Tarekat Shattariyyah Alam Melayu

Disunting oleh MOHD SYUKRI YEOH ABDULLAH, MD ZURAINI MASHROM dan AMANI ALI ELMETWALY

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, 2020)
168 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM35.00

Only 1 left in stock

Product ID: 26524 Subjects: , Sub-subjects: , ,

Tarekat Shattariyyah Alam Melayu menelesuri refleksi sejarah perkembangan tarekat rohani Islam dan amalannya di seluruh Nusantara menerusi kajian manuskrip ahlilLah. Manuskrip Alam Melayu terutama sekali ahlilLah adalah warisan khazanah persuratan dan perkembangan intelektual Alam Melayu. Kelahirannya bertaut rapat dengan perkembangan kemasukan Islam di rantau ini. Ini kerana ajaran Islam mewajibkan setiap individu penganutnya menuntut ilmu. Dengan demikian, tulisan jawi diperkenalkan kepada masyarakat Alam Melayu diguna untuk merakam dan menyampaikan buah fikiran dan cetusan minda intelektualnya. Hasilnya terdapat pelbagai bidang displin ilmu yang menyangkut kehidupan masyarakat Alam Melayu telah dicatat dalam manuskrip. Tajuk atau judul-judul diguna bagi mengklasifikasi manuskrip Alam Melayu, antaranya seperti hikayat, syair, sastera kitab, qanun, astronomi dan sebagainya.

Kitab ahlilLah tarekat Shattariyyah adalah antara manuskrip Alam Melayu yang terbanyak yang kurang diketengah kepada masyarakat dewasa ini. Justeru, menjadi tanggungjawab untuk pengkaji memainkan peranan proaktif membuat penyelidikan terhadap manuskrip tersebut mengikut acuan iklim ketimuran bagi menjawab persoalan semasa yang masyarakat hadapi dewasa ini.

Kajian ini menelesuri refleksi sejarah perkembangan tarekat rohani Islam dan amalannya di seluruh Nusantara, ketika Malaysia, dan negaranegara jiran belum wujud sebagai sebuah negara. Perbincangan ini menggunakan pendekatan sejarah dan juga kajian lapangan dalam analisis penggalian penemuan natijah. Hasilnya didapati bahawa tarekat rohani memberi sumbangan yang besar dalam proses Islamisasi di Nusantara dan pembebasan Malaysia dari penjajah Barat. Kesan penjajahan, Malaysia dan negara-negara jirannya mengalami beberapa masalah pada pasca kemerdekaan terhadap pemahaman dan penghayatan disiplin ilmu tarekat rohani, iaitu pewarisan kemurshidan tidak mengikut disiplin ilmu tarekat rohani, penghapusan manuskrip ahlilLah melalui pembakaran dan perompakan, iaitu dibawa pulang negara Barat, campurtangan Barat yang dikenali sebagai Orientalis Barat ke dalam disiplin ilmu tersebut, keghairahan masyarakat untuk mempelajari tanpa mengikuti disiplin ilmu tarekat rohani yang sebenarnya. Keadaan ini menunjukkan bahawa masyarakat Nusantara terutama sekali Malaysia hari ini mengalami krisis pemahaman dan penghayatan disiplin ilmu tarekat rohani.

Kajian ini menelesuri pentingnya nilai sanad tarekat Shattariyah manuskrip al-Simt al-Majid, karya Shaykh Ahmad al-Qushasi yang diterbit pada 1327H oleh Matba’ah Majlis Da’irah al-Ma’arif al-Nizamiyyah di India. Perbincangan ini telah menemukan banyak jenis sanad yang dikemukakan secara lengkap, antaranya, sanad amalan seperti sanad Ilbas al-khirqah (pemakaian khirqah), sanad disiplin ilmu seperti sanad ilmu tarekat dan sanad ilmu hadis. Kesemua sanad ini telah digabungjalinkan ke dalam sanad tarekat Shattariyyah. Terdapat empat puluh lebih sanad displin ilmu tarekat rohani lain telah dimasukkan ke dalam tarekat Shattariyyah. Para mursyid Shattariyyah memiliki autori (wewenang) untuk menggunakan mana-mana kaedah tarbiyah Ruhiyyah untuk mendidik rohani para muridnya yang dianggap sesuai dan memberi ijazah pengamalan tarekat rohani tersebut.

Tarekat Shattariyyah Alam Melayu juga cuba menelusuri asal usul dan dasar ajaran Tarekat Shattariyyah yang berkembang di Alam Melayu. Penganalisaan data daripada kajian lapangan dan perpustakaan memperlihatkan impak tarekat Shattariyyah dalam kehidupan masyarakat Alam Melayu, terutama sekali Malaysia. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa dasar ajarannya adalah sunni mahzab kalam al-Asha’irah wa al-Maturidiyyah, mazhab fiqh Shafii, Maliki dan juga Hanafi, pengalaman al-Tarbiyyah al-Ruhiyyah tarekat Shattariyyah boleh menjadi alternatif modal insan untuk merawat pelbagai penyakit rohani dalam masyarakat Islam, yang ingin menuju kepada kejayaan masa depan umat, negara dan bangsa di seluruh Alam Melayu.

Senarai Rajah
Prakata

BAB 1 Muqadimah

BAB 2 Sejarah Tarekat Shattariyyah Alam Melayu (Nusantara)

BAB 3 Kepentingan dan Nilai Sanad Shattariyyah dalam al-Simt al-Majid, Shaykh Ahmad al-Qushashi

BAB 4 Tarekat Shattariyyah dan Dasar Ajarannya

BAB 5 Manhaj Tarekat Shattariyyah Rohani

BAB 6 Gerakan Dakwah Tarekat Shattariyyah di Nusantara: Satu Tinjauan Sejarah

BAB 7 Peranan Tarekat Shattariyyah dan Tantangannya dalam Sejarah Menuju Kejayaan Masa Depan Umat, Negara dan Bangsa

Rujukan
Senarai penyumbang
Indeks

Weight0.259 kg
Dimensions22.8 × 15.1 × 0.9 cm
Author(s)

, , , , ,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.