Out of stock

Tun Saban Pengasas Hulu Perak: Persejarahan dan Kelestarian Warisan

JELANI HARUN adalah Profesor di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia.

Penerbit USM (Cetakan Pertama, 2022)
193 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM50.00

Out of stock

Tun Saban Pengasas Hulu Perak: Persejarahan dan Kelestarian Warisan menampikan perdebatan yang luas dan terperinci tentang asal usul sejarah dan warisan Tun Saban selaku tokoh pengasas dan pembesar yang berkuasa di Hulu Perak sebelum kesultanan Melayu di negeri Perak diasaskan oleh Sultan Mudzaffar Shah I pada tahun 1528. Nama Tun Saban begitu sinonim dengan kewujudan Jajahan Hulu Perak sebagai sebahagian daripada wilayah yang membentuk negeri Perak Darul Ridzuan hingga hari ini. Beliau ialah pembesar yang berkuasa di Hulu Perak sebelum kesultanan Melayu di negeri Perak diasaskan oleh Sultan Mudzaffar Shah I pada tahun 1528. Malah, Tun Saban telah memainkan peranan penting dalam proses penabalan Sultan Mudzaffar Shah I selaku Sultan Perak yang pertama ketika itu. Beliau telah pergi ke Kampar untuk bertemu dengan Sultan Mahmud Shah dan seterusnya memohon seorang bakal sultan bagi negeri Perak. Peristiwa tersebut telah menjadi suatu catatan yang diterima secara rasmi sebagai sejarah asal usul pembentukan kesultanan Melayu di negeri Perak.

Di sebalik kepentingan sejarahnya, nama Tun Saban sentiasa muncul dalam pelbagai versi cerita yang berbeza hingga menimbulkan persoalan kepada masyarakat. Tun Saban telah meletakkan asas penting tentang ciri-ciri seorang pembesar atau pemimpin masyarakat tetapi dalam masa yang sama dikatakan telah bermusuhan dengan Sultan Mudzaffar Shah I. Persoalan-persoalan ini telah menimbulkan pelbagai tanggapan terhadap Tun Saban, sama ada beliau seorang pembesar yang berwibawa atau sebaliknya. Oleh itu, suatu penelitian semula terhadap sumber-sumber bertulis tentang Tun Saban harus dilakukan bagi merungkai beberapa persoalan tentang sejarah kewujudannya. Proses penilaian antara lain melibatkan pembacaan semula beberapa dokumen awal dan bahan nadir tentang Tun Saban yang lahir daripada para pengarang dari negeri Perak.

Tun Saban datang menyambut ketibaan Sultan Mudzaffar Shah I di kawasan Beting Beras Basah sewaktu baginda baru tiba dari Kampar dan seterusnya mengasaskan kesultanan Perak pada tahun 1528. Peristiwa tersebut menjadi suatu catatan sejarah yang rasmi bagi kesultanan Perak, sekali gus memperlihatkan kedudukan Tun Saban sebagai pembesar yang utama di Hulu Perak. Di samping berperanan sebagai pembesar, Tun Saban mempunyai kedudukan yang jauh lebih penting lagi selaku peneroka awal kawasan Hulu Perak. Tun Saban seterusnya menjadi pemimpin yang berkuasa di kawasan tersebut yang meliputi kawasan sepanjang hulu Sungai Perak hingga sempadan Kuala Temong. Daya dan wawasan kepimpinan Tun Saban bukan muncul secara kebetulan sebaliknya berasal usul daripada suatu tradisi kepimpinan yang telah lama berakar umbi di Alam Melayu. Oleh itu, terdapat dakwaan bahawa Tun Saban ialah waris keturunan Bendahara Paduka Raja Tun Perak yang tersohor dalam sejarah kesultanan Melayu di Melaka. Walau bagaimanapun, persejarahan Tun Saban turut diwarnai suatu perselisihan besar beliau dengan Sultan Mudzaffar Shah I hingga berlaku peperangan dengan angkatan sultan yang dipimpin oleh Megat Teraweh. Peperangan yang tercetus menyebabkan nama Tun Saban terpinggir daripada arus perdana sejarah kesultanan Perak.

Persejarahan Tun Saban yang dimaksudkan dalam buku ini merangkumi segala aspek perihal sejarah, catatan, tulisan atau peristiwa yang berkaitan dengan Tun Saban sebagai pengasas dan pembesar di Hulu Perak. Persejarahan dalam konteks ini akan mengambil kira pelbagai bentuk cerita dan tulisan tentang Tun Saban yang lahir daripada pengarang dari negeri Perak. Sebahagian daripada sumber yang dimaksudkan tersebut kini tersimpan rapi sebagai bahan nadir di Arkib Negara Malaysia. Secara umumnya, sumber-sumber bertulis di ANM tersebut telah diterima sebagai dokumen sejarah bagi kesultanan Perak, khususnya berasaskan persejarahan tempatan, penulisan sejarah dari sudut pandang pengarang tempatan dan berdasarkan maklumat warisan masyarakat setempat. Oleh itu, pengertian persejarahan dalam konteks penulisan buku ini adalah merujuk kepada sumber-sumber tersebut, di samping pelbagai bahan bacaan daripada sarjana tempatan dan Barat yang pernah membuat penelitian terhadap sejarah kesultanan Perak.

Jadual
Foto
Prakata
Pendahuluan
Sistem Ejaan
Singkatan

1. Pengenalan

Bahagian A: Persejarahan

2. Sorotan Awal Tentang Tun Saban
3. Negeri Perak Sebelum Tahun 1528
4. Kedatangan Raja Muda Mudzaffar Shah ke Negeri Perak
5. Asal Usul Tun Saban
6. Peristiwa di Beting Beras Basah
7. Legenda Semang Putih
8. Raja di Ujung Karang
9. Perang Tun Saban dengan Sultan Mudzaffar Shah I

Bahagian B: Kelestarian Warisan

10. Orang Kaya Kaya Seri Adika Raja
11. Dari Hulu ke Hilir Sungai Perak
12. Makam Tun Saban
13. Jejak Megat Teraweh di Hulu Perak
14. Santuari Gajah Perak
15. Ekspedisi Taman Negeri Royal Belum
16. Pelancongan Warisan Hulu Perak
17. Kesimpulan

Rujukan
Penulis
Indeks

Weight0.353 kg
Dimensions24 × 16.5 × 1.6 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.