Jebat Kesiangan di Istana
2. Pertarungan Hang Tuah—Hang Jebat
3. Istana Sultan Mansur Syah Terbakar
4. Ramalan Bendahara Paduka Raja
5. Akibat Tiada Menyembah ke Melaka
6. Sesudah Kampar, Siak Pula
7. Ditolak Bumi Melaka
8. Juara Catur
9. Disuruh Merompak ke Ujung Tanah
10. Kitab Duri’l-Mazlum

VIII
1. Raja Cempa dan Zuriatnya
2. Gema Peristiwa Rampas Kuasa di Pasai
3. Wasiat Sultan Mansur Syah
4. Pemerintahan Sultan Alau’d-Din Ri’ayat Syah
5. Langkah Membasmi Pencuri
6. Akibat Salam Dibacakan Sembah
7. Mia Ruzul dengan Kambing Randuk
8. Ketiganya Sama Gagah
9. Gema Pembunuhan Telanai Terengganu

IX
1. Membunuh Tanpa Memberitahu ke Melaka
2. Pemerintahan Sultan Mahmud Syah
3. Bendahara Paduka Raja Dengan Laksamana
4. Wasiat Bendahara Paduka Raja
5. Nyaris Lembing Diterbangkan ke Dada
6. Peristiwa Pembunuhan Tun Ali Sandang
7. Telatah Orang-orang Yang Dikasihi Raja
8. Manjong dan Kelantan Diserang

X
1. Tun Mutahir Dijadikan Bendahara
2. Titisan Keturunan Bendahara Seri Maharaja
3. Peristiwa Patih Adam dengan Tun Minda
4. Meminang “Puteri Gunung Ledang”
5. Tepuk Berbalas, Alang Berjawat
6. Hang Nadim Dititahkan ke Benua Keling

XI
1. Seri Wak Raja dengan Gajah Pahang
2. Peri Cantiknya Paras Anak Bendahara Pahang
3. Tun Teja Dilarikan ke Melaka
4. Pertempuran di Laut Pulau Keban
5. Gajah Sultan Pahang Pula Dilarikan
6. Bersyaikh Diri di Lubok Pelang
7. Rahsia Pembunuhan Raja Zainal
8. Sultan Mahmud Syah Serba salah

XI
1. Raja Legor Gagal Menyerang Pahang
2. Biadab di Hadapan Bendahara
3. Zuriat Laksamana Hang Tuah
4. Raja Petani dan Raja Kedah Dinobatkan
5. Kebesaran Melaka dan Kedatangan Peringgi
6. Makhdum Dipersenda Muridnya
7. Bertanya Satu Masalah Agama ke Pasai

XIII
1. Tun Fatimah Anak Bendahara Seri Maharaja
2. Kekayaan Bendahara Seri Maharaja
3. Tun Hassan Temenggung Cuba Di”beli”
4. Punca Mencetuskan Sekejam-kejam Hukuman
5. Tamat Riwayat Tiga Orang Besar Negara
6. Bendahara Paduka Tuan (Bendahara Tepok)
7. Tun Biajid Sasar
8. Zuriat Bendahara Lubok Batu
8. Sultan Mahmud Membuang Kerajaan

XIV
1. Di Saat Akhir Kesultanan Melayu Melaka
2. Sultan Mahmud, Sultan Ahmad Berlepas Diri
3. Melantik Orang Besar-besar Kerajaan
4. Anak Raja Bakal Kerajaan
5. Tun Ali Hati Lebih Rela Mati
6. Raja Abdullah Ditawan Peringgi
7. Angkatan Peringgi Menyerang Bintan
8. Pusaka Dari Temenggung Seri Udani
9. Membalas Kasih Raja
10. Dari Bintan Pindah ke Kampar
11. Masalah Tiada Mempunyai Putera Lelaki

XV
1. Sultan Mahmud Syah Mangkat di Kampar
2. Bertapak Semula di Bumi Semenanjung
3. Berbuat Negeri di Kuala Johor
4. Surat Meminang dari Pahang
5. Hasrat Sultan Pahang Tercapai
6. Istiadat Perkahwinan Diraja Johor-Pahang
7. Selepas Mangkat Sultan Alau’d-Din
8. Nikah Dalam Sunyi
9. Wasiat Sultan Muzaffar Syah
10. Wasiat Sultan Abdul Jalil Diketepikan
11. Tun Seri Lanang Jadi Bendahara

Epilog
Lampiran
Panduan Catatan
Catatan

Weight0.467 kg
Dimensions21.5 × 14 × 2 cm
Language

Publisher

Year Published

5.0
Based on 1 review
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
  1. Anonymous (store manager)

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.