Survival Penerbitan Akhbar dalam Era Konvergens

SHAHRUL NAZMI SANNUSI adalah pensyarah Kanan di Pusat Komunikasi dan Masyarakat Digital (MENTION), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, 2019)
169 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM35.00

Only 1 left in stock

Survival Penerbitan Akhbar dalam Era Konvergens membincangkan tujuh isu berkaitan dunia penerbitan akhbar dalam era media baharu di Malaysia. Secara lebih jitu, tiga fokus utama diperhalusi iaitu pensejarahan penerbitan akhbar, trend semasa dan seterusnya akhbar pada masa hadapan. Semua bab yang terdapat dalam buku ini adalah hasil daripada penyelidikan yang telah dijalankan sebelum ini.

Adakah benarindustri akhbar di Malaysia ketika ini dianggap sebagai “A Dying Business?” Persoalan ini cuba diketengahkan diawal bab ini memfokuskan kepada senario semasa penerbitan akhbar di Malaysia dan antarabangsa serta bagaimana era konvergens telah mengubah pola penerbitan akhbar seluruh dunia. Bab ini juga membincangkan tentang paksi penerbitan sesebuah akhbar yang banyak bergantung kepada elemen editorial, sirkulasi dan periklanan dalam menyokong survival penerbitannya. Cabaran semasa yang wujud dalam industri juga turut disentuh selain memperkenalkan profil beberapa syarikat penerbitan akhbar berbahasa Melayu tempatan seperti yang wujud dalam Audit Bureau of Circulation (ABC Malaysia).

Isu “Perspektif Ekonomi Dalam Penerbitan Akhbar” pula membincangkan tentang kandungan sesebuah akhbar serta operasinya. Persoalan tentang perekonomian media khususnya bagaimana sesebuah penerbitan akhbar mampu meraih pendapatan hasil jualan dan periklanannya juga disentuh. Ia juga turut membincangkan tentang cabaran semasa yang melanda industri persuratkhabaran serta bagaimana kuasa media baharu berjaya mengubah cara pembaca membaca akhbar.

Polemik survival terkini khususnya berkaitan jualan akhbar dalam negara ini akan diperbincangkan dalam bab seterusnya yang berjudul “Senario Sirkulasi dan Periklanan Akhbar.” Ia akan memperihalkan analisis mendalam terhadap kadar sikulasi dan periklanan selama 10 tahun yang berjaya diraih oleh tiga buah akhbar utama berbahasa Melayu di Malaysia. Ia juga turut melibatkan pandangan beberapa pakar yang dapat memberikan gambaran semasa tentang trend sirkulas; dan periklanan yang berjaya diperolehi dimasa akan datang.

Pandangan khalayak terhadap bahan bacaan akhbar juga turut disentuh dalam Survival Penerbitan Akhbar dalam Era Konvergens menerusi bab berjudul “Akhbar…Apa Kata Pembaca?” Secara khusus membincangkan secara langsung tentang input pembaca yang diperolehi melalui temubual kumpulan berfokus keatas golongan pembaca sekitar Lembah Klang. Ia menyentuh tentang 3 isu utama iaitu dalam aspek personal, aspek keperluan maklumat serta sumber hiburan. Pelbagai isu tentang keperluan pembacaan akhbar serta persepsi mereka terhadap bentuk kandungan akhbar yang telah dibaca oleh mereka juga turut dihuraikan secara mendalam.

Bagaimana pula prospek akhbar dimasa akan datang? Isu ini akan diperbincangkan dalam bab bertajuk “Prospek Akhbar di Masa Hadapan,” yang secara khusus memfokuskan kepada 3 konteks utama iaitu keperluan maklumat, keperluan identiti personal dan juga sumber hiburan. Ia juga turut membincangkan tentang cabaran dan ramalan masa hadapan industri akhbar tempatan khususnya berhadapan dengan era konvergens ketika ini.

Bila menyentuh soal survival akhbar masakini, prospek masa medis hadapan yang berlandaskan digital juga turut dibincangkan melalu bab yang bertajuk “Kewartawanan Akhbar Versi Digital”. Bab in secara khusus menceritakan tentang bentuk kewartawanan dan akhbaf dimasa akan datang. Selain itu, ia juga turut menerangkan tentang kewujudan akhbar portal yang kini semakin meningkat popular yang disokong dengan rantaian media sosial. Kewujudan akhbar portal juga sekaligus telah mencabar dominasi akhbar bercetak namun dilihat relevan seiring dalam era konvergens dimasa akan datang.

Di Malaysia, industri penerbitan akhbar mula menunjukkan jalan yang semakin berliku ekoran kemunculan saluran media digital yang lebih bersifat interaktif dan kompetitif. Keadaan ini sekaligus telah mengancam survival industri media negara secara menyeluruh. Akhbar seperti Harian Metro, Sinar Harian dan Utusan Malaysia menjadi antara akhbar yang begitu dominan dan mendapat jualan tertinggi sejak bertahun dulu. Namun, kini tahap sirkulasinya semakin merosot selain kehilangan banyak pendapatan daripada jualan ruangan iklannya. Peningkatan kos operasi dan bahan mentah seperti kertas juga telah memburukkan lagi keadaan dan menyaksikan beberapa organisasi media terpaksa mengecilkan saiz operasinya.

Kemunculan pelbagai saluran media atas talian yang menawarkan kandungan berita yang dipersembahkan dengan gaya bahasa lebih menarik golongan pembaca juga telah mengalihkan sebahagian besar pembaca setia akhbar bercetak, serta menarik majoriti golongan muda. Cabaran dalam menangani persaingan daripada media baharu menyebabkan penerbit terpaksa memikirkan model perniagaan baharu bagi memastikan kelangsungan mereka dalam pasaran yang kompetitif. Inilah yang dibincangkan dalam Survival Penerbitan Akhbar Dalam Era Konvergens. Buku ini turut memperkatakan prospek penerbitan dan majalah versi digital di samping persepsi pembaca terhadap fenomena ini.

Weight0.261 kg
Dimensions22.8 × 15.1 × 0.8 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.