Out of stock

Tinjauan Ringkas Peri Ilmu dan Pandangan Alam

SYED MUHAMMAD NAQUIB AL-ATTAS adalah bekas Pengarah-Pengasas Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam atau dikenali dengan nama International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC).

Ta’dib International (Terbitan Ketiga, 2019)
76 halaman termasuk Indeks

RM38.00

Out of stock

ISBN: 9789671570487 Product ID: 8120 Subjects: , Sub-subjects: , , ,

Tinjauan Ringkas Peri Ilmu dan Pandangan Alam karya Syed Muhammad Naquib al-Attas menerangkan cara seseorang Muslim seharusnya melihat dan berfikir tentang alam dan isinya termasuk dirinya sendiri dengan bertafakkur akan keagunggan Sang Pencipta. Karya ini memenuhi keperluan zaman ini dalam cuba merungkai kecelaruan di tahap ilmu yang melanda pemikiran umat Islam sejagat. Falsafah al-Attas bertolak atau berparadigma dengan tasawur (worldview) Islam yang sangat kaya dengan tradisi keilmuan dan berilhamkan ajaran dan prinsip al-Qur’an dan sunnah Rasul.

Penulis menjelaskan perihal tanzil Wahyu yang menekankan ketunggalan kebenaran Islam dan menghuraikan penyelewengan fahaman kesatuan dan kesamarataan agama yang pada masa ini dianjurkan penganut ‘Islam Liberal’. Penulis juga menyingkap kaitan bahasa dengan pandangan alam dan ilmu. Tulis al-Attas, “Bahasa merupakan alat akal fikri yang sekaligus juga mempengaruhi pemikiran si penggunanya.”

Beliau membentangkan pelbagai hujah jelas mengapa perlu pembetulan ditahap makna istilah-istilah kunci Islam. Menurut al-Attas, pengaruh sekularisme dan pembaratan ilmu telah mengakibatkan ramai Muslim, termasuk kalangan inteleknya tidak lagi memahami makna sebenar apa itu konsep-konsep seperti keadilan (‘adl) dan pendidikan (ta’dib).

Penulis juga menjelaskan makna sebenar daripada sudut pandangan alam Islam: apa itu kemajuan sejati, apa itu akhlak dan apa itu kebahagiaan sebenar (sa’adah) yang melewati hal-hal keduniaan semata-mata. Buku ini ditulis dengan gaya unik—menggunakan nahu dan pilihan kata yang lazim terdapat pada buku falsafah. Bahasanya halus dan tinggi. Hakikat ini serta jalan susunan ayat yang agak panjang bertujuan mempersembahkan buah fikiran selengkap-lengkapnya. Mungkin bagi pembaca yang kurang menguasai bahasa Melayu dan yang tidak kenal genre falsafah, membaca buku ini sukar. Oleh itu, disyorkan buku ini dikaji dengan bimbingan seseorang yang berlatar-belakangkan ilmu kalam, tasawwuf dan falsafah Islam boleh membuka minda seseorang.

Tinjauan Ringkas Peri Ilmu dan Pandangan Alam sarat dengan pendedahan asas pemikiran Islam, penjelasan makna konsep mendasar agama Islam serta penghujahan, dalil dan kesimpulan yang jitu dan meyakinkan. Pandangan alam (worldview) memang sudah lama diperkatakan baik oleh para cendekiawan Barat mahupun Islam tetapi apakah itu pandangan alam menurut Islam atau tasawwur Islam). Menurut al-Attas, “…pandangan zahir dan batin terhadap hakikat kewujudan dan kebenaran yang diperlihatkan pada nazar serta renungan akali peri kewujudan semesta dunia-akhirat; justeru kerana kewujudan semesta yang ditayangkan oleh Islam pada diri akali kita berdasarkan Wahyu.”

Pentakrifan beliau jelas menekankan bahawa pandangan alam menurut Islam beradasarkan Wahyu yang dibawa oleh junjungan kita Nabi Muhammad saw dan merujuk bukan sahaja kepada “pandangan” mata kasar kita tetapi juga kepada mata-hati. Ertinya, ia menuntut hati yang suci supaya dapat diperlihatkan oleh Allah SWT tentang hakikat kewujudan sebenar. Jelas, tasawwur Islam adalah suatu pandangan (ru’yah) yang sungguh menyeluruh dan meluas, iaitu mencakupi kewujudan bukan sahaja ditahap kemasyarakatan atau ehwal keduniaan kebendaan sahaja.

