Out of stock

Sundait Warisan Kadazandusun

Penulisan bersama JANATHAN KANDOK dan LOW KOK ON

DBP (Cetakan Pertama, 2016)
240 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM40.00

Out of stock

Sundait Warisan Kadazandusun membincangkan aspek sejarah dan definisi teka-teki, serta perbincangan latar belakang kajian teka-teki orang Kadazandusun. Bagi menonjolkan teka-teki sebagai salah satu subjek kajian yang penting di serata pelosok dunia, subjek kajian teka-teki dari Barat ke Timur turut diberi perhatian yang sewajarnya. Sundait Kadazandusun dikategorikan berasaskan kelas-kelas tertentu. Inti pati perbincangan sundait adalah dari segi aspek subgenre, konteks, dan fungsi. Berteka-teki ketika menuai padi merupakan amalan turun-temurun orang Kadazandusun di Sabah. Amalan ini sangat bererti buat beberapa kumpulan etnik petani Kadazandusun kerana mereka percaya bahawa aktiviti berteka-teki akan menyebabkan suasana riang di tempat menuai padi. Seterusnya, suasana riang ini dipercayai akan menyebabkan semangat padi tumpang gembira. Jika semangat padi berasa gembira, maka para petani akan memperoleh tuaian padi yang lumayan.

Budaya berteka-teki ini menyebabkan ribuan teka-teki, yang dikenali sebagai sundait dalam kalangan orang Kadazandusun, tersebar secara lisan daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain. Namun, sayang sekali, budaya berteka-teki seperti ini tidak lagi popular sejak 1980-an. Malah, ramai informan ketika ditemu bual memberitahu bahawa orang kampungnya tidak lagi berteka-teki pada masa kini. Jika keadaan sedemikian dibiarkan begitu, besar kemungkinan sundait yang diwarisi dari dahulu akan lenyap bersama pemergian warga tua Kadazandusun pada masa yang akan datang. Oleh hal yang demikian, kami berusaha mengumpul dan mentranskripsikan sundait daripada beberapa kumpulan etnik Kadazandusun seperti etnik Dusun Kimaragang, etnik Rungus, etnik Dusun Tobilung, etnik Dusun Liwan, dan beberapa kumpulan etnik lain yang menuturkan bahasa Dusunik. Objektif utama kami tidak lain dan tidak bukan 1alah mendokumentasikan sundait agar khazanah tradisi lisan kepunyaan etnik Kadazandusun dapat diabadikan. Dengan menterjemahkan sundait ke dalam bahasa Melayu, pembaca bukan Kadazandusun turut dapat menghayati dan menghiburkan diri dengan sundait.

Prakata
Penghargaan

1. Pengenalan Teka-Teki dan Sundait
2. Penelitian dan Penerbitan Teka-Teki: Dari Barat ke Timur
3. Pengelasan Sundait Kadazandusun
4. Subgenre, Konteks dan Fungsi Sundait
5. Unsur Kepercayaan, Kepekaan, Pandangan Dunia dan Pengajaran dalam Sundait

Penutup

Lampiran
1. Dokumentasi Sundait Daerah Kota Kinabalu
2. Dokumentasi Sundait Daerah Tuaran
3. Dokumentasi Sundait Daerah Kudat
4. Dokumentasi Sundait Daerah Kota Belud
5. Dokumentasi Sundait Daerah Keningau
6. Dokumentasi Sundait Daerah Ranau

Bibliografi
Indeks

Weight0.321 kg
Dimensions21.5 × 14 × 1.4 cm
Author(s)

,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.