Out of stock

Syair Sidang Fakir: Shaykh Hamzah Fansuri

MOHD KAMAL MAHDI (MA) merupakan Penolong Pengarah, Bahagian Pendidikan Islam di Kementerian Pendidikan Malaysia , Cyberjaya.

MOHD SYUKRI YEOH ABDULLAH (PhD.) adalah Prof. Madya dan Felo Kanan di ATMA, UKM. Beliau berkepakaran dalam sejarah pemikiran tokoh dan manuskrip Alam Melayu.

Penerbit UKM (2018)
173 halaman

RM30.00

Out of stock

Syair Sidang Fakir: Shaykh Hamzah Fansuri memperlihatkan tentang mesej Shaykh Hamzah Fansuri dalam manuskrip Syair Sidang Fakir mikrofilem no. 234, Perpustakaan Zaba Universiti Malaya. Pendekatan tahkik dan semiotik diguna dalam menganalisis teks tersebut. Penulisan ini menemukan bahawa terdapat pelbagai mesej semiotik, seperti ikon, indeks dan simbol dalam Syair Sidang Fakir. Mesej yang disampai oleh Shaykh Hamzah Fansuri ialah beberapa kesepakatan ahlilLah semasa dalam perjalanan (tarekat) kepada Allah SWT, iaitu mengenali Allah SWT melalui ciptaan-Nya (manusia dan alam semesta), memahami kedudukan manusia dan Allah, mengimbangi syariat dengan hakikat semasa berada dalam perjalanan (tarekat), mengenal nafsu dan kawalannya, ikhlas, usaha dan pengorbanan menuju ke jalan-Nya.

Pemahaman ilmu ketuhanan yang digaris oleh Shaykh Hamzah Fansuri dalam teks manuskrip ini boleh dijadi bahan bacaan bagi para ahlillah hari ini yang ingin mendekat diri kepada Allah swt. Penelitian  telah menghasilkan buku yang memapar pemikiran ilmu ketuhanan Shaykh Hamzah Fansuri yang selama ini dianggap dan difatwa sesat oleh Shaykh Nuruddin al-Raniry dan sebilangan sarjana dewasa ini. Pemikiran rumus ilmu ketuhanan dalam teks Karya Syair Sidang Fakir membukti penolakan tanggapan negatif terhadap kemurnian ajaran tasawuf sunni yang dianutnya.

Dalam karya Syair Sidang Fakir: Shaykh Hamzah Fansuri mengemukakan metode mendekatkan diri kepada Allah s.w.t melalui ciptaan-Nya, iaitu manusia dan alam semesta, memahami kedudukan hamba dengan Tuhan , mengimbangi syariat dengan hakikat dalam pelajaran tarekat, mengenal nafsu dan kawalan terhadapnya, ikhlas, usaha dan pengorbanan menuju ke jalan Allah swt. Pandangan ini boleh menjadi panduan landasan kepada masyarakat Alam Melayu dalam penghayatan agama Allah swt.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.275 kg
Edition

Format

ISBN

9789674122706

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Syair Sidang Fakir: Shaykh Hamzah Fansuri”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.