Sultan Ismail Petra: Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri Kelantan Darul Naim

MOHAMED ZAIN SALEH adalah penulis dan pengkaji sejarah yang berasal dari Kelantan.

DBP (Cetakan Pertama, 2001)
156 halaman

RM200.00

In stock

ISBN: 9789836271457 Product ID: 691 Subject: Sub-subjects: , , ,

Buku Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra: Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri Kelantan Darul Naim merupakan sebuah buku yang memaparkan ketokohan baginda Sultan sebagai seorang raja yang berdaulat dan cinta akan ketenteraman. Berkat ketabahan ini dan usaha yang gigih dalam semua bidang yang diceburi, baginda telah berjaya mencapai kecemerlangan dalam mentadbir Negeri Kelantan Darul Naim sehingga kini.

Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra adalah Sultan Kelantan Darul Naim. Baginda diputerakan pada 11 November 1949 di Istana Jahar, Kota Bharu, Kelantan. Ayahanda baginda, Almarhum Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim dan bonda baginda, Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Zainab II Ibni Almarhum Tengku Muhammad Petra yang bergelar Tengku Sri Utama Raja.

Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra dikurniai dengan gelaran Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan pada 11 November 1967 ketika berusia 18 tahun. Pada 4 Disember 1968, baginda melangsungkan perkahwinan dengan Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan, Tengku Anis binti Tengku Abdul Hamid. Upacara adat istiadat yang bersejarah ini berlangsung di Istana Kota Lama, Kota Bharu, Kelantan. Baginda menaiki singgahsana takhta kerajaan pada 30 Mac 1979, selepas kemangkatan ayahanda baginda, dan kemudian dimahkotakan pada 30 Mac 1980 sebagai Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri Kelantan yang ke-28.

Weight1.5 kg
Dimensions30.2 × 24.4 × 3.3 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.