UMNO Dalam Politik dan Perniagaan Melayu

JAMAIE HAJI HAMIL adalah pensyarah Sains Politik di Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Penerbit UKM (Cetakan keempat, 2016)
272 halaman, termasuk Indeks dan Bibliografi

RM40.00

In stock

Product ID: 21463 SKU: 9789679426434 Categories: , Tags: , , ,

UMNO Dalam Politik dan Perniagaan Melayu membincangkan peranan UMNO yang melibatkan orang Melayu dalam bidang perniagaan, iaitu suatu bidang yang selama ini jarang diceburi oleh orang Melayu lantaran dasar diskriminasi kolonial dan sistem ekonomi dualisme yang dibawa penjajah untuk terus meminggirkan orang Melayu daripada menguasai bidang ekonomi. Keterbelakangan dan kemunduran sosioekonomi orang Melayu menjadi keresahan segolongan elit politik dan intelektual Melayu yang dapat menembusi kealpaan kepimpinan elit Melayu agar tanggungjawab yang lebih besar harus dimainkan oleh mereka supaya kedudukan sosio-ekonomi orang Melayu ditingkatkan.

Menyedari akan keterbelakangan kedudukan sosioekonomi berkenaan, UMNO sebagai teras pemerintah yang berkuasa mengambil inisiatif untuk mengatasinya. Orang Melayu tidak hanya dibiarkan menguasai politik semata-mata tetapi mereka juga perlu menguasai ekonomi yang selama ini hanya dikuasai orang Cina. Pengenalan etnik adalah berdasarkan susunan semula geografi supaya orang Melayu sebagai bangsa pentakrif berada pada kedudukan yang selayaknya.

Melalui kepimpinan UMNO, yang bermula dengan era Tun Razak, beberapa langkah untuk mengatasi kemunduran berkenaan telah diperkenalkan. Kongres Ekonomi Bumiputera I dan II, DEB, MARA, PERNAS dan UDA dilancarkan untuk membantu orang Melayu melibatkan diri dalam sektor perekonomian khususnya bidang perniagaan. Institusi amanah ini dibentuk untuk memastikan kepentingan bumiputera dipelihara dengan menyediakan pelbagai kemudahan, insentif dan bantuan yang diperlukan. Pada masa yang sama UMNO turut bertindak sebagai pemangkin kepada orang Melayu dengan penglibatan organisasi berkenaan dalam perniagaan. Untuk tujuan itu UMNO telah membentuk syarikat korporatnya.

Dalam era Mahathir, orientasi perekonomian bertukar kepada negara berasaskan perniagaan dan perindustrian kerana UMNO meletakkan asas tersebut sejak DEB dilancarkan. Namun, apabila pemegang amanah korporat (nominees & proxy) UMNO turut terlibat dalam perniagaan, situasi bertukar kerana kepentingan politik dan ekonomi dimanipulasi. Fenomena ini semakin sukar dipisahkan apabila orang Melayu yang dibantu oleh UMNO dahulunya kini menjadi jutawan atau ahli korporat yang berjaya. Mereka terus bergantung pada elit politik untuk memastikan kemandirian perniagaan mereka terjamin.

Sementara itu elit politik pula bergantung pada elit ekonomi berkenaan untuk terus mengukuhkan kekuasaan. Persepsi orang Melayu adalah untuk mengumpul kekayaan, jalan pintasnya adalah dengan menjadi ahli politik Jawatan dalam hirarki UMNO bukan lagi jawatan sukarela, tetapi menjadi rebutan di semua peringkat. Fenomena sedemikian mempunyai implikasi yang rumit terhadap sosiopolitik Melayu apabila masing-masing elit berusaha mempertahankan status quo dengan membelakangkan norma sosial budaya Melayu. Kekayaan negara diagihkan kepada kelompok tertentu dengan alasan menjaga kepentingan Melayu, amalan kronisme dan nepotisme dibenarkan, politik wang berkelanjutan, krisis kepimpinan bertukar ganti dan perpecahan perpaduan Melayu berpunca daripada gejala tindakan aktor dalam kepimpinan UMNO. Amalan ini apabila berkelanjutan maka jadilah ia sebagai satu budaya dalam UMNO.

UMNO Dalam Politik dan Perniagaan Melayu diharap dapat menyumbang ke arah paradigma intelek yang berminat untuk memahami dan mempelajari nuansa gerak politik Melayu, khususnya UMNO. Isu-isu yang diangkat dari fenomena-fenomena kontemporer sengaja dianyam dan dijalin dari gerak historis dan diwarnai pula dengan pendekatan sains politik yang diharapkan dapat melengkapkan penerbitan yang sedia ada. Tidak juga sekali-kali mengkritik tetapi karya yang diolah secara ilmiah ini setidaknya boleh diberikan perhatian oleh para perancang strategi, penganalisis, ahli politik, aktivis UMNO dan kepimpinan UMNO sendiri untuk menyemak kembali lipatan masa lampau yang boleh dijadikan teladan dan sempadan untuk mengatur dan memantapkan UMNO pada masa depan, juga untuk sinambungan Melayu.

Weight 0.406 kg
Dimensions 22.8 × 15 × 1.4 cm
Edition

Format

ISBN

9789679426434

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “UMNO Dalam Politik dan Perniagaan Melayu”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.