Out of stock

Terengganu Merentasi Tiga Abad: Kesultanan, Politik, Ekonomi, Agama dan Budaya

Disunting oleh ABDUL RAHMAN EMBONG

Yayasan DiRaja Sultan Mizan (Cetakan pertama, 2012)
274 halaman termasuk Indeks

RM50.00

Out of stock

Terengganu Merentasi Tiga Abad: Kesultanan, Politik, Ekonomi, Agama dan Budaya menghimpunkan sejumlah kertas kerja terpilih yang telah diperbaiki hasil persidangan sempena tiga abad kesultanan Terengganu yang diadakan pada Oktober 2008 di Kuala Terengganu. Esei-esei dalam buku ini menghuraikan perkembangan Terengganu daripada pelbagai sudut — daripada sejarah awal membawa kepada kelahiran dan perkembangan institusi kesultanan tiga abad yang lalu, sistem politik dan pemerintahan, penjajahan dan usaha mempertahankan kemerdekaan, perubahan alam bina dan pembangunan ekonomi, institusi agama serta warisan seni bina dan seni budaya.

Walaupun bukan sebuah buku sejarah dalam erti kata konvensional, ia memberi perspekif sejarah kepada pelbagai tema yang dibicarakan. Kini negeri Terengganu dan rakyatnya sedang memasuki abad ke-21 dengan pelbagai cabaran baru dalam menangani arus globalisasi yang pantas. Pelbagai cabaran politik, ekonomi, agama, pendidikan, budaya dan sebagainya perlu ditanganinya dengan berkesan dan bijak. Untuk maju ke hadapan, kita perlu menoleh ke belakang melihat dan menarik pengajaran daripada sejarah agar kita dapat memanfaatkan kekuatan warisan silam dan tidak mengulangi kesilapan sejarah. Buku ini perlu dibaca oleh pelajar, pengkaji, pembuat dasar dan orang awam bagi tujuan memahami masa lampau Terengganu dan cabarannya pada hari ini demi melangkah ke hari depan dengan lebih berkesan.

Senarai Jadual, Rajah dan Gambar
Prakata

Pendahuluan: Sejarah dan Masa Depan
Abdul Rahman Embong

1. Mengungkapkan Sejarah Kesultanan Terengganu 1708-2008: Sejarah Sebagai Guru dan Beban Tanggungjawab
Abdul Rahman Embong

2. Features of Early Terengganu History
Leonard Y. Andaya

3. Susur Galur Kesultanan Terengganu
Mohamed Anwar Omar Din

4. Politik dan Pemerintahan: Tiga Abad Kesultanan Terengganu
Abdullah Zakaria Ghazali

5. Diri Sahabat Kita iaitu Nyata Raja Tiada di Bawah Perintah Siapa-Siapa: Mengekalkan Kedaulatan Terengganu — Perutusan Baginda Omar (1839-1876) ke Great Britain (1869)
Raimy Chê-Ross

6. Mempertahankan Kemerdekaan dan Kedaulatan Terengganu dalam Era Imperialisme Baru: Peranan dan Sumbangan Raja-raja Terengganu
Nik Anuar Nik Mahmud

7. Masyarakat dan Perubahan Alam Bina di Terengganu
Sulong Mohamad

8. Pembangunan Ekonomi Negeri Terengganu
Rahmah Ismail

9. Perkembangan dan Prospek Pembangunan Industri Pelancongan di Terengganu
Mohd Anuar Md. Amin, Redzuan Othman dan Norlida Hanim Mohd Salleh

10. Ulama, Ustaz dan Ulu! Albab: Pendidikan Islam dan Pembentukan Masyarakat Terengganu
Mohamad Abu Bakar

11. Peranan Ulama dan Institusi Raja Memartabatkan Pendidikan Islam di Terengganu
Engku Ahmad Zaki Engku Alwi

12. Seni Bina Tradisional Terengganu
Mohd Yusof Abdullah

13. Seni Warisan Persembahan Nobat dan Gamelan Terengganu: Sejarah Perkembangan dan Cabaran Masa Kini
Mohd Noor Mohd Yusof

Indeks
Senarai Penyumbang

Weight0.410 kg
Dimensions22 × 16 × 2 cm
Author(s)

, , , , , , , , , , , , , ,

Format

Language

,

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.