Tradisi Ke‘ilmuan Bahasa Jawi

Tulisan bersama MUHAMMAD SYUKRI ROSLI dan AHNAF WAFI ALIAS

Akademi Jawi Malaysia (Cetakan Pertama, 2022)
311 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM65.00

In stock

If you purchase this book you will earn 13 reward points!

Tradisi Ke‘ilmuan Bahasa Jawi mengupas perbicaraan Jawi, bukan sekadar tulisan, tetapi meneroka haqiqat sebenarnya yang lebih luas—iaitulah sebagai sebuah bidang ‘ilmu bahasa, pusaka persuratan para ahli ‘ilmu dan juga penyata ma’na diri dan budaya bangsa Melayu. Untuk memahami haqiqat ini, maka penulis memulakan perbicaraan dengan menjelaskan beberapa faham dan konsep asasi untuk meneroka “Jawi” sebagai sebuah tradisi ke’lmuan bahasa yang khas untuk bangsa Melayu. Oleh itu, terdapat sebilangan peristilahan yang bakal diperkenalkan iaitulah konsep tradisi, ‘ilmu dan ke’ilmuan, Pengislaman Bahasa, Bahasa Islam dan pandangan ‘alam Islam. Adapun konsep-konsep ini akan dijadikan dasar falsafah dan kerangka kefahaman untuk pembaca menghayati Jawi sebagai sebuah tradisi ke’ilmuan bahasa—iaitulah tradisi ke’ilmuan Bahasa Jawi.

Jawi secara zahirnya dilihat sebagai sebuah tulisan untuk Bahasa Melayu yang disuratkan dalam huruf ‘Arab, dengan beberapa pengubahsuaian untuk bunyi-bunyi Melayu. Secara luarannya juga, ia mempunyai qa’idah penulisan dan ejaan yang tersendiri, yang berbeza dengan jalan dan aturan Bahasa ‘Arab. Ia mempunyai sejarah lebih 700 tahun di ‘Alam Melayu dan ialah bentuk persuratan yang telah merangkumkan ribuan pulau dan semenanjung ‘Alam Melayu. Ia menjadi wadah peradaban Melayu dan digunakan oleh hampir semua institusi kerajaan Melayu-Islam. Kedudukan penting Jawi sebagai persuratan ke’ilmuan di Alam Melayu sangatlah penting dan tidak dapat tiada seseorang perlu mengetahui dan menguasainya untuk mengenali haqiqat peradaban Melayu.

Pun begitu, apakah kedudukan Jawi dalam pensejarahan dunia yang lebih besar? Bagaimanakah ia berkait dengan pelbagai peristiwa bersejarah yang berlaku hingga membentuk dan mempengaruhi kehidupan kita sekarang? Adakah bangsa Melayu sahaja menggunakan huruf ‘Arab ini untuk bahasanya, atau terdapat bangsa-bangsa lain yang turut sama menggunakan huruf ‘Arab untuk menyurat bahasa kebangsaannya? Jika ya, bagaimanakah gerak daya penyuratan bahasa bangsa masing-masing dalam huruf ‘Arab ini berlaku? Kenapakah didapati bahawa terdapat keseragaman dan keselarasan dalam persuratan Jawi baik di mana-mana tempat dan zaman di Alam Melayu? Apakah ‘ilmu yang mentadbir keseragaman dan keselarasan ini? Kenapakah Jawi dianggap penting oleh bangsa Melayu? Kenapakah kita berasa sayu apabila Jawi kini tidak lagi digunakan dengan meluas seperti dahulu?

Perso’alan-perso’alan ini menuntut perbicaraan yang lebih mendalam mengenai Jawi, ya’ni bukan semata-mata ia terzahir sebagai tulisan, tetapi di peringkat batinnya yang mengandungi ma’na, bahasa, pemikiran, sejarah, dan budaya peradaban Melayu. Dalam kajian-kajian mengenai Jawi yang terdapat kini, perso’alan-perso’alan mengenai pelbagai unsur tersirat Jawi tidak dikupas dengan tersusun dan mendalam. Disebabkan oleh hal itu, maka Jawi hanya difahami sebagai salah satu tulisan daripada dua tulisan rasmi untuk Bahasa Melayu, ya’ni selain daripada tulisan Rumi. ‘Aqibat daripada faham “tulisan” Jawi ini, ‘ilmu Jawi kini dipandang sempit sebagai sebuah ‘ilmu tulisan Melayu klasik dan bidang perbicaraannya hanya seqadar qa’idah eja-mengejanya sahaja.

