Out of stock

Tamadun Melayu: Menyongsong Abad Kedua Puluh Satu

Kumpulan tulisan ISMAIL HUSSEIN, WAN HASHIM WAN TEH dan GHAZALI SHAFIE

Penerbit UKM (Cetakan Kedua, Edisi Kedua, 2001)
215 halaman termasuk Indeks

RM30.00

Out of stock

Product ID: 5220 Subjects: , Sub-subjects: , , , ,

Tamadun Melayu: Menyongsong Abad Kedua Puluh Satu memuat dua buah tulisan oleh Prof. Tan Sri Ismail Hussein dan Prof. Dato’ Wan Hashim Wan Teh. Kedua-dua mereka pernah menerajui Institut Alam dan Tamadun Melayu (dahulunya, Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu) di Universiti Kebangsaan Malaysia. Bab pertama memuat tulisan Ismail Hussein, Antara Dunia Melayu dengan Dunia Kebangsaan. Bab Kedua, Wan Hashim menulis dengan judul Tamadun Melayu dan Pembinaan Tamadun Abad Kedua Puluh Satu.

Kedua-dua bab ini pernah terbit secara berasingan dalam Siri Syarahan Perdana Universiti Kebangsaan Malaysia Tulisan Ismail Hussein terbit pada 1990 manakala tulisan Wan Hashim terbit pada 1997. Dalam tulisannya, Ismail Hussein menyorot kesedaran Melayu-Polinesia dalam ertinya yang luas, mula timbul pada akhir abad ke-l9, apabila bahasa, etnologi dan arkeologi pulau-pulau Lautan Pasifik dan Kepulauan Asia Tenggara telah luas diterokai, dan hubungan kekeluargaan antara ratusan suku bangsa dari Pulau Paskah hingga ke Madagaskar menjadi ketara. Elit pribumi Hawaii telah memimpikan penyatuan wilayah Melayu-Polinesia dari sejak tahun 1870-an, dan Jose Rizal serta Apolinario Mabini, penggerak revolusi Filipina dalam tahun 1890-an, telah mengungkapkan pembebasan dan penyatuan negara-negara Melayu.

Wan Hashim pula mengandaikan bahawa proses pembinaan kembali Tamadun Melayu boleh dilakukan oleh Malaysia secara terancang supaya matlamat dan wawasan yang ingin dicapai berhasil serta menepati sasarannya. Beliau mengutip pemikir dan ahli sains sosial, seperti Ibn Khaldun, Arnold Toynbee, Malik Bennabi, Karl Marx, Max Weber, Emile Durkheim, dan Ali Syariati. Semua mereka ini pernah membincangkan secara teliti persoalan jatuh dan bangunnya tamadun berdasarkan pengalaman Eropah dan Dunia Islam.

Edisi kedua Tamadun Melayu: Menyongsong Abad Kedua Puluh Satu diterbitkan dengan tambahan empat bab yang digarap oleh Y. Bhg. Tan Sri Ghazali Shafie, seorang ahli politik veteran dan bekas karyawan Tamu di Institut Alam dan Tamadun Melayu . Bab ke-3 hingga bab ke-5 pernah diterbitkan dengan judul Rumpun Melayu dan Bangsa Malaysia menjelang Tahun 2020 pada tahun 1995. Untuk Edisi Kedua buku ini, penerbit tambahkan bab ke-6, yang asalnya adalah ucapan Tan Sri Ghazali Shafie dalam Persidangan Dialog Malindo II pada 18 Januari 1990 di Puncak, Bogor, Indonesia. Tajuk asal ucapan ini ialah “Perspektif Sejarah Hubungan Republik Indonesia dan Malaysia: Kerjasama, Masalah dan Tantangan”. Akhbar Mingguan Malaysia kemudian menerbitkannya pada 28 Januari 1990 dengan judul “Bangsa Melayu mesti Hidup Serumpun Demi Kepentingan Keselamatan.”

Pengertian ‘songsong’ atau ‘menyongsong’ pada judul buku ini mempunyai dua makna yang berbeza iaitu ‘maju menghadapi atau menempuh sesuatu yang bertentangan arah’ dan ‘mengalu-alukan, menyambut kedatangan’. Di samping mengalu-alukan kedatangan abad kedua puluh satu yang menjelang, ketiga-tiga penulis ini mempunyai keyakinan bahawa Tamadun Melayu yang mantap dan telah diperkukuhkan mempunyai kemampuan tinggi untuk menghadapi sebarang cabaran serta mengetepikan segala unsur yang akan merosakkan kemurnian dan ketinggian Tamadun Melayu yang sudah terbina sejak dua ribu tahun yang silam.

Prakata Edisi Pertama
Prakata Edisi Kedua

1. Antara Dunia Melayu dengan Dunia Kebangsaan
ISMAIL HUSSEIN

2. Tamadun Melayu dan Pembinaan Tamadun Abad Kedua Puluh Satu
WAN HASHIM WAN TEH

3. Rumpun Melayu: Cabaran dan Masa Depan Tamadunnya
GHAZALI SHAFIE

4. Melayu dan Masyarakat Malaysia Menjelang 2020
GHAZALI SHAFIE

5. Pembinaan Bangsa Malaysia
GHAZALI SHAFIE

6. Bangsa Melayu Mesti Hidup Serumpun Demi Kepentingan Keselamatan
GHAZALI SHAFIE

Indeks

Weight0.328 kg
Dimensions22.5 × 15 × 1.3 cm
Author(s)

, ,

Format

Language

Publisher

Year Published

5.0
Based on 3 reviews
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
  1. Anonymous (store manager)

    (0) (0)
  2. Anonymous (store manager)

    (0) (0)
  3. Anonymous (store manager)

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.