Ulama dan Politik Kedah, 1842-1960

BARIYAH BASIRAN adalah calon Doktor Falsafah dalam bidang Sejarah Malaysia di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

ISHAK SAAT adalah Profesor di Jabatan Sejarah, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Penerbit UPSI (Cetakan Pertama, 2015)
165 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM28.00

Only 1 left in stock

If you purchase this book you will earn 6 points worth of RM0.60!

Ulama dan Politik Kedah, 1842-1960 mengetengahkan peranan dan sumbangan ulama dalam sama-sama membantu pemerintah untuk mentadbir sebuah negara khususnya Kesultanan Melayu Kedah. Malah buku ini turut memaparkan peranan ulama dalam masyarakat khususnya dalam bidang pendidikan dalam usaha membentuk masyarakat yang rabbani. Dengan menggunakan saluran Institusi pendidikan pondok dan madrasah, mereka yang tidak kenal erti putus asa berusaha membentuk masyarakat Melayu agar berada dalam suasana kehidupan Islam yang syumul.

Dalam menjayakan matlamat tarbiah ini para ulama turut menggunakan media cetak untuk menyampaikan dakwah mereka. Sudah tentu dalam perjuangan Ini mereka turut berhadapan dengan pelbagai tribulasi sama ada daripada pemerintah sendiri mahupun halangan daripada penjajah British yang waktu itu sedang menguasai Tanah Melayu. Namun sebagai cabaran mereka hadapi jua dengan penuh kesabaran. Terdapat 50 buah rumah pondok di Selengkoh, 40 buah di Batu Enam Belas Padang Lumat dan 100 buah di Pokok Sena didirikan bagi menampung pelajar-pelajar. Pusat-pusat pengajian ini berjaya melahirkan ulama-ulama pewaris yang praktikal, proaktif, dan berinovasi menghadapi cabaran semasa.

Sumbangan ulama amat besar dan berterusan dalam memastikan aqidah dan amalan umat Islam berada pada landasan yang benar. Al Tarikh Salasilah Negeri Kedah membariskan beberapa nama ulama seperti Syeikh Abdullah Bin Ahmad Bin Syeikh Ja’far al-Quamiri di zaman pemerintahan Sultan Mudzaffar Shah I (1136M-1179), Syeikh Abdul Jalil Al-Mahdani ketika pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin I (1473-1506), Dato’ Seraja Imam (Sharif Aznan) ketika pemerintahan Sultan Mudzafar Shah II (1547-1602), dan Syeikh Abdul Kadir Mufti B. Syeikh Abdul Jalil Al-Mahdani ketika pemerintah Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II (1804-1843). Para ulama ini bertanggungjawab menyebarkan Islam khususnya di negeri Kedah. Namun lebih awal daripada itu, pada sekitar kurun ke-9 sudah ada usaha dakwah yang dilakukan oleh Syeikh Abdul Qadir Ibn Husin Shah Alam.

Sumbangan para ulama bukan sahaja sebagai pendakwah malah mereka juga turut terlibat secara langsung terhadap keselamatan dan kedaulatan negara. Para ulama menyertai peperangan dan menjadi pimpinan barisan hadapan dalam melawan musuh. Sebagai contoh penyertaan ulama bersama rakyat dalam angkatan perang menentang Syarikat Hindia Timur Inggeris pada 1786 dan orang kafir Siam sekitar tahun 1821M ini disifatkan sebagai perjuangan jihad menentang orang kafir. Semangat jihad menentang musuh adalah amalan yang dianjurkan oleh Islam dalam mempertahankan Tanah Melayu. Dalam gerakan menentang Siam tidak kurang juga para pemimpin dan ulama yang terkorban seperti Tuan Haji Mas’ud. Antara yang lain Dato’ Pekerma, Syed Husin, Tenku Muhammad Akib, Tunku Abdullah, Tungku Sulaiman, Taib Itam, Haji Long, Tok Moris’, Tuk Madi,

Penghargaan
Singkatan

1. PENGENALAN
Latar Belakang
Ulama Tradisional
Kemunculan Ulama Moderate
Kesimpulan

2. ULAMA DALAM MASYARAKAT DAN PEMERINTAHAN, 1842-1908
Pengenalan
Peranan Ulama Kedah Terhadap Pemerintah
Peranan Ulama Kedah Terhadap Masyarakat
Peranan Ulama dalam Perkembangan Pendidikan Tradisional
Kesimpulan

3. ULAMA MENGHADAPI PERUBAHAN ERA BRITISH, 1909 -1945
Pengenalan
Cabaran Pentadbiran dan Pemerintahan
Cabaran Sistem Pendidikan: Peranan Ulama Kedah
Media Cetak: Kesan dan Cabaran Terhadap Ulama
Kesimpulan

4. ULAMA MENGHADAPI TRANSFORMASI PEMIKIRAN DAN POLITIK, 1946-1960
Pengenalan
Peranan Ulama dalam Arus Perubahan Era Politik Baru
Gerakan Penyatuan Ulama: Persatuan Ulama Kedah (PUK) dan Parti Politik
Kesimpulan

5. RUMUSAN

Lampiran
Bibliografi
Indeks

Weight 0.262 kg
Dimensions 22.5 × 15 × 1 cm
Author(s)

,

Edition

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Ulama dan Politik Kedah, 1842-1960”

Your email address will not be published. Required fields are marked *