Out of stock

Tarian Dabus, Rebana dan Busana Puteri Perak: Warisan Penanda Kepahlawanan Anak Negeri

ZINITULNIZA ABDUL KADIR (Jujurnya, kami gak jumpa siapa gerangan penulis ini. Bantuin ya!).

ITBM (Cetakan Pertama, 2018)
82 halaman

RM120.00

Out of stock

ISBN: 9789674607364 Product ID: 25103 SKU: 9789674607364 Categories: , , , Tags: , , , , ,

Tarian Dabus, Rebana dan Busana Puteri Perak: Warisan Penanda Kepahlawanan Anak Negeri mengangkat tiga warisan seni negeri Perak yang unik dan mempunyai fungsi saling berkait, saling menyumbang, dan paling utama, berkongsi kebimbangan nasib serta masa depan sama. Ketiga-tiganya adalah seni warisan negeri, diangkat menjadi simbol, sekali gus penanda kepahlawanan masyarakat negeri Perak.

Tarian dabus bukan sebarang tarian. Berkembang di Perak lebih 200 tahun dahulu, ia tarian pahlawan yang menuntut keberanian luar biasa menikam diri dengan besi tajam. Rebana Perak bukan sebarang rebana. Diperkenalkan pedagang Arab yang belayar menyusur sungai mengikut laluan Sultan hingga tiba di Sayong, permainannya menuntut suara merdu, telinga tajam dan pergerakan tangan pantas. Busana ‘Puteri Perak’ bukan sebarang busana. Ia pakaian srikandi dengan ragam hias tercipta impak hubungan Aceh dan Perak lebih 400 tahun dahulu.

Hakikatnya, tiga warisan yang terhasil daripada impak budaya turun-temurun dan generasi beratus tahun ini tidak terkecuali berdepan risiko pupus dan hilang lenyap daripada tamadun masa hadapan. Tidak siapa dapat meramalkan apa nasibnya, dan justeru, usaha mendokumentasi maklumat dalam bentuk penerbitan perlu digerakkan lebih aktif, bagi mengekalkan bahan untuk tujuan rujukan akan datang.

Perutusan
Pendahuluan
Prakata I
Prakata II
Prakata III

SEJARAH ASAL USUL

NYANYIAN

ALAT MUZIK

REBANA PERAK

PANTANG LARANG

PERALATAN KHALIFAH

KHALIFAH

BUNGA TARIAN

PAKAIAN

BUSANA PUTERI PERAK

UJI SETIA DAN PAGAR KAWASAN

PERSEMBAHAN

MASA DEPAN

Weight 0.956 kg
Dimensions 29.8 × 29.1 × 1.4 cm
Author(s)

Edition

Format

Language

Publisher

,

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Tarian Dabus, Rebana dan Busana Puteri Perak: Warisan Penanda Kepahlawanan Anak Negeri”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.