Out of stock

Svara (Isu 1)

JAN – MAC 2020
Pelita Tenggara
51 halaman

RM25.00

Out of stock

ISSN: 27165426 Product ID: 30677 Category: Tag:

Jurnal Svara bermula dengan keinginan yang sangat sederhana; untuk menjadi pelantar yang menghimpunkan tulisan-tulisan menarik dalam bahasa Melayu. Di dalam era digital dengan kecenderungan dipacu oleh angka-bahasa yang tidak substantif, juga ketika peranan media massa berwibawa semakin menguncup dalam kalangan masyarakat umum yang lebih mempercayai pembohongan dan hiruk-pikuk di jaringan media sosial, keperluan terhadap apa saja yang dapat mengimbangi hal berkenaan dirasakan tidak pernah menjadi lebih penting berbanding kini, ketika kita melangkah masuk ke tahun 2020.

Ketika perhatian di sekeliling lebih diberikan terhadap hal-hal remeh dan keriuhan yang bukan-bukan, Svara hanya ingin kekal di suatu sudut tersendiri, mengisi ruang berkenaan dengan sebuah penerbitan seni budaya di Malaysia, yang mengingatkan kita kembali apa ertinya untuk bersenggolan dengan sisi kemanusiaan “sekali lagi”. Svara berhasrat untuk menjadi sebuah tapak berdikari yang bebas dan selalu berusaha untuk meletakkan bahasa di tempat yang sewajarnya. Terkandung di dalamnya ialah kisah-kisah dari pengalaman dan pemerhatian warga, serantau dan juga sejagat yang jauh lebih menarik serta penting untuk diteroka.

Svara mahu melahirkan dan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan dan rasa yakin diri penulis-penulis muda serta dalam masa yang sama, menanam benih etika kerja editorial yang cermat dan lebih tertumpu untuk disepakati. Hal ini sedemikian kerana, penerbit percaya bahawa jika ingin kerja tulis-menulis ini dihormati, ia bukanlah suatu hal yang boleh dilakukan secara sambil lewa atau tanpa disiplin. Svara ingin menghimpun seberapa ramai penulis dari pelbagai latar untuk menyatakan sudut pandang, naratif serta kisah-kisah dari arus pinggir kita sendiri untuk diketengahkan. Adalah menjadi cita-cita penerbit untuk turut menerbitkan perihal serantau dan mendunia yang berkaitan, termasuk melalui penterjemahan, yang dapat memperkaya pengalaman dan pengetahuan.

Lembar Svara juga mahu menjadi medan pencak idea, pandangan, sanggahan serta pemikiran yang rencam merangkum, di dalam usaha untuk menjadi sumbu yang menyemarakkan lagi pemerhatian serta perbincangan terhadap hal ehwal bersangkutan seni, sastera, politik dan juga budaya popular kontemporari lainnya. Dalam melakukan itu, penerbit meminjam semangat penerbitan-penerbitan berkualiti lain yang terlebih dahulu pernah diterbitkan di negara ini, untuk dijadikan pedoman dalam menelisik dan menjadi cerminan kepada pegangan seumpama itu, yang kemudian dibentangkan untuk dinilai dan dimanfaatkan oleh pembaca.

Sidang redaksi
Garis kepengarangan Svara

SAJAK

Balada perawi mabuk dalam enam babak
Hafiz Hamzah

Tiga sajak
Aisyah Rais

CERPEN

Malam pertama
Suzana Ahmad

Kecelaruan bahasa Amsterdam
A. Muziru Idham

Azhari Ayub, sihir sejarah dan Kura-Kura Berjanggut
Noor Azam Shairi

SERANTAU

Pattani dalam tiga judul kecil
Zikri Rahman

ESEI

Wibawa media massa Malaysia
Wan Hamidi Hamid

Kelalaian di hadapan bahasa
Hafiz Hamzah

Denyut Dangdut Kelantan
Faisal Tehrani

FOKUS

Tahun-tahun sebagai wartawan
Aedi Asri & Fazallah Pit

MUZIK

Dirgahayu, Dirgahayu
Badrul Hisham Ismail

Percubaan Riwayat kembali kepada tradisi
Izham Yusak

FILEM

Dua kritik tentang Motif
Nazim Masnawi & Abror Rivai

Weight 0.4 kg
Dimensions 37 × 27.5 × 0.8 cm
Author(s)

, , , , , , , , , , , , ,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.