Teknologi di Alam Melayu

Disunting oleh NAZRI MUSLIM dan ABDUL LATIF SAMIAN

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, 2017)
404 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM45.00

In stock

ISBN: 9789674123048 Product ID: 2597 Subjects: , , Sub-subjects: , , ,

Teknologi di Alam Melayu diterbitkan atas kesedaran untuk menyemarakkan lagi diskusi ilmiah mengenai teknologi di Alam Melayu. Perbincangan tentang teknologi Melayu, kepintaran dan kepandaian Melayu berteknologi merujuk kepada tukang atau pandai. Istilah tukang merupakan istilah umum untuk ahli teknologi Melayu. Seseorang tukang ialah orang yang mahir atau pandai membuat sesuatu barang. Oleh itu, perbincangan tentang teknologi Melayu ialah perbincangan mengenai tukang dan pertukangan. Pada masa yang sama, pengaruh Islam tergambar dalam perkembangan teknologi Melayu. Bukti paling mudah ialah dengan melihat motif ukiran yang ada di rumah Melayu lama dan juga motif pada pakaian. Sesungguhnya tidak dapat dinafikan bahawa teknologi amat diperlukan untuk maju dalam kehidupan pada masa kini dan akan datang.

Bangsa Melayu khususnya perlu mengubah cara berfikir terhadap konsep ilmu teknologi kerana ia adalah salah satu cabang ilmu dalam Islam. Justeru, penguasaan terhadap ilmu teknologi adalah suatu kefardhuan bagi umat Islam khususnya bangsa Melayu supaya umat Islam menjadi umat contoh dan teladan serta pemimpin kepada umat lain di dunia. Penguasaan terhadap ilmu teknologi juga dapat menjadikan Melayu bangsa yang bermaruah, dihormati, mampu berdikari dan berdaya saing dalam semua bidang, maka, antara kandungan penting dalam buku ini ialah berkaitan dengan sejarah dan falsafah teknologi di Alam Melayu yang meliputi seni bina, kraf tangan, tekstil, peralatan muzik dan pemikiran tokoh.

Senarai Jadual
Senarai Rajah
Senarai Gambar
Prakata

1. Pelestarian Alat Muzik Tradisional Melayu Melalui Dokumentasi dan Pembangunan Teknologi: Kajian terhadap Teknologi Rebab di Malaysia
– Ab. Samad Kechot, Mohamed Anwar Omar Din, Azhar Abdul Latiff, Huda Abdullah dan Mohd Zaki Nuawi

2. Penghasilan Semula Kain Limar Tenggarung di Semenanjung Malaysia Berasaskan Bahan, Teknik dan Corak
– Ahmad Tarmizi Ismail dan Haziyah Hussin

3. Aspek-aspek Teknologi dalam Pembinaan Masjid di Melaka pada Abad ke-8: Satu Tinjauan
– Anisah Bahyah Ahmad dan Wan Kamal Mujani

4. Reka Melayu: Suatu Tafsiran
– Che Husna Azhari

5. Falsafah Pengislaman Sains dan Teknologi di Alam Melayu: Satu Sorotan Kajian dalam Bidang Falsafah Ilmu Kejuruteraan di Malaysia
– Halimi Mohd. Khalid dan Abdul Latif Samian

6. Inovasi Teknologi Pembuatan Labu Sayong: Satu Analisis Teknikal
– Hamdzun Haron

7. Motif Alam Semula Jadi dalam Kraf Tradisional Melayu
– Hamdzun Haron dan Narimah Abd. Mutalib

8. Bilah Keris Melayu: Analisis dari Pandangan Saintifik
– Mariyam Jameelah Ghazali, Mohd Zaidi Omar, Che Husna Azhari, Kamarul Afizi Kosman dan Shahril Mohamad

9. Salah Tanggapan terhadap Kubah pada Seni Bina Masjid: Pengaruh Pengisian Sejarah dalam Hasrat Reka Bentuk Masjid
– Mastor Surat, Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman dan Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi

10. Naturalisme dan Etno-Pertukangan Melayu: Kajian Manuskrip 700(07.06) Aceh
– Mat Rofa Ismail

11. Teknologi Bahari di Nusantara
– Muchtar Ahmad

12 Deskripsi Tipologi dan Pendekatan Reka Bentuk Masjid dalam Dunia Tradisional dan Moden di Indonesia
– Nangkula Utaberta, Nurakmal Goh Abdullah, Nik Lukong Nik Ibrahim, Nurhananie Spalie dan Mazlan Mohd Tahir

13. Pemikiran Hamka Mengenai Sains dan Teknologi dalam Tafsir Al-Azhar
– Nazri Muslim dan Abdul Latif Samian

14. Reka Bentuk Pencahayaan Siang dalam Seni Bina Alam Melayu
– Nik Lukman Nik Ibrahim, Kamarul Afizi Kosman dan Azimin Samsul Tazilan

15. Teknik Alternatif Penghitaman Labu Sayong
– Abdul Rahim Jalil, Oskar Hasdinor Hassan, Norhidayah Md Zainuddin dan Hamdzun Haron

16. Teknologi Batik di Alam Melayu
– Ruhaizan Sulaiman @ Abd Rahim

17. Formulasi Jasad Seramik Abu Gunung Berapi Toba, Lenggong
– Salwa Ayob dan

18. Perkembangan Arsitektur Nusantara di Indonesia
– Tusy A. Adibroto

19. Sejarah dan Kaedah Perlombongan di Tanah Melayu
– Wan Fuad Wan Hassan

20. Penghasilan Jasad Bone China Berasaskan Abu Tulang Tempatan
– Zainal Zakaria dan Hamdzun Haron

21. Kerajaan Kedah Tua: Pencapaian dalam Sains dan Teknologi pada Awal Abad Masihi Sehingga 14 Masihi
– Zuliskandar Ramli dan Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman

22. Kearifan Tempatan dalam Sains dan Teknologi dalam Konteks Kerajaan Melayu Awal di Semenanjung
dan Borneo
– Zuliskandar Ramli

Rujukan
Indeks

Weight0.565 kg
Dimensions21.5 × 16 × 0.7 cm
Author(s)

, , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.