Syair Perlembagaan Negeri Brunei: Gagasan Persuratan Baru

NURDIYANA ABD. GHANI adalah tenaga pengajar sebuah sekolah menengah di Negara Brunei Darussalam dalam bidang Kesusasteraan Melayu.

ZUBIR IDRIS Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, 2021)
133 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM30.00

In stock

If you purchase this book you will earn 6 reward points!
ISBN: 9789672512981 Product ID: 29391 Subjects: , , Sub-subjects: , , , ,

Syair Perlembagaan Negeri Brunei: Gagasan Persuratan Baru adalah sebuah kajian yang mengajukan syair karya Omar ‘Ali Saifuddien sebagai sebuah karya kanon untuk dinilai kekuatan dan kedudukan ilmu yang terkandung di dalamnya berdasarkan Gagasan Persuratan Baru. Syair Perlembagaan Negeri Brunei karangan Sultan Muda Omar ‘Ali Saifuddien mengandungi rakaman peristiwa penting dalam perundingan penubuhan Perlembagaan Negeri Brunei dan mempunyai unsur-unsur nasihat kepada ‘pakulun baginda’ dalam memimpin rakyat serta mentadbir negara. Syair ini bukan hanya lahir sebagai karya sastera tetapi sebagai dokumen atau artifak yang mesti dipelihara. Keunggulannya terserlah melalui tiga pengisian utama iaitu pertama, menjurus kepada pandangan dan cita-cita tinggi seorang putera diraja terhadap rakyatnya; kedua, catatan peristiwa sejarah tentang penubuhan Perlembagaan Bertulis dan ketiga, mengemukakan unsur-unsur nasihat yang penuh dengan tamsil yang diasaskan kepada pengalaman dan kewibawaan daya kepimpinan.

Berasaskan kepada faktor tersebut, teks Syair Perlembagaan Negeri Brunei diajukan sebagai sebuah karya kanon. Kehebatan syair ini amat terserlah kerana pengisiannya yang mengemukakan gagasan dan falsafah ideologi kepimpinan raja ke arah kemajuan dan wawasan negara di hari mendatang. Tambahan pula yang menghasilkan syair ini merupakan seorang nasionalis dan sasterawan negara yang unggul lagi terserlah kejayaannya menerajui pemerintah negara Brunei selaku Sultan ke-28. Terdapat sepuluh buah syair telah diterbitkan yang membuktikan baginda seorang yang produktif, walaupun pada masa yang sama baginda terpaksa menumpukan kepada pentadbiran negara yang lebih serius.

Disebabkan bakat, minat dan komitmen yang tinggi terhadap tugas serta tanggungjawab terhadap rakyat, baginda telah memanfaatkan masa yang terluang dengan mendampingi rakyat, memahami semangat dan harapan mereka lalu ditulis dalam karya-karya. Segala penglibatan terhadap politik pemerintahan, ekonomi dan pendidikan telah menimbulkan semangat nasionalisme baginda untuk melihat rakyat dan bangsanya maju. Secara keseluruhannya, fokus utama dalam penulisan ini membicarakan Syair Perlembagaan Negeri Brunei sebagai kanon berlandaskan nilai ilmu yang meliputi nasihat dan pengajaran.

Perkembangan penulisan kreatif semakin mengorak langkah dengan mengemukakan pelbagai teori yang berfungsi untuk hiburan semata-mata, lantas menimbulkan persoalan tentang nilai dan kedudukan ilmu yang benar, adakah penulisan tersebut layak disajikan buat pembaca. Sehubungan itu, Gagasan Persuratan Baru telah tampil untuk menilai kriteria ilmu dalam sesebuah karya kesusasteraan, bertujuan mengembalikan persuratan Melayu kepada teras nilai-nilai Islam. Sesungguhnya teks Syair Perlembagaan Negeri Brunei terbukti menepati kriteria sebuah karya kanon berdasarkan gagasan Persuratan Baru yang pengisiannya tidak terpisah daripada pengajaran al-Quran. Dengan merujuk konsep Taklif sebagai panduan berkarya, Syair Perlembagaan Negeri Brunei berupaya mendidik pembaca untuk kembali kepada jalan kebenaran yang hakiki.

Senarai Jadual & Rajah
Senarai Singkatan
Prakata

BAB 1 Pendahuluan

BAB 2 Sejarah Perkembangan Syair di Negara Brunei Darussalam

BAB 3 Hubungan Gagasan Persuratan Baru dengan Karya Kanon dan Syair Perlembagaan Negeri Brunei

BAB 4 Nilai Adab dalam Syair Perlembagaan Negeri Brunei

BAB 5 Ilmu Ketatanegaraan dalam Syair Perlembagaan Negeri Brunei sebagai Karya Kanon

BAB 6 Penutup

Catatan Hujung
Rujukan
Indeks

Weight 0.209 kg
Dimensions 22.9 × 15.1 × 0.7 cm
Author(s)

,

Edition

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Syair Perlembagaan Negeri Brunei: Gagasan Persuratan Baru”

Your email address will not be published. Required fields are marked *