Transformasi Sosial dan Politik Belia: Menelusuri Perubahan Budaya Politik Belia di Malaysia

HARIS ZUAN adalah Felo Penyelidik di Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia.

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, 2020)
159 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM30.00

In stock

If you purchase this book you will earn 6 points worth of RM0.60!

Transformasi Sosial dan Politik Belia: Menelusuri Perubahan Budaya Politik Belia di Malaysia menganalisa perkembangan budaya politik belia, khasnya pasca Reformasi 1998 dan meneroka sama ada perubahan budaya politik belia ini mempunyai hubungan langsung dengan perkembangan kelas menengah Melayu yang terhasil melalui dasar-dasar kerajaan seperti DEB 1971-1990. Terdapat tiga tema utama yang ingin ditangani dalam karya ini dalam memahami bentuk advokasi baharu belia pasca Reformasi 1998: (i) Perkembangan budaya politik kelas menengah selepas DEB sehingga kini. Tumpuan akan diberikan kepada faktor yang mempengaruhi pola perkembangan budaya politik kelompok ini seperti pertumbuhan ekonomi, dasar pendidikan, dasar afirmatif dan sikap kerajaan terhadap demokrasi; (ii) Meneliti sejauh mana perkembangan kelas menengah ini mempengaruhi budaya politik belia; dan (iii) Mencermati sejauh mana perkembangan budaya politik belia ini memberi kesan terhadap perkembangan politik baharu di Malaysia.

Belia merupakan antara kelompok sosial yang paling kurang diberi perhatian dalam kajian berhubung masyarakat sivil di Malaysia—yang lebih banyak mengambil garis kaum, kelas dan gender tetapi amat kurang yang memberi tumpuan aspek belia dan penglibatan mereka dalam politik. Malah, kajian sedia ada berhubung aktivisme belia sering terhenti pada tahun 1970-an dan 19780-an—zaman kegemilangan gerakan mahasiswa—sehingga seolah-olah terperangkap dalam romantisme silam. Pada masa yang sama, kajian kontemporari berhubung belia di negara ini lebih bertumpu kepada masalah sosial—deviants dan delinquent—yang banyak membawa kepada kesimpulan yang mengelirukan terhadap sikap politik belia kini.

Buku ini mencadangkan bahawa sikap politik dan bentuk aktivisme belia masa kini perlu difahami bersama-sama dengan proses depolitisasi (menghilangkan keupayaan terlibat dalam proses politik) yang berlaku semenjak tahun 1970-an sehingga kini. Proses depolitisasi yang dibincangkan ini bukan sahaja berlaku melalui pengenalan undang-undang yang menyekat kebebasan belia beraktivisme—baik di dalam kampus, mahupun di luar kampus—malahan juga terhadap segala ruang ekspresi lain seperti melalui muzik, filem, dan konsert.

Gerakan sosial yang berlaku dalam dua puluh tahun terakhir telah mencetuskan kembali minat politik belia di negara ini dan pada masa yang sama membina satu bentuk aktivisme yang berbeza berbanding zaman sebelum 1970-an—yang dirumuskan sebagai satu bentuk repolitisasi (pembinaan semula keupayaan terlibat daalm proses politik), mengambil contoh perkumpulan “Universiti Bangsar Utama” atau “Universiti bukan Universiti” yang bergerak aktif di Bangsar Utama lewat 1990-an. Perubahan ini kemudiannya dapat dilihat dalam dua pilihan raya paling sengit setakat ini—PRU-13 dan PRU-14—di mana belia memainkan peranan yang penting dalam transisi politik pilihan raya pertama negara.

Prakata
Singkatan
Senarai Jadual dan Rajah

BAB 1 Transformasi Sosial dan Hubungannya dengan Belia

BAB 2 Perpelutan Istilah Belia dan Anak Muda serta Perbahasan Beberapa Konsep Asas

BAB 3 Penglibatan Politik Belia sebelum Perang Dunia Kedua hingga AUKU 1974

BAB 4 Implikasi Pembangunan Ekonomi dan Transformasi Masyarakat Terhadap Belia

BAB 5 Depolitisasi Belia di Dalam dan di Luar Kampus (1970-an hingga 1990-an)

BAB 6 Belia dalam 20 Tahun Terkini Gerakan Sosial di Malaysia

BAB 7 Bersih hingga PRU-14 dan Usaha Membina Semula Keupayaan Politik Belia

Rujukan
Indeks

Weight 0.256 kg
Dimensions 22.9 × 15.2 × 0.8 cm
Author(s)

Edition

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Transformasi Sosial dan Politik Belia: Menelusuri Perubahan Budaya Politik Belia di Malaysia”

Your email address will not be published. Required fields are marked *