Surah-Surah Terlarang: Persoalan Nasional

HISHAMUDDIN RAIS (b. 1951 – ) merupakan seorang aktivis politik dan sosial yang aktif berkarya menerusi filem, teater dan penulisan buku. Beliau juga pernah beberapa kali meringkuk dalam penjara semenjak zaman mahasiswa di Universiti Malaya tahun-tahun 1970-an sehinggalah ke era Reformasi 1998.

Soeloeh Merdeka (Cetakan Pertama, 2019)
190 halaman termasuk Bibliografi

RM25.00

In stock

Hishamuddin Rais dalam Surah-Surah Terlarang: Persoalan Nasional mungkin kelihatan seperti ‘kasar’ dan tidak lunak dari sudut gaya bahasanya yang tajam menusuk serta ‘tidak sensitif’ apabila menggunakan beberapa perkataan yang ‘terlarang’ dalam penulisan buku beliau ini. Akan tetapi beliau jujur dan berterus-terang menyatakan buah fikiran serta perasaannya tanpa berselindung. Seperti kata beliau dalam buku ini—persoalan nasional perlu dihadapi seperti seorang matador yang memegang tanduk sang seladang jantan secara berhadapan.

Persoalan nasional dalam sebuah negara yang rencam bangsa, budaya, agama dan bahasa rumit untuk diselesaikan. Ianya menuntut kesabaran yang tinggi, tolak-ansur yang besar, jiwa yang lapang serta fikiran yang jernih dan tenang untuk merungkaikannya.

Barangkali mungkin ini yang diperlukan untuk memulakan wacana persoalan nasional, suatu persoalan yang sudah lama kita tinggalkan. Kali terakhir perbahasan tentang persoalan nasional diangkat sebagai wacana besar di peringkat kebangsaan ialah di dalam Debat Kebudayaan antara Syed Naguib al-Attas dan Lim Kit Siang pada November 1968. Malangnya kurang daripada enam bulan selepas itu terjadi rusuhan antara kaum 13 Mei 1969.

Sejak daripada itu wacana persoalan nasional diketepikan dari perbincangan arus perdana. Ideologi ‘pembangunanisme’ atau dalam bahasa Inggerisnya ‘developmentalism‘ menjadi wacana dominan negara. Usaha-usaha untuk meramaikan lagi usahawan dan kelas menengah bumiputera khususnya, menjadi tumpuan utama. Persoalan nasional ditinggalkan dan hanya sekali-sekala sahaja ianya dibangkitkan oleh kelompok-kelompok kecil khususnya dari kaum budayawan dan sasterawan.

Namun di sebalik cantik dan cela pembangunan yang kita sama-sama nikmati di tanah air kita ini, persoalan nasional tetap tak terselesaikan. Malahan manifestasi kepada persoalan nasional yang tak selesai ini dapat kita lihat melalui penggemblengan massa yang semakin gencar dilakukan baik oleh parti-parti politik mahupun organisasi-organisasi masyarakat sivil yang masih terus-menerus menggunakan sentimen etnik dan agama untuk meraih sokongan serta dukungan politik.

Justeru dengan wujudnya ruang demokrasi yang lebih luas sekarang berbanding sebelumnya, kami merasakan perlu untuk diterbitkan dan disunting penulisan Hishamuddin Rais tentang persoalan nasional dengan lebih kemas dan tersusun, agar ianya dapat dijadikan bukan sahaja dokumen perjalanan sejarah pemikiran bangsa kita tetapi juga sebagai wahana untuk membuka kembali perbincangan mengenai persoalan nasional yang telah lama kita pinggirkan.

Membaca Surah-Surah Terlarang ini memerlukan pemahaman konteks dan kondisi politik pada waktu ianya ditulis.

Terdapat 19 Bab di dalam buku ini. Bab 1 hingga Bab 15 ditulis sebelum pertukaran kerajaan, iaitu pra-PRU14. Justeru rujukan, perkataan, susunan ayat, tujuan dan sasaran tulisan Hishamuddin Rais dalam Bab 1-15 perlu dibaca dalam konteks ketika UMNO dan Najib Razak masih berkuasa.

Manakala tulisan-tulisan beliau berikutnya yang terkandung di dalam Bab Epilog (1-4), perlu dibaca dalam konteks selepas pertukaran kerajaan yakni pasca-PRU14.

Walau pun terdapat dua konteks yang berbeza ketika bab-bab itu ditulis, namun intipati kepada apa yang ingin disampaikan oleh Hishamuddin Rais tetap relevan. Malahan ianya menjadi lebih relevan lagi apabila selepas kejatuhan UMNO dan Najib Razak, persoalan yang melibatkan isu etnik, agama, budaya, sekolah, bahasa, identiti nasional dan jati diri negara-bangsa Malaysia menjadi lebih panas dan hangat lagi. Suatu manifestasi yang menurut Hishamuddin Rais dalam bukunya ini terhasil akibat daripada kegagalan untuk menyelesaikan persoalan nasional.

Surah-Surah Terlarang: Persoalan Nasional merupakan penerbitan pertama Soeloeh Merdeka Publishing, sebuah rumah penerbitan yang bernaung di bawah Kawah Buku.

Singkatan Kata
Catatan Penyunting
Penghargaan
Kata Pengantar

1. Mukadimah
2. Persoalan Nasional: Manifestasi Kegagalan
3. Persoalan Nasional: Kehadiran Yang Lain
4. Persoalan Nasional: Quo Vadis Tanah Melayu?
5. Psike Melayu: Pertembungan Pertama
6. Psike Melayu: Suatu Sejarah Tragedi
7. Psike Melayu: Trauma Pemisahan
8. Psike Melayu: Aparatus Kekuasaan
9. Psike Melayu: Dari Runtuhan Peradaban
10. Psike Melayu: Dikepung dan Terkepung
11. Keperibadian Nasional: Menundukkan Seladang
12. Keperibadian Nasional: Mengangkat Budaya Pentakrif
13. Yang Lain Menguasai Ekonomi
14. Kehendak Untuk Berubah
15. Menemukan Keperibadian Nasional

Selepas kejatuhan…

Mengulang Tanya Persoalan Nasional
13 Mei—Tanda dan Makna
Perihal Identiti dan Melayu
Siapa Melayu?

Bibliografi

Weight0.3 kg
Dimensions13.97 × 21.59 × 1.3 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

5.0
Based on 12 reviews
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
  1. Anonymous (store manager)

    (0) (0)
  2. Anonymous (store manager)

    (0) (0)
  3. Anonymous (store manager)

    (0) (0)
  4. Anonymous (store manager)

    (0) (0)
  5. Anonymous (store manager)

    (0) (0)
  6. Anonymous (store manager)

    (0) (0)
  7. Anonymous (store manager)

    (0) (0)
  8. MUHAMMAD SAMSURI (Verified Reader)

    (0) (0)
  9. NORAIDA RASHID (Verified Reader)

    (0) (0)
  10. Syahid N. Naim Nazir (Verified Reader)

    (0) (0)
  11. Tan Sri Mohd Anis (Verified Reader)

    (0) (0)
  12. Shelvy T. (Verified Reader)

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.