Out of stock

Ugama Islam dan Akal

SYED SHEIKH AL-HADI (1867–1934) merupakan pelopor gerakan Kaum Muda di Malaya.

Malaha Press (Cetakan Pertama, 2017)
183 halaman termasuk Lampiran

RM25.00

Out of stock

ISBN: 9789671422137 Product ID: 1756 Subject: Sub-subjects: , ,

Ugama Islam dan Akal karya Syed Syeikh al-Hadi pada tahun 1930 menceritakan tentang kepentingan menggunakan akal disamping dalil dalam beragama. Buku ini menunjukkan bagaimana manusia sering beragama tanpa berfikir. Ugama Islam dan Akal menceritakan bagaimana Islam mengangkat dan mengiktiraf fungsi akal. Syed Syeikh al-Hadi menggunakan Rukun Islam sebagai kerangka dan menceritakan fenomena semasa umat Islam pada zamannya dan bagaimana seharusnya keadaan umat Islam berdasarkan tujuan agama itu sendiri.

Bermula agama Islam ini ialah benar dan kekal bagi bersetuju dengan akal orang-orang yang berakal di dalam tiap-tiap masa mereka itu menyelidik dan memeriksa dengan halusnya akan tiap-tiap sesuatu kehendak dan tujuan tiap-tiap sesuatu suruhan dan tegahannya yang terkandung di dalamnya bagi faedah-faedah kehidupan manusia di dalam tiap-tiap masa dan kaum bangsa.

Agama Islam ini ialah agama yang terkandung segala hukum-hukumnya di alam Qur’an yang dibawa oleh Sayyidina Muhammad SAW dan yang meliputi segala jenis kebajikan kehidupan dunia dan akhirat, kerana kehendak Tuhan yang menurunkan agama ini ialah mengeluarkan manusia daripada gelita kesesatan kepada cahaya petunjuk dan membawa sekalian manusia kepada perjalanan yang mulia dan terpuji, iaitulah perjalanan yang sangat-sangat lurus.

Bermula adalah bagi agama Islam ini beberapa kelebihan dan kegunaan, maka kita sebutkan di sini setengah daripada apa-apa yang terlebih senang bagi pembaca memahamkannya dan terlebih dahulu mengambil pengertian daripadanya dan terlebih umum pula faedahnya.

Dan kita bahagikan di dalamnya kepada beberapa fasal kelebihan dan kegunaan bagi menyenangkan pembaca memahamkan satu persatu daripada kelebihan dan kegunaannya itu.

Pendahuluan Pengarang
Agama Islam

Fasal Pertama
Kelebihan Dan Kegunaan Akal Yang Pertama

Fasal Kedua
Kelebihan Dan Kegunaannya Yang Kedua

Fasal Ketiga
Kelebihan Dan Kegunaannya Yang Ketiga

Fasal Keempat
Kelebihan Dan Kegunaan Yang Keempat

Fasal Kelima
Kelebihan Dan Kegunaannya Yang Kelima

Fasal Keenam
Kelebihan Dan Kegunaannya Yang Keenam

Fasal Ketujuh
Hikmat Zakat Di Dalam Agama Islam

Fasal Kedelapan
Hikmat Puasa Bulan Ramadan

Fasal Kesembilan
Hikmat Mengerjakan Haji Kebaitul-Haram

Biodata Syed Sheikh Al-Hadi
Gambar Penulis

Weight0.190 kg
Dimensions18.8 × 12.3 × 1 cm
Format

Language

Publisher

Year Published

5.0
Based on 4 reviews
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
  1. Anonymous (store manager)

    (0) (0)
  2. Anonymous (store manager)

    (0) (0)
  3. Anonymous (store manager)

    (0) (0)
  4. Fitri Jalil (Verified Reader)

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.