Out of stock

Teori dan Kaedah Nahu: Sejarah Pertumbuhan Aliran Pemikiran

ASMAH HAJI OMAR adalah pakar nahu Bahasa Melayu dan tokoh terkenal dalam bidang perancangan bahasa. Beliau juga Profesor Kerusi Tamadun Melayu Za’ba dan Pengarah Institut Tamadun Melayu di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

DBP (Cetakan Pertama, 2011)
206 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM30.00

Out of stock

Product ID: 25996 Subjects: , Sub-subjects: , ,

Teori dan Kaedah Nahu: Sejarah Pertumbuhan Aliran Pemikiran menelusuri perkembangan fikiran dalam menganalisis bahasa dari zaman Yunani Kuno hingga sekarang ini. Analisis bahasa dalam zaman silam itu merupakan bahagian dari falsafah pada amnya. Dari abad ke abad ahli-ahli fikir membawa pengertian bahawa bahasa berurat akar pada fikiran dan dengan itu membentuk cara kita melihat alam sekeliling kata. Pada masa yang sama bahasa juga merupakan unsur sosial dan budaya yang tidak dapat disisihkan dari kehidupan masyarakat manusia yang ada hubung jalin dalam zaman yang sama dan juga merentasi zaman. Semuanya ini menjadi falsafah yang mengasaskan pelbagai teori dan kaedah menganalisis nahu yang dipaparkan dalam buku ini.

Petunjuk kemajuan sesuatu ilmu itu adalah perkembangan pemikiran pakar-pakarnya seperti yang tergambar dalam percambahan teori dan kaedah dalam menjalankan sesuatu analisis. Kepelbagaian teori dan kaedah membuka minda kita kepada gejala alam yang tidak pernah seragam dan mengajak kita berfikir dengan lebih lanjut dan mendalam. Inilah hakikatnya dengan ilmu linguistik yang melihat bahasa sebagai kejadian yang banyak segi dan bentuknya, yang sentiasa berubah-ubah, baik dalam alam fizikal mahupun dalam alam psikologi.

Seseorang penuntut linguistik yang menjalankan kajian nahu hendaklah terlebih dahulu memahami falsafah di sebalik teori yang menjadi pilihannya. Dari situ barulah dia dapat memahami kaedah tertentu yang digunakan dalam menganalisis bahasa berdasarkan teori berkenaan. Buku ini dapat menolong penuntut dan pengkaji membuat pilihan teori dan kaedah dalam menganalisis nahu sesuatu bahasa sesuai dengan matlamat kajiannya.

Kata “linguistik” mempunyai dua makna. Yang pertama ialah maknanya sebagai kata nama, iaitu ilmu yang mengkaji bahasa. Makna inilah yang utama dalam keseluruhan buku ini. Maknanya yang kedua ialah makna sebagai kata adjektif, atau kata sifat, yakni “berkenaan dengan bahasa”, yang kita tuturkan atau kita tulis. Misalnya, ciri-ciri linguistik yang memperlihatkan persamaan antara bahasa manusia seluruh dunia. Semua bahasa mempunyai bunyi vokal dan konsonan. Orang mungkin bertanya apakah ciri-ciri linguistik yang memperlihatkan sifat khusus bahasa Jawa dibandingkan dengan bahasa Melayu. Jawabnya antara lain ialah bahasa Jawa mempunyai konsonan berat seperti dalam menyebut “b”, “d” dan “g”, sedangkan dalam bahasa Melayu konsonan-konsonan itu tidak berat. Dengan ini kita lihat sifat linguistik Melayu yang berbeza dengan sifat linguistik Jawa.

Apa yang timbul dari minat, jika boleh disebut minat, terhadap bahasa ialah penjelasan yang lebih dikenal sebagai folk linguistics atau linguistik rakyat. Dalam konteks yang seperti ini, orang membuat kesimpulan sendiri tentang sesuatu perkataan itu tanpa sebarang sandaran kepada prinsip-prinsip tertentu. Misalnya, kata Melayu sebagai nama suku kaum berasal dari kata Jawa melayu, yang bermakna “lari”. Jadi, orang Melayu adalah orang yang lari (entah dari mana). Di Sabah, terdapat keterangan tentang asal nama Kinabalu berdasarkan linguistik rakyat. Dikatakan bahawa kata berkenaan terdiri daripada Kina yang bermakna “Cina”, dan balu. Jadi, Kinabalu bermakna “balu Cina”, dan ini dikaitkan dengan salah satu legenda. Demikian juga di Sarawak, kata santubong pada nama Gunung Santubong merupakan nama seorang Cina, San Tu Bong yang pernah mendarat di pantai di kaki gunung berkenaan. Ini linguistik rakyat, yang muncul dari kepercayaan dan legenda, bukan dari perkembangan idea yang intelektual sifatnya.

Prakata

Bab 1 Sejarah Pemikiran Linguistik

Bab 2 Bahasa dan Lambang

Bab 3 Linguistik Struktural

Bab 4 Linguistik Taksonomik-Deskriptif

Bab 5 Tagmemik

Bab 6 Linguistik Sistemik-Fungsional

Bab 7 Nahu Transformasi Generatif

Bab 8 Penutup

Bibliografi
Indeks

Weight0.399 kg
Dimensions22.3 × 14.6 × 1.6 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author

  • Bahasa Melayu di Samudera: Benih yang Baik Menjadi Pulau

    Bahasa Melayu di Samudera: Benih yang Baik Menjadi Pulau

    RM45.00
  • Bahasa Kesusasteraan Klasik Kedah
    Out of stock

    Bahasa Kesusasteraan Klasik Kedah

    RM25.00
  • Carik-Carik Bulu Ayam: Kisah Runding Bahasa Dunia Melayu
    Out of stock

    Carik-Carik Bulu Ayam: Kisah Runding Bahasa Dunia Melayu

    RM45.00