Tunku: Kelana Penuh Cinta

KOBKUA SUWANNATHAT-PIAN adalah Profesor dan Felo Utama di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Beliau merupakan pakar dalam kajian hubungan Thailand-Malaysia dan sosiopolitik Thailand kontemporari.

Terjemahan daripada judul asal Tunku: An Odyssey of a Life Well-Lived and Well-Loved oleh MARDHIYYAH ABADAN

IBDE (Cetakan Pertama, 2022)
395 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM80.00

Only 1 left in stock

Product ID: 34523 Subject: Sub-subjects: , , ,

Tunku: Kelana Penuh Cinta menawarkan suatu rangkuman lengkap mengenai kehidupan Tunku, baik dari segi peribadinya mahupun politiknya. Penulis merungkaikan perjalanan hidup Tunku bermula dari zaman kanak-kanak, kependidikannya, segala peristiwa turun naik dalam politiknya, dan sumbangannya yang cukup besar kepada negara, orang Melayu dan Islam. Sepanjang kehidupannya yang berwarna-warni itu—beliau hidup sehingga lanjut usianya, iaitu 87 tahun—Tunku Abdul Rahman Putra terbukti setia kepada sifat semulajadinya yang murah hati, jujur, tidak gentar dan sangat prihatin tanpa mengira keadaan sosiopolitik dan ekonominya ketika itu, Mereka yang mengenali dirinya, sama ada kawan mahupun lawan, turut mengakui sifat-sifat Tunku ini. Menurut Tunku, tiada bezanya sama ada beliau memegang jawatan paling tinggi ataupun menjadi rakyat biasa. Sekiranya pertolongannya diminta, sekiranya kritikan membina dan maklum balas terhadap beberapa dasar awam diperlukan, sekiranya ketidakadilan terjadi kepada yang lemah dan tidak berdaya, sekiranya kerajaan atau masyarakat memerlukan amaran atau peringatan, dan sekiranya kebenaran perlu diperjelaskan kepada penguasa, Tunku akan masuk campur dan terus membuat perkara yang orang lain pasti segan silu, tanpa mengambil kira betapa buruk kesannya kepada diri, kemasyhuran atau nama baiknya.

Tuntas, Tunku ialah ahli politik dan ketua yang luar biasa. Beliau begitu menyayangi rakyat dan negaranya dan partinya, UMNO, pastinya, serta tiada satu perkara pun yang tidak akan dilakukan oleh Tunku untuk salah satu belahan jiwanya ini. Perkara yang paling membezakan beliau dengan rakan-rakannya yang pernah memegang jawatan Perdana Menteri ialah Tunku satu-satunya Perdana Menteri yang menjadi lebih miskin selepas meninggalkan jawatan tertinggi itu berbanding sebelum beliau melangkah masuk dan mengemudi negara. Lebih “buruk” lagi, sebaik sahaja bersara, Tunku mendapati dirinya mempunyai tunggakan cukai berjumlah RM80,000 jumlah yang sangat besar pada zaman dahulu. Sebagai ganti, wang persaraan bulanannya sebanyak RM4,000 digantung dan digunakan untuk melunaskan hutang akibat kealpaannya itu. Dengan kiraan mudah, Tunku tidak mempunyai satu sen pun. Beliau sangat bertuah kerana pada saat itulah beliau ditawarkan jawatan Setiausaha Agung untuk sebuah Sekretariat Islam yang baru ditubuhkan.

