Ulama Patani: Ketokohan dan Keilmuan

Disunting oleh FARID MAT ZAIN, EZAD AZRAAI JAMSARI, HAKIM ZAINAL, ZAMRI ARIFIN dan ANWAR FAKHRI OMAR

Penerbit UKM (Cetakan pertama, 2016)
374 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM50.00

In stock

Ulama Patani: Ketokohan dan Keilmuan menyentuh pelbagai sudut kehidupan iaitu riwayat hidup, pemikiran, sumbangan dan penglibatan ulama dalam masyarakat di Patani. Antara tema-tema yang terpilih termasuklah pembentukan ulama Patani daripada perspektif sejarah; pengajian akidah, hadith dan tasawuf perundangan Islam; pemikiran, dakwah dan politik dan Bahasa dan kesusasteraan. Penulisan yang dimuatkan dalam buku ini dihasilkan dari sudut pandang peneliti yang banyak membuat kajian terhadap ulama Patani yang terdiri daripada peneliti Patani sendiri juga di luar Patani. Ulama merupakan kelompok penting dalam masyarakat. Mereka merupakan golongan yang dihormati dan disanjung tinggi lantaran ilmu yang dimiliki dan usaha bakti yang dicurahkan dalam melahirkan generasi berilmu dan beramal saleh. Kewujudan mereka telah mempengaruhi kehidupan sesebuah masyarakat itu. Ramai tokoh ulama besar lahir pada setiap zaman dalam sesebuah kelompok masyarakat, namun maklumat tentang diri, pemikiran dan peranan mereka itu tidak ditonjol dengan sewajarnya.

Hal ini akan memberi kesan kepada masyarakat dalam melahirkan generasi cemerlang pada masa akan datang. Pada dasarnya, pembentukan ulama Patani banyak dipengaruhi dan ditentukan melalui pendidikan yang dilalui, para guru yang banyak mengasuh dan kitab-kitab yang dipelajarinya. Buku ini tampil membicarakan secara khusus mengenai ketokohan ulama Patani yang menjadi sebahagian daripada ulama Alam Melayu. Usaha menghasilkan buku berkaitan ulama Melayu sesuatu yang sangat mencabar lantaran kekurangan bahan mengenainya diperoleh di samping banyak maklumat perlu ditapis lantaran status mereka ini sebagai golongan istimewa yang mewarisi tugas para anbia. Walaupun rantau Melayu menghasilkan sebilangan ulama yang masyhur dan menghasilkan kitab dalam pelbagai bidang ilmu, tetapi maklumat mengenai mereka masih langka. Hal ini akan lebih serius jika usaha menulis semula mengenai mereka ini tidak dilakukan. Buku ini berkait langsung dengan ulama Patani.

Prakata

1. Pendahuluan
Farid Mat Zain, Ezad Azraai Jamsari, Hakim Zainal, Zamri Arifin & Anwar Fakhri Omar

I. Pembentukan Ulama Patani dari Perspektif Sejarah

2. Formasi Ulama Patani
Anwar Zainal Abidin

3. Ketokohan dan Karya Ulama Patani
Wan Mohd Shaghir Abdullah

4. Ulama Patani, Pondok dan Kitab Jawi
Muhammad Mahmud

5. Peranan Ulama Warathat al-Anbiya’ dalam Menghidupkan al-Sunnah dan Menegakkan Jamaah
Ismail Lutfi Chapakia

II. Pengajian Akidah, Hadith dan Tasawuf

6. Pengkaedahan Shaykh Daud bin Abdullah al-Fatani dalam Penulisan Akidah
Abdull Rahman Mahmood

7. Pemikiran Shaykh Daud al-Fatani dalam Ilmu Kalam
Ahmad Zuhdi Ismail

8. Kitab ‘Ilm Mantiq (1002H/1593M) Karya Faqih Wan Musa al-Fatani
Mohammad Alinor Abdul Kadir

9. Isu-isu Pengkaedahan Hadith dalam Karya Terjemahan Shaykh Daud al-Fatani
Asmadi Sakat & Azwira Abd. Aziz

10. Shaykh Daud al-Fatani dan Tasawuf
Faudzinaim Badaruddin

III. Perundangan Islam

11. Sumbangan Ulama Patani dalam Perkembangan Iimu Fiqh
Amir Husin Mohd. Nor, Mohd Nasran Mohamad, Siti Zalikhah Md. Nor & Zaini Nasohah