Menurut al-Attas, seorang Muslim tidak memadai belajar apa itu pandangan alam tetapi tidak mengamalkan ilmunya untuk kehidupan sehariannya atau memikirkan tentang fenomena alam dan kemanusiaan. Perbuatan begini bak burung kakak tua yang pintar meniru kata-kata tuannya tetapi tidak memahami maknanya. Memahami pandangan alam menurut Islam juga bersyaratkan pemahaman keilmuan Islam yang mendalam.

Buku ini bukan setakat menerangkan perihal ilmu dari sudut Islam sahaja, bahkan penulis melukiskan latar-belakang sejarah pemikiran manusia yang pada zaman ini dikuasai oleh pemikiran serta nilai-nilai Barat dan betapa unsur sekularisme dan materialisme dari Barat telah mendorong manusia menggunakan ilmu seperti ilmu sains sebagai suatu alat yang sangat berbahaya.

Sebaliknya menurut pandangan alam Islam, ilmu sains sebenarnya ialah suatu cabang ilmu yang seharusnya mendatangkan manfaat dan bukan bahaya kepada alam dan sesama manusia. Buku yang juga memperhalusi konsep adab sebagai tunggak sebenar pendidikan dalam Islam. Jadi, buku ini perlu dibaca secara tertib atau beradab—bukan macam membaca majalah hiburan. Tinjauan Ringkas Peri Ilmu dan Pandangan Alam boleh disifatkan sebagai buku kecil klasik yang dalam maknanya untuk renungan umat Islam dalam menghadapi cabaran hari muka yang canggih dan rancu.

Prakata
Penghargaan

Pendahuluan

Peri Ilmu dan Pandangan Alam

Peri Tanzil dan Kesatuan Agama

Peri Ilmu dan Adab

Perihal Bahasa dan Istilah Kunci

Perihal Akhlak dan Kesejahteraan

Perihal Perubahan, Pembangunan dan Kemajuan

Indeks

Weight 0.164 kg
Dimensions 21.4 × 14 × 0.7 cm
Author(s)

Edition

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Tinjauan Ringkas Peri Ilmu dan Pandangan Alam”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More from this Author

  • Islām: The Concept of Religion and the Foundation of Ethics and Morality

    Islām: The Concept of Religion and the Foundation of Ethics and Morality

    , , RM38.00
  • Some Aspects of Sufism as Understood and Practised Among the Malays
    Out of stock

    Some Aspects of Ṣūfism as Understood and Practised Among the Malays

    , , RM68.00
  • Concluding Postscript to the Origin of the Malay Sha'ir

    Concluding Postscript to the Origin of the Malay Sha’ir

    , , , RM38.00
  • The Concept of Education in Islām: A Framework for an Islamic Philosophy of Education
    Out of stock

    The Concept of Education in Islām: A Framework for an Islamic Philosophy of Education

    , , RM38.00
  • Preliminary Statement on a General Theory of the Islamization of the Malay-Indonesian Archipelago

    Preliminary Statement on a General Theory of the Islamization of the Malay-Indonesian Archipelago

    , , , , , RM38.00
  • Islām: Faham Agama dan Asas Akhlak
    Out of stock

    Islām: Faham Agama dan Asas Akhlak

    , RM38.00
  • Risalah Untuk Kaum Muslimin
    Out of stock

    Risalah Untuk Kaum Muslimin

    , RM68.00
  • Islām and Secularism

    Islām and Secularism

    , RM68.00
  • The Origin of the Malay Sha'ir

    The Origin of the Malay Sha’ir

    , , , , RM38.00
  • Prolegomena to the Metaphysics of Islām: An Exposition of the Fundamental Elements of the Worldview of Islam
    Out of stock

    Prolegomena to the Metaphysics of Islām: An Exposition of the Fundamental Elements of the Worldview of Islam

    , RM220.00
  • Historical Fact And Fiction
    Out of stock

    Historical Fact and Fiction

    , , RM180.00
  • On Justice and the Nature of Man: A Commentary on Sūrah al-Nisā’ (4):58 and Sūrah al-Mu’minūn (23):12-14
    Out of stock

    On Justice and the Nature of Man

    , RM38.00
  • Rangkaian Ruba'iyat
    Out of stock

    Rangkaian Ruba’iyat

    , RM48.00
  • Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu
    Out of stock

    Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu

    , , , , RM20.00
  • Islām dan Sekularisme

    Islām dan Sekularisme

    , RM60.00