Dengan faham dan konsep asasi berikut, maka pensejarahan Jawi akan ditinjau dari manakah mula asalnya—iaitulah semenjak pentanzilan wahyu al-Qur’an kepada seagung-agung insan, Nabi Muḥammad SAW. Baginda ialah insan terpilih yang menuturkan Bahasa ‘Arab, yang juga ditentukan Allah SWT sebagai bahasa wahyu. Oleh itu, permulaan dan perkembangan tradisi ke’ilmuan Bahasa ‘Arab akan ditinjau secara ringkas dengan menumpukan bagaimanakah ‘Ilmu Bahasa ‘Arab ini memberi pengaruh kepada bahasa-bahasa Islam yang lain. Daripada pelbagai Bahasa Islam itu, sudah tentulah perhatian terhadap Bahasa Jawi akan dikupas dengan rinci, sesuai dengan faham dan konsep yang dipasakkan sebelum ini.

Perincian mengenai sejarah tradisi ke’ilmuan Bahasa Jawi ini akan dimulakan daripada abad ke-13, semenjak penegakan Batu Bersurat Terengganu pada 1303 Masihi. Kemudian beberapa naskhah Jawi yang penting akan ditampilkan seperti naskhah manuskrip Melayu yang tertua diketahui—terjemahan ‘Aqā’id al-Nasafī, terjemahan-tafsir lengkap pertama al-Qur’an ke Bahasa Jawi dan kitab-kitab Jawi berkenaan ‘Ilmu Kalam. Perincian ini akan ditumpukan kepada bagaimanakah Jawi sebagai ‘ilmu bahasa diungkap, disurat dan digunakan oleh para ahli ‘ilmu Melayu sebagai bahasa ke’ilmuan yang menuntut kejituan, ketekalan dan ketepatan ma’na.

Pengejaan dan Perumian
Penghargaan
Muqaddimah

Dasar dan Kerangka Tradisi Ke’ilmuan Bahasa Islam
Ta’rif Tradisi Ke’ilmuan
Dasar Pandangan ‘Alam dan Istilah Kunci
Sejarah Ringkas Ahli ‘Ilmu dalam Tradisi Ke’ilmuan Bahasa ‘Arab Islam
Pensejarahan Tradisi Ke’ilmuan dan Peringkat-peringkatnya
Kesimpulan

Permulaan Tradisi Ke’ilmuan Bahasa Jawi
Abad ke-13 hingga ke-17
Latar Bahasa dan Tulisan Bahasa Melayu sebelum kedatangan Islam
Pembentukan Tradisi Ke’ilmuan Bahasa Jawi
Pengaruh Bahasa ‘Arab dalam Tradisi Ke’ilmuan Bahasa Jawi
Pengislaman Bahasa Melayu-Jawi
Kerangka Tradisi Ke’ilmuan Bahasa Jawi
Sejarah Tradisi Ke’ilmuan Bahasa Jawi Hingga abad ke-18

Orientalis dalam Pengkajian Bahasa Jawi
Permulaan Penglibatan Orientalis
Dasar Ke’ilmuan Orientalis
Orientalis dalam Tradisi Ke’ilmuan Bahasa Jawi
Kesimpulan

Sumbangan Raja ‘Alī Ḥāji dan Wan Aḥmad al-Faṭānī
Penetap Tradisi Ke’ilmuan Bahasa Jawi abad ke-19
Bustān al-Kātibīn li’ṣ-Ṣibyān al-Muta’alimīn
Kitāb Pengetahuan Bahasa
Wan Aḥmad al-Faṭānī dan Penerbitan Kitab Bahasa Jawi
Kesimpulan

Bahasa Melayu Pada Abad ke-20
Daripada Bahasa Jawi kepada Tulisan Rumi
Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor (P.Bm.P.B. Diraja)
Penerusan Tradisi Ke’ilmuan Raja ‘Alī Ḥāji
Perkembangan Baharu Tradisi ‘Ilmu Bahasa Melayu-Jawi
Za’ba dan Ilmu Tulisan Jawi
Permulaan Bahasa Melayu Bertulisan Rumi
Ringkasan Sejarah Bahasa Indonesia
Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Pertama (1952M), Kedua (1954M) dan Ketiga (1956M)
Kesimpulan

Khatimah

Lampiran I
Senarai judul di bawah khidmat usaha pasukan penerbit Wan Aḥmad Zayn al-Faṭānī

Lampiran II
Tradisi Ke’ilmuan Bahasa Jawi di Negeri Pahang
Istana Sebagai Pusat Menyimpan Manuskrip
Kepustakaan Manuskrip Negeri Pahang
Pengarangan dan Penyalinan Manuskrip Negeri Pahang
Penutup

Daftar Ruju’kan
Indeks

Pengarang I
Pengarang II

Akademi Jawi Malaysia

Weight0.587 kg
Dimensions21.3 × 13.8 × 2.5 cm
Author(s)

,

Edition

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.