Out of stock

Tun Perak Dalam Pemerintahan dan Pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka

MOHD SAMSUDIN adalah Profesor Madya di Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) dan Pengarah Muzium Warisan Akademik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau berkepakaran dalam bidang Sejarah Malaysia, Kajian Dasar Luar, Warisan dan Pemuliharaan.

SUFFIAN MANSOR adalah pensyarah dan Ketua Program Sejarah di Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), UKM. Beliau berkepakaran dalam bidang Sejarah China dan Sejarah Sabah dan Sarawak.

MOHD JAMIL MUKMIN adalah mantan Pengerusi Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme (IKSEP) dan bidang kepakaran beliau adalah sejarah Islam di Malaysia.

Penerbit UKM (Cetakan pertama, 2019)
246 halaman

RM40.00

Out of stock

Product ID: 7932 SKU: 9789674128227 Categories: , , Tags: , , , , ,

Tun Perak Dalam Pemerintahan dan Pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka merupakan hasil penyelidikan daripada universiti tempatan dan luar negara yang dibentangkan dalam Seminar Tun Perak. Buku ini membincangkan salah satu unsur penting dalam pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka, iaitu peranan yang dimainkan oleh para pembesar khususnya bendahara. Dalam sejarah Kesultanan Melayu Melaka, nama Bendahara Tun Perak tidak asing lagi kerana beliau adalah tokoh yang memainkan peranan penting menjadikan Melaka sebagai sebuah pusat empayar pentadbiran yang terkenal di seluruh dunia.

Tun Perak Dalam Pemerintahan dan Pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka mempersembahkan aspek sumbangan dan peranan Tun Perak sebagai seorang bendahara. Perincian bermula dengan biografi beliau dan seterusnya menyentuh mengenai kecemerlangan pentadbiran; peranan menjadikan Islam berkembang; menganalisis kepahlawanan Tun Perak; Tun Perak sebagai sendi Kesultanan Melaka; sebagai pelopor keilmuan tinggi; mengangkat hubungan diplomatik dengan Kerajaan China; membincangkan mengenai kepimpinan dan ketokohan Tun Perak; peranan Tun Perak dalam mengawal persaingan dan pengawalan kuasa Kesultanan Melaka. Buku ini sesuai untuk dijadikan sebagai bahan bacaan dan rujukan dalam menelusuri sejarah Kesultanan Melayu Melaka.

Kehebatan Tun Perak sebagai seorang pemimpin tidak dapat dinafikan walaupun beliau meminggirkan diri daripada kehidupan golongan elit istana. Hal ini terbukti dalam Bab 4 apabila penduduk Klang sendiri memohon kepada Sultan Muzaffar Shah untuk melantik Tun Perak sebagai Penghulu Klang. Keperibadian beliau telah meyakinkan penduduk selepas Tun Perak yang mengetuai Klang telah beijaya mengalahkan serangan Siam sekitar abad keempat belas. Sebelum itu, Dato’ Ibrahim selaku Penghulu Klang terdahulu sudah terlalu uzur untuk memegang tampuk kepimpinan, meningkatkan lagi hasrat penduduk untuk menggantikan beliau dengan Penghulu yang lebih berkaliber iaitu Tun Perak yang memiliki sifat kepimpinan seperti ayahnya, Tun Perpatih Sedang. Jelas bahawa dalam bab ini, Tun Perak tidak dilantik menjadi sebahagian daripada barisan kepimpinan kerana jalur salasilah keluarga beliau sebagai pemimpin semata. Tetapi, ciri-ciri pemimpin yang menonjol dalam diri beliau yang dinilai oleh rakyat.

Jawatan Bendahara merupakan jambatan antara rakyat dengan raja kerana Bendahara yang amat memahami peranan dan tanggungjawab raja serta paling dekat dan faham kehendak rakyat. Namun, kemampuan ini datang kerana penghayatan ilmu yang telah dipelajari oleh Tun Perak lantas mengambil faedah darinya untuk melaksanakan tugas yang dipertanggungj awab terhadap beliau. Terlalu banyak insiden yang membuktikan ketinggian ilmu Tun Perak dalam setiap keputusan yang dilaksanakan oleh beliau selaku Bendahara Melaka dalam perbincangan bagi Bab 5.

Antaranya adalah tidak mentaati perintah Sultan Mansur Shah untuk menjatuhkan hukuman mati terhadap Hang Tuah yang akhirnya menjadi penyelamat kepada baginda sultan daripada penderhakaan Hang Jebat. Sebelum beliau meninggal dunia juga, beliau sempat meninggalkan amanat agar anak cucunya tidak menjual dunia untuk akhirat serta menjalankan tanggungjawab sebagai Muslim yang sebenarnya. Tun Perak yang seolah-olah dapat menjangkakan hal yang akan berlaku meninggalkan pesanan ini kerana akhirnya empayar Melaka digulingkan selepas korupsi berleluasa dalam kepimpinan selepas beliau.

Penghayatan terhadap ilmu oleh Tun Perak begitu tinggi sehingga beliau masih berpesan untuk generasi akan datang. Tidak ada lagi Bendahara seperti beliau yang menjunjung kepentingan ilmu setelah pemergiannya.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.375 kg
Dimensions 22.8 × 15.4 × 1.4 cm
Edition

Format

ISBN

9789674128227

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Tun Perak Dalam Pemerintahan dan Pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.