Out of stock

Turunnya Sebuah Bendera

USMAN AWANG (b. 1929 – d. 2001) adalah penerima Anugerah Sasterawan Negara pada tahun 1983.

UA Enterprises (Cetakan Pertama, 2007)
148 halaman termasuk Glosari

RM75.00

Out of stock

Product ID: 23900 Subjects: , Sub-subjects: , ,

Menurut penyelenggara antologi Turunnya Sebuah Bendera, perjalanan menyelenggara cerpen-cerpen hasil karya Sasterawan Negara Usman Awang agak memakan masa sedikit. Ini kerana mencari bahan teks yang sesuai, membuat transkripsi daripada jawi ke rumi, menukar ke ejaan terkini dan membuat glosari istilah lama perlu dibuat dengan cermat dan prihatin. Setelah puas meneliti, penyelenggara memilih 18 buah cerpen Usman Awang yang beliau rasa dapat memberi gambaran tentang situasi kehidupan rakyat zaman itu. Penyelenggara telah menelaah dan menggali akhbar-akhbar Utusan, majalah Mastika dan Juita dari tahun-tahun pra-merdeka untuk mendapatkan cerpen-cerpen Usman Awang yang belum pernah dibukukan.

Ada beberapa cerpen yang pernah diterbitkan dalam antologi berjudul Degup Jantung pada tahun 1963, seperti: Surat Dari Seorang Mata-mata, Dari Johor Bahru Ke Kota Tinggi, Turunnya Sebuah Bendera, Koperal Tua dan Tugas, yang dimuatkan ke dalam buku ini.

Dalam usaha baik budi Kumpulan Utusan mengangkat Usman Awang sebagai ‘Seniman Agung’ pada 14 Julai 1999, sebuah antologi cerpen-cerpen dan puisi-puisi beliau telah diterbitkan dalam kumpulan cerpen dan puisi beliau berjudul, Ini Saya Punya Kerja. Judul tersebut adalah judul asal bagi cerpen beliau berjudul, Tugas yang juga dimuatkan dalam antologi ini. Diantara cerpen-cerpen dari terbitan khas ini ialah: Setelah 1948, Kenangan Jauh, dan Kami Yang Terlibat. Cerpen cerpen yang seterusnya: Kalau Ajallah Sampai…!!, Setelah Tahun 1948 (secebis dari pengalaman hidup), Mulanya Dia Menjadi Seorang Mata-mata, Sebuah Coretan, Menyambut Lawatan Ketua Tertinggi Barisan Pemuda, Untuk Malaya Merdeka, Cinta Di Negara Hang Tuah, Kenalan Baru, Menentang, dan Undang-undang Darurat adalah hasil karya beliau yang tersiar dalam akhbar Utusan Zaman, majalah Mastika, Dewan Bahasa, dan Juita.

Turunnya Sebuah Bendera diangkat sebagai tajuk antologi cerpen ini kerana pada penyelenggara, ia menggambarkan puncak semangat merdeka yang mewakili cerpen-cerpen yang lain yang dimuatkan dalam buku ini dan ia juga memberi suatu visual yang sangat terang dan gemuruh.

Weight0.288 kg
Dimensions19.6 × 13.7 × 1.9 cm
Author(s)

Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.