Tanggam Rumah Melayu

AZMAL SABIL adalah Pensyarah Kanan di di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Tun Hussein Onn.

NANGKULA UTABERTA adalah Profesor Madya di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Tun Hussein Onn.

DBP (Cetakan Pertama, 2017)
160 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM25.00

In stock

If you purchase this book you will earn 5 points worth of RM0.50!
ISBN: 9789834615772 Product ID: 25562 SKU: 9789834615772 Categories: , Tags: , , , , ,

Tanggam Rumah Melayu menghuraikan tentang satu sistem yang merujuk suatu bentuk penyambungan struktur kayu dan merupakan elemen penting dalam pembinaan kayu tradisi. Tanggam merupakan warisan seni bina Melayu yang menggambarkan pencapaian teknologi serta kepakaran masyarakat Melayu dahulu berkaitan bahan binaan, iaitu kayu. Buku ini mengetengahkan satu kajian mengenai tipologi tanggam yang mengaitkan rekabentuk, kekuatan serta penggunaannya dalam pembinaan rumah tradisional Melayu.

Di sebalik pencapaian teknologi tinggi dalam pembinaan rumah tradisional Melayu suatu ketika dahulu, kini berhadapan dengan kepupusan serta kejahilan masyarakat Melayu di zaman moden tentang kewujudannya. Hal ini disebabkan kurangnya dokumentasi tentang kemahiran atau jenis sistem tanggam yang wujud dalam alam bina Melayu. Walaupun terdapat beberapa kajian mengenai tanggam dilaksanakan sebelum ini, namun masih belum kelihatan satu kajian yang komprehensif mengenai upologi tanggam yang wujud di negara ini. Kajian tipologi tanggam penting kerana melaluinya, aspek-aspek yang tersembunyi di sebalik pembinaan tanggam dapat dicungkil seperti kejuruteraan struktur dan pengetahuan bahan. Di dalam memelihara warisan binaan agung ini, satu kajian asas mengenai binaan tanggam perlu dilaksanakan terlebih dahulu kerana melaluinya, pelbagai penyelidikan baru yang berkait dengan seni bina tanggam Melayu dapat diketengahkan.

Kajian ini merangkumi kajian terhadap reka bentuk tanggam dan penggunaannya pada struktur-struktur binaan yang terdapat pada rumah tradisional Melayu. Melaluinya, satu hubung kait mengenai reka bentuk dan kekuatan struktur sambungan tanggam dapat dikenal pasti. Kajian telah dilaksanakan berlandaskan sumber penulisan sedia ada mengenai tanggam di Malaysia serta analisis mengenal penggunaan tanggam rumah tradisional Melavu seperti yang terdapat di dalam manuskrip lukisan terukur rumah tradisional Melayu yang diperoleh dari Pusat Kajian Alam Bina Melayu (KALAM), Universiti Teknologi Malaysia.

Hasil daripada kajian ini, satu tipologi tanggam yang menjelaskan perkaitan antara reka bentuk, kekuatan struktur sambungan dan zon penggunaannya dalam pembinaan rumah tradisional Melayu diketengahkan. Penemuan dalam buka ini akan berfungsi sebagai satu bentuk kerangka pemikiran dalam kaysan warisan tanggam pada masa akan datang.

Prakata

BAB 1 TANGGAM RUMAH
— Pengenalan Sistem Tanggam
— Masalah Teknologi Pembinaan Bangunan Tradisional Melayu
— Struktur Buku

BAB 2 REKA BENTUK DAN TIPOLOGI TANGGAM DI MALAYSIA
— Kepentingan Penulisan Berkaitan Seni Bina Tradisional
— Perbincangan Mengenai Kajian Seni Bina Tradisional Di Luar Negara
— Jenis-jenis Perbincangan Mengenai Seni Bina Tradisional di Malaysia
— Perbincangan Mengenai Tanggam Di Malaysia
— Perbincangan Mengenai Sistem Tanggam
— Definisi Tipologi dan Contoh Kajian Tipologi yang Pernah Dilaksanakan
— Metodologi Kajian Berdasarkan Kaedah Kajian Sejarah

BAB 3 RUMAH TRADISIONAL MELAYU DAN STRUKTUR BINAANNYA
— Reka Bentuk Rumah Tradisional Melayu
— Faktor yang Mempengaruhi Seni Bina Rumah Tradisional Melayu
— Bahan-bahan Binaan Rumah Tradisional Melayu
— Asas Pembinaan Rumah Tradisional Melayu
— Struktur Utama di dalam Rumah Melayu Tradisional
— Bahagian dan Komponen di Dalam Rumah Tradisional Melayu
— Sistem Sambungan di Dalam Rumah Tradisional Melayu
— Jenis-jenis Teknik Sambungan

BAB 4 TANGGAM RUMAH TRADISIONAL MELAYU
— Sistem Tanggam
— Kepentingan Tanggam dalam Pembinaan Rumah Tradisional Melayu
— Tanggam Rumah Tradisional Melayu
— Penggunaan Nama Tanggam
— Aplikasi Tanggam dalam Pembinaan Rumah Tradisional Melayu
— Kekuatan Sambungan Bertanggam dalam Sistem Sambungan Struktur Binaan Rumah Tradisional Melayu
— Reka Bentuk Tanggam yang Digunakan di dalam Struktur Binaan Rumah Melayu
— Hubung Kait di Antara Reka Bentuk Tanggam dan Kekuatan Sambungan Bertanggam
— Pemetaan Tipologi Berdasarkan Zon Penggunaan Tanggam, Reka Bentuk Serta Kekuatan Sesebuah Sambungan Bertanggam
— Rangkuman Penggunaan Tanggam Mengikut Kelompok Tipologi — Berdasarkan Aplikasi Penggunaan Tanggam pada Rumah Tradisional Melayu

BAB 5 APLIKASI TANGGAM DALAM RUMAH MELAYU TRADISIONAL DI SEMENANJUNG MALAYSIA
— Klasifikasi Umum Gaya Rupa Rumah Tradisional Melayu Semenanjung Malaysia
— Aplikasi Penggunaan Tanggam di dalam Rumah Tradisional Melayu Berdasarkan Lukisan Terukur
— Tanggam pada Rumah Melayu Gaya Rupa Melaka
— Tanggam pada Rumah Melayu Gaya Rupa Perak
— Tanggam pada Rumah Melayu Gaya Rupa Pantai Timur
— Tanggam pada Rumah Melayu Gaya Rupa Kedah

BAB 6 KESIMPULAN
— Penggunaan Tanggam Mengikut Kelompok Cadangan pada Rumah Tradisional Melayu di Semenanjung Malaysia — Perbezaan Penggunaan Tanggam pada Rumah Tradisional Melayu

Biblografi
Indeks

Weight 0.265 kg
Dimensions 24 × 16.5 × 0.9 cm
Author(s)

,

Edition

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Tanggam Rumah Melayu”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.