Sultan Ismail Petra: Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri Kelantan Darul Naim

Oleh: Mohamed Zain Saleh

DBP (Cetakan Pertama 2001)
156 halaman

RM120.00

In stock

Buku Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra: Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri Kelantan Darul Naim merupakan sebuah buku yang memaparkan ketokohan baginda Sultan sebagai seorang raja yang berdaulat dan cinta akan ketenteraman. Berkat ketabahan ini dan usaha yang gigih dalam semua bidang yang diceburi, baginda telah berjaya mencapai kecemerlangan dalam mentadbir Negeri Kelantan Darul Naim sehingga kini.

Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra adalah Sultan Kelantan Darul Naim. Baginda diputerakan pada 11 November 1949 di Istana Jahar, Kota Bharu, Kelantan. Ayahanda baginda, Almarhum Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim dan bonda baginda, Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Zainab II Ibni Almarhum Tengku Muhammad Petra yang bergelar Tengku Sri Utama Raja.

Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra dikurniai dengan gelaran Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan pada 11 November 1967 ketika berusia 18 tahun.

Pada 4 Disember 1968, baginda melangsungkan perkahwinan dengan Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan, Tengku Anis binti Tengku Abdul Hamid. Upacara adat istiadat yang bersejarah ini berlangsung di Istana Kota Lama, Kota Bharu, Kelantan.

Baginda menaiki singgahsana takhta kerajaan pada 30 Mac 1979, selepas kemangkatan ayahanda baginda, dan kemudian dimahkotakan pada 30 Mac 1980 sebagai Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri Kelantan yang ke-28.

Weight 1.5 kg
Dimensions 30.2 × 3.3 × 24.4 cm
Edition

Format

ISBN

9789836271457

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Sultan Ismail Petra: Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri Kelantan Darul Naim”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.