Tivi mendapat reaksi dan kritikan daripada pembaca dan pengkritik sastera. Pelbagai tanggapan positif dan negatif dilontarkan terhadap karya ini. Merujuk Dewan Sastera (Oktober 1996) Tivi bagi orang ramai atau pengkritik Tivi tidak sepenuhnya mencerminkan karya yang boleh diletakkan dalam kelompak sastera Islam.
“Cepat! TV ini bukan ringan?” jerit Mat Isa
“Apa dia? Nak lapik dengan apa?” tanya Jeha yang sudah pun terpa sana terpa sini, cuba sambar apa yang patut disambar.
“Itu ha! Ambil saja sejadah itu buat pelapik!” Mat Isa menjerit sebab dia sedang ampu TV yang besar.
Jeha sambar sehelai sejadah yang bergambar Masjidilharam. Tetapi, gambar Masjidilharam itu sudah pun naik kelabu akibat terlalu lama kena tindih dengan dahi Mat Isa atau dahi orang lain.
Ambillah yang baharu sikit. Yang itu ha!” jerit Mat Isa. Mukanya keredut dan berpeluh lebat.
Mak Chah sambar sehelai sejadah lain pula. Kali ini terkena sejadah yang baharu bergambar Kaabah. Terang dan berlorek kemas. Cepat-cepat mak Chah hampar sejadah itu atas lantai dan TV pun didudukkan di atas gambar Kaabah itulah.
Reviews
There are no reviews yet.