Tambo Alam Naning

MOHD. SHAH MOHD SAID AL-HAJ adalah Orang Kaya Seri Raja Merah Dato’ Penghulu Naning (Undang Naning ke-XVIII).

DBP (Cetakan Ketiga 2014)
483 halaman

RM50.00

Tambo Alam Naning ialah suatu pendokumentasian Adat Perpatih Naning yang terperinci dan tersusun, hasil usaha Orang Kaya Seri Raja Merah Dato’ Penghulu Naning (Undang Naning ke-XVIII). Naning, yang pada suatu masa dahulu merupakan salah satu wilayah Negeri Sembilan, adalah daerah yang termasuk dalam wilayah pentadbiran negeri Melaka sekarang ini. Sungguhpun telah terpisah dari Negeri Sembilan, masyarakat Naning tetap berpegang pada Adat Perpatih. Hal ini jelas diperlihatkan dalam peruntukan Perlembagaan Negeri Melaka Bahagian IV yang memberikan pengkhususan kepada pengamalan Adat Perpatih Naning, dan Dato’ Penghulu Naning bertanggungjawab memberi nasihat tentang perkara-perkara yang berhubungan dengan Adat Perpatih Naning.

Terdapat sedikit kelainan antara Adat Perpatih Naning dengan Adat Perpatih Negeri Sembilan (misalnya, dalam adat memutuskan tali pertunangan). Walau bagaimanapun, asas dan konsep Adat ini tetap sama kerana ia berasal daripada umbi yang sama iaitu tanah leluhurnya, Minangkabau.

Sesungguhnya Tambo Alam Naning adalah suatu pendokumentasian yang penting dalam pewarnaan tamadun budaya bangsa Melayu. Usaha penulis mengambil masa lebih 20 tahun, untuk menyusun dan mengumpulkan perbilangan Adat serta memberikan penjelasan yang terperinci tentangnya sesungguhnya tidak ternilai dan amat bermanfaat kepada masyarakat Melayu Adat Perpatih Naning khususnya, dan masyarakat Melayu bukan pengamal Adat Perpatih umumnya.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa pada peringkat awal usaha untuk menerbitkan Tambo Alam Naning mengalami masalah yang besar, iaitu masalah bahasa dan gaya penulisan. Bagaimanapun, demi pendokumentasian dan pemeliharaan khazanah budaya, buku ini dipersetujui diterbitkan dengan sebaik-baiknya agar mudah difahami oleh pembaca yang tidak mahir dalam loghat Naning, di samping tidak melenyapkan warisan gaya pengucapan lisan masyarakat Perpatih Naning. Oleh itu sedapat mungkin gaya bahasa Naning dikekalkan dalam bahagian penghuraian bagl rangkapan kata Adat, cuma ejaan dalam penghuraian itu sahaja yang baku.

Dalam penghuraian yang sepertl ini, terdapat beberapa perkataan yang dikekalkan dalam bentuk kata Adat. Misalnya posako, somondo-monyomondo, Lombago, Ibu Bapak, dan sebagainya kerana dikhuatiri tidak menepati makna sebenar dalam Adat jika dibakukan ejaannya. Berkenaan dengan rangkapan kata Adat, seluruhnya dikekalkan mengikut sebutan Adat Naning. Untuk memudahkan lagi pemahaman pembaca dalam menghayati rangkapan kata Adat ini, di bahagian hujung buku Tambo Alam Naning disediakan Daftar Kata yang memberikan padanan perkataan dalam bahasa Melayu bagi kata Adat yang digunakan dalam Tambo Alam Naning ini.

Semoga para penyelidik dan pembaca umum dapat melihat betapa tersusunnya adab dan adat dalam kehidupan sehari-hari bangsa Melayu. Daripada penglahiran undang-undang Adat yang asalnya dalam bentuk lisan itu, kini generasi kita dan generasi-generasi yang akan datang terus dapat menyelami dan menyedari kehalusan, ketinggian, kejituan, dan kepadatan tamadun bangsa Melayu, dengan terbukunya Tambo Alam Naning.

Weight 0.820 kg
Dimensions 16.5 × 2.6 × 23.5 cm
Edition

Format

ISBN

9789836247216

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Tambo Alam Naning”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You may also like…