Tun V.T. Sambanthan: Pemimpin Berjiwa Malaysia

UMMADEVI SUPPIAH adalah pensyarah di Jabatan Sains Sosial, Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu (IPGKPM), Melaka, Malaysia.

Penerbit UM (Cetakan kedua, 2005)
194 halaman, termasuk Indeks dan Bibliografi

RM20.00

In stock

Product ID: 12660 SKU: 9789831002155 Category: Tags: , , , ,

Buku Biografi Politik Tun V.T. Sambanthan: Pemimpin Berjiwa Malaysia adalah usaha awal untuk menghasilkan penulisan yang menyeluruh terhadap Tun Sambanthan. Buku ini memfokus kepada peranan Tun Sambanthan sebagai Presiden MIC dan Menteri dalam Kerajaan Perikatan serta usaha-usahanya dalam pembangunan politik dan kemajuan negara.

Di antara persoalan yang akan dibincangkan dalam Tun V.T. Sambanthan: Pemimpin Berjiwa Malaysia ialah peranan yang dimainkan oleh Tun Sambanthan sebagai pemimpin orang India (Presiden MIC) dan wakil orang India dalam pentadbiran negara (Menteri) dalam pembangunan politik dan kemajuan orang India di Malaysia. Tempoh yang disentuh ialah antara 1919 hingga 1974 yang merangkumi waktu kelahiran Tun Sambanthan hingga persaraannya daripada politik tanah air.

Pemilihan tempoh ini akan membolehkan peristiwa-peristiwa penting Yang berlaku dalam kehidupan Tun Sambanthan sejak zaman awal hingga kematiannya diselidiki. Peristiwa-peristiwa penting yang dimaksudkan lebih menjurus kepada penglibatan tokoh dalam politik tanah air sebagai Presiden MIC dan juga sebagai menteri kabinet dalam memajukan bidang politik dan sosioekonomi rakyat Malaysia.

Keseluruhan Tun V.T. Sambanthan: Pemimpin Berjiwa Malaysia dibahagikan kepada sepuluh bab. Bab pertama akan memberikan pengenalan tentang pengaruh orang India sejak abad pertama Masihi di Asia Tenggara, khususnya di Malaya, kedatangan buruh India estate dan kegiatan politik orang India melalui persatuan-persatuan India sehingga pemilihan Tun Sambanthan sebagai Presiden MIC pada 1955. Bab kedua pula akan memfokus zaman yang merangkumi penglibatannya dalam gerakan anti-penjajah semasa menuntut di Universiti Annamalai (India).

Sekembalinya dari India beliau telah berusaha untuk mendirikan Sekolah Tamil Mahatma Gandhi bagi orang India yang tinggal di sekitar pekan Sg. Siput. Kedua-dua peristiwa ini telah memupuk sifat-sifat kepimpinan dalam diri Tun Sambanthan.

Matlamat utama buku ini adalah untuk menghasilkan sebuah biografi berkenaan tokoh V.T. Sambanthan. Penulisan tentang tokoh ini perlu kerana dalam masyarakat yang kaya dengan ilmu warisan, ia akan menambahkan satu lagi kajian sejarah politik bagi negara dan masyarakat India. Penulisan ini juga penting sebagai suatu dokumen sejarah dalam menilai sejarah perkembangan sosio politik masyarakat India untuk rujukan generasi akan datang. Walaupun tema yang dipilih telah biasa dikaji, namun didapati masih ada beberapa aspek tentang diri Tun Sambanthan yang harus diketengahkan.

Perkara-perkara ini seperti penyertaannya dalam gerakan “Quit-India” (1946), pembinaan Sekolah Tamil Mahatma Gandhi, proses pelantikannya sebagai Presiden MIC pada tahun 1955, penglibatannya dalam peristiwa-peristiwa penting negara seperti menandatangani perjanjian penubuhan Malaysia, usahanya dalam mengubah fungsi tabung South Indian Labour Fund 2 (SILF), usaha menerbitkan surat khabar Inggeris Malayan Times dan keengganannya menyertai rundingan kemerdekaan dan krisis kepimpinan di kalangan pemimpin MIC.

Kajian dan penulisan tentang jawatan menteri yang dipegang oleh Sambanthan dan sumbangannya adalah usaha baru yang tidak pernah dibincangkan secara terperinci sebelum ini dan empat bab dalam buku ini telah diperuntukkan bagi tujuan tersebut. Pendedahan ini dianggap penting bagi menilai pertikaian (kritikan) terhadap sumbangan Tun Sambanthan ke arah kemajuan politik dan sosioekonomi orang India di Malaysia. Usaha-usaha yang dilaksanakan sebagai seorang menteri adalah untuk menjaga kepentingan semua kaum; sudah tentu orang India turut mendapat manfaat. Beliau dan menteri-menteri lain mempunyai obligasi utama dalam mencorakkan pentadbiran negara yang baru mencapai kemerdekaan.

Dengan berpandukan kesabaran dan kesungguhan, penulisan biografi tentang Tun Sambanthan ini dapat dihasilkan. Tun V.T. Sambanthan: Pemimpin Berjiwa Malaysia adalah suatu usaha untuk memperkayakan lagi khazanah sejarah politik tanah air. Pada masa yang sama usaha ini dapat menambahkan lagi tulisan sejarah yang berkaitan dengan orang India dalam bahasa Melayu.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.312 kg
Dimensions 22.8 × 15.2 × 1.1 cm
Edition

Format

ISBN

9789831002155

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Tun V.T. Sambanthan: Pemimpin Berjiwa Malaysia”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.