12. Pengaruh dan Pemikiran Fuqaha’ Patani dalam Bidang Perundangan Islam di Malaysia
– Rahimin Affandi Abd. Rahim

13. Penulisan Figh Shaykh Daud al-Fatani
Rahimin Affandi Abdul Rahim

14. Pengaruh Kitab Fath al-Wahhab kepada Penulisan Kitab Matla’ al-Badrayn dalam Tajuk Ma Tutlifuh al-Baha’im
Abdul Basir Mohamad

15. Karya Shaykh Daud al-Fatani: Sorotan terhadap Kitab Bughyat al-Tullab
Anwar Fakhri Omar & Sabariah Che Haron

IV. Pemikiran, Dakwah dan Politik

16. Peranan Ulama Patani dalam Membina Masyarakat Berilmu
Hasan Madmarn

17. Peranan dan Sumbangan Ulama Patani terhadap Perkembangan Pendidikan di Tanah Melayu
Wan Kamal Mujani

18. Shaykh Daud al-Fatani: Hasil Karya dan Sumbangannya terhadap Penyatuan Fikrah Umat Islam Nusantara
Farid Mat Zin & Abdull Rahman Mahmood

19. Isu-isu Poitik dalam Pemikiran Shaykh Daud al-Fatani dan Shaykh Ahmad al-Fatani
Kamarudin Salleh & Mazlan Ibrahim

20. Peranan Ulama Patani dalam Politik: Kayian terhadap Tuan Guru Haji Sulong bin Abdul Kadir
Ahmad Omar Chapakia

21. Gerakan Dakwah di Patani
Ahmad Redzuwan Mohd. Yunus, Badlihisham Mohd. Nasir & Zulkiple Abd. Ghani

22. Penelitian Awal terhadap Kedatangan dan Perkembangan Islam Patani
Ezad Azraai Jamsari & Farid Mat Zain

23. Sumbangan Tuan Guru Haji Ghazali Mundok dalam Pendidikan Islam di Patani
Salamiah Ab. Ghani, Izziah Suryani Mat Resad Arshad & Suhaila Zailani @ Ahmad

V. Bahasa dan Kesusasteraan

24. Puisi Ilmi dalam Karya Shaykh Daud al-Fatani dan Tatbiqnya dalam Bidang Pendidikan
Zulkarnain Mohamed

25. Shaykh Daud al-Fatani dan Sumbangannya terhadap Tatabahasa Arab: Kajian Khusus dalam Kitab al-Risalah al-Fataniyyah fi ‘Ilm al-Nahw
Hakim Zainal & Napisah Karimah Ismail

26. Aspek Kata dalam Laras Bahasa Manuskrip Melayu Mir’at al-Qur’an
Maheram Ahmad & Zamri Arifin

27. Sumbangan Kitab al-Thimar al-Shahiyah fi Ma La Yastaghni al-Mubtada’un ‘Anhu min al-Masai’l al-Nahwiyah dalam Pengajian Ilmu Tatabahasa Arab di Nusantara
Zamri Arifin & Nurul Nur Shuhaida Mohd Mokhtar

28. ‘Unqud al-La’ali Karya Shaykh Wan Ahmad al-Fatani
Zamri Arifin & Norfaiza Mohd Yusoff

Rujukan
Indeks

Weight0.55 kg
Dimensions22.7 × 15.2 × 1.8 cm
Author(s)

, , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Format

Language

Publisher

Year Published

5.0
Based on 2 reviews
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
  1. Anonymous (store manager)

    (0) (0)
  2. Anonymous (store manager)

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.