Tertutupnya Pemikiran Kaum Muslimin

Karya Asal : The Closing Of The Muslim Mind :How Intellectual Suicide Create The Modern Islamist Crisis – Robert R. Reilly
Penterjemah : Shuhaib Ar Rumy Ismail

Islamic Renaissance Front (2017)
302 Mukasurat

RM50.00

In stock

Product ID: 1570 Categories: ,

Kadangkala, manusia yang melihat satu masyarakat dari luar dapat menawarkan kritikan yang lebih baik yang mungkin sangat membantunya. Hal ini mungkin benar malah ketika kritikan itu mungkin pada masa-masa tertentu datang dengan keras, jika bukan tidak ramah. “The Closing of the Muslim Mind,” tulisan Robert R. Reilly adalah salah satu buku tersebut.

Fokus penulisnya adalah topik yang telah dibincangkan sebelum ini, tetapi masih tidak sepenuhnya disedari oleh kebanyakan umat Islam dalam dunia hari ini: Kemunduran pemikiran rasional dalam peradaban Islam, setelah abad-abad permulaan, dengan budaya taqlid yang melulu kepada kuasa autoriti.

Penggantian “aql” atau nalar, dalam lain perkataan, dengan “naql” atau tradisi.

Di dalam buku ini, pengarang berhujah bahawa masalah yang sebenar dalam masyarakat Islam; yang bermula daripada kejahilan, ketidaknyataan, ekstremisme, totalitarianisme, tidak tolerer; bukannya lahir daripada kekurangan dari sudut ekonomi, politik atau kekuasaan mereka; akan tetapi oleh kerana tahap intelektual dan idea mereka.

Maka untuk mengatasi masalah ini, kita harus menangani permasalahan pada punca akar-umbinya, bukan hanya sekadar permukaannya saja.

Masalah pemikiran kaum Muslimin, yang menghasilkan doktrin Islamisme dan membiakkan semacam kefanatikan agama dan terorisme; adalah pemahaman yang mendasari dalam realiti yang bermusuh terhadap falsafah dan kerasionalan, yang merupakan suatu produk hasil daripada proses yang panjang akibat daripada pembunuhan-sendiri intelek yang telah berlaku bertahun yang lampau.

Maka di sini, Reilly menyiasat sebahagian daripada isu-isu yang fundamental tentang mengapa umat Islam, terutamanya mazhab Sunni, cenderung untuk menyingkirkan rasionaliti dan tampaknya hidup dalam ketidaknyataan.

Tertutupnya pemikiran kaum Muslimin, sebagaimana yang diajukan daripada tajuk buku ini, lebih banyak terkait dengan pembangunan satu mazhab kalam yang khusus yang telah membekukan hampir kesemua mazhab sebelumnya ke dalam satu mazhab yang koheren lagi dominan – mazhab kalam Asha‘irah.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.460 kg
Dimensions 14.5 × 1.7 × 21.4 cm
Edition

Format

ISBN

9789671099292

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Tertutupnya Pemikiran Kaum Muslimin”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.