Out of stock

Undang-Undang Kesultanan Melayu dalam Perbandingan

JELANI HARUN (b. 1962 – ) melanjutkan pengajian di School of Oriental and African Studies (SOAS), University of London dan memperoleh ijazah sarjana pada tahun 1995 dan ijazah doktor falsafah pada tahun 1999 di bawah pimpinan Profesor Vladimir Braginsky. Sekarang berkhidmat sebagai pensyarah kesusasteraan di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia. Antara buku yang telah diterbitkan ialah Pemikiran Adab Ketatanegaraan Kesultanan Melayu (DBP 2003), Bustan al-Salatin (Bab Kedua dan Ketiga) Karangan Nuruddin al-Raniri (DBP, 2004), menjadi editor bagi buku Ilmu Kesusasteraan Abad Ke-21 (Penerbit USM, 2004), Nasihat al-Muluk: Nasihat kepada Raja-Raja (DBP 2006) dan penulis bersama Ali Ahmad dan Siti Hajar Che Man bagi buku Tasawwur Islam dalam Kesusasteraan Melayu Tradisional (Penerbit USM, 2005). Beliau telah menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia bagi penulisan esei (1998 & 2001) Bukunya Pemikiran Adab Ketatanegaraan Kesultanan Melayu telah menerima Hadiah Karya Ilmiah DBP (2011), Hadiah Sastera Perdana Malaysia (2004), Anugerah Buku Negara (2005) don Anugerah Majlis Sastera Asia Tenggara (2005).

Penerbit USM (Cetakan semula, 2010)
454 halaman, termasuk Indeks dan Bibliografi

RM100.00

Out of stock

Undang-Undang Kesultanan Melayu dalam Perbandingan bermatlamat untuk membicarakan semula undang-undang zaman kesultanan Melayu dalam konteks sejarah persuratan dan tamadun masyarakat Melayu. Undang-undang adat telah menjadi amalan sejak ratusan tahun dahulu, mengalami perubahan demi perubahan selaras dengan perkembangan masyarakat, sehingga kemunculan dan pengenalan undang-undang dari Barat sekitar awal abad ke-l9. Pengarang undang undang bukan sahaja seorang ahli perundangan adat, tetapi juga seorang pembesar, sejarawan dan pemikir masyarakat zamannya. Semua nilai ilmu pengetahuan dan pengalaman masyarakat ini perlu dikupas dan diwacanakan semula kepada masyarakat sebagai mengesani sejarah kewujudan dan perkembangan tamadun Melayu masa silam.

Penulisan Undang-Undang Kesultanan Melayu dalam Perbandingan memberi penekanan kepada penerokaan manuskrip sebagai sumber undang-undang kesultanan Melayu yang utama. Dalam penerokaan ini, penulis banyak mendapat kemudahan hasil usaha para sarjana yang telah membuat transliterasi dan transkripsi terhadap beberapa buah manuskrip undang-undang yang utama. Walau bagaimanapun, penelitian semula terhadap manuskrip perlu dilakukan bagi menilai kembali permasalahan yang wujud dalam transliterasi yang telah diterbitkan. Pembacaan semula manuskrip juga penting bagi mengesani naskhah yang belum diteliti atau diterbitkan di samping mencari maklumat baru yang masih belum dibicarakan lagi. Usaha penulis telah membuahkan hasil melalui penemuan beberapa buah naskhah undang-undang yang masih belum diberi penelitian luas oleh sariana.

Di samping kepentingan sumber, buku ini turut memberi keutamaan kepada aspek analisis dan interpretasi terhadap isi undang-undang. Melalui pendekatan ini, penulisan naskhah bukan lagi terbