Syed Syeikh al-Hadi: Sasterawan Progresif Melayu

TALIB SAMAT adalah Pensyarah Kanan di Fakulti Bahasa dan Kesusasteraan Melayu di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

DBP (Cetakan Pertama, 1992)
205 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM25.00

In stock

ISBN: 9789836223821 Product ID: 671 Subject: Sub-subjects: , , ,

Syed Syeikh al-Hadi: Sasterawan Progresif Melayu merupakan sebuah kajian biografi tokoh cuba mentafsirkan perjuangan, kehidupan dan persekitaran Syed Syeikh al-Hadi bagi menggambarkan perwatakan, pemikiran, ketokohan, kehebatan dan keunikan sasterawan progresif ini dari sudut pandangan dan pemikirannya yang tersendiri. Kajian ini bercorak kreatif dan deskriptif yang memperkenalkan secara mendalam pengarang-pengarang sastera Melayu yang dianggap penting, yang telah memperlihatkan sumbangan karya sastera yang berkesan dalam arus perkembangan kesusasteraan di Malaysia.

Kehidupan seorang sasterawan bertaraf ulama yang sering dianggap sebagai pencetus kebangkitan semangat nasionalisme yang terawal di Tanah Melayu sekaligus peneroka dan perintis genre novel dalam sejarah kesusasteraan Melayu merupakan sesuatu yang unik pada tokoh ini, Syed Syeikh al-Hadi. Biografi ini diharapkan dapat mencetuskan kesedaran dan inspirasi kepada kaum penulis dan masyarakat umum untuk menghargai jasa dan sumbangan tokoh besar dalam kesusasteraan Melayu moden ini.

Ketajaman mata pena da tulisannya seperti yang terpancar dalam tulisannya di majalah Al-Imam, Al-Ikhwan dan akhbar Saudara serta novel sadurannya yang termasyhur. Hikayat Faridah Hanum terus memancarkan kecemerlangan sehingga ke hari ini yang menjadi kajian berterusan dan ikutan kaum sasterawan tanahair ini. Hampir sebahagian besar perjuangan, biografi, sikap dan pemikiran serta perbincangan karya Syed Syeikh al-Hadi cuba digambar dan dibayangkan dengan jujur, berani dan berterus terang.

Pengantar

1. Riwayat Hidup
2. Pengalaman, Sikap dan Pemikiran
3. Perbincangan Karya
4. Petikan Karya Popular

Senarai Karya
Bibliografi
Indeks

Weight0.240 kg
Dimensions21.5 × 14 × 1.2 cm
Publisher

Year Published

5.0
Based on 1 review
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
  1. Anonymous (store manager)

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.