Ibarat berkayuh sambil bertimba, jawatan ini bukan sahaja menyelesaikan masalah kewangan peribadi tetapi juga memberi Tunku jalan keluar dari negara secara terhormat dan munasabah. Tunku berhijrah demi membolehkan penggantinya yang ketika itu tiada sokongan kukuh meraih gelanggang sosiopolitik negara agar berhasil menerapkan kepimpinan dan gaya pentadbirannya (pengganti Tunku) tanpa takut dibayangi oleh pemimpin sebelumnya yang lebih unggul dan terkenal. Sepanjang berdepan cabaran peribadi dan politik ini, Tunku tetap setia kepada sifatnya yang murah hati dan jujur sebagaimana dirinya yang dahulu. Tunku bahkan meletakkan dirinya sebagai ahli politik dan ketua yang benar serta berbeza. Beliau benar-benar bekerja demi kemaslahatan negara dan rakyatnya, bukannya meraih kekayaan peribadi, penghormatan mahupun pengiktirafan istimewa sebagai balasan–berlawanan dengan ahli politik zaman kini yang sekadar menanam tebu di tepi bibir. Maka tidak hairanlah jika Tunku telah, sedang dan akan terus menjadi pemimpin yang paling disayangi dan dihormati di Malaysia.

Mukadimah dan Penghargaan

BAHAGIAN I: MEMAHAMI TUNKU DARI DEKAT

1. Persekitaran
Catatan Biografi
Kedah: Tanah Tumpah Darah
Keluarga
Kerabat Diraja
Sahabat dan Kenalan Baik

2. Keperibadian
Watak Umum
Perkara yang Disukai dan yang Dibenci
Falsafah Hidup
Pegangan Peribadi
Beberapa Sifat Berlawanan

BAHAGIAN II: MENGERAH TENAGA
Kakitangan Awam, Ahli Politik dan Pemimpin Nombor Satu

3. Berkhidmat untuk Negeri
Tunku sebagai Kakitangan Awam
Zaman Sebelum Perang, 1931-1941
Zaman Perang, 1941-1945
Pengalaman dalam Bidang Kehakiman

4. Memilih Menjadi Ahli Politik, 1951-1955
Tunku dan Keputusan Menceburi Politik
Belantara Politik, 1951-1955
UMNO di Ambang Kepimpinan Tunku
Tunku dan Zaman Kelam UMNO, 1951-1952
Latar Sosiopolitik Semenjak Tahun 1948
Ujian Kekuatan: Pilihanraya Perbandaran 1952
Kelahiran Perikatan dan Hala Tuju Kemerdekaan
Pilihanraya Umum 1955

5. Ketua Menteri dan Kemerdekaan Tanah Melayu, 1955-1957
Ketua Menteri dan Kabinetnya
Pegangan Sosiopolitik Tunku
Watak Utama dalam Senario Politik
Tanah Melayu Pascaperang
Beberapa Jelmaan Tunku
Perjuangan Kemerdekaan Detik Terbaik Tunku
Langkah Terakhir Menuju Kemerdekaan

6. Perdana Menteri dan Pembinaan Negara
Gambaran Keseluruhan
Jatidiri Sosiobudaya
Bahasa
Pendidikan
Adat Istiadat, Etika dan Budaya
Mercu Tanda
Keharmonian Kaum
Kekuatan Politik dan Keselamatan
Kestabilan Politik
Keselamatan
Prinsip Dasar Luar Negara
Penyatuan dan Kesatuan Wilayah: Kelahiran dan Penggabungan Malaysia
Benihnya
Pembentukan Malaysia
Penggabungan Malaysia

7. Kehampaan dan Pengakhiran Sebuah Zaman
Bermulanya Kejatuhan
Tunku dan Rusuhan Kaum 13 Mei
Meninggalkan Pentas Utama

BAHAGIAN III: WARGA BIASA YANG LUAR BIASA

8. Pekerja Biasa
Ringkasan Susunan Peristiwa
Tunku dan Sekretariat Islam
Kepayahan sebagai Warga Biasa, 1971-1976

9. Warga Biasa yang Luar Biasa
The Star dan Tunku
PERKIM: Kebangkitan Semula dan Pengembangan
Rujukan Sosiopolitik

Epilog
Daftar Pustaka
Daftar Kata

Weight0.762 kg
Dimensions23.7 × 15.8 × 4 cm
Author(s)

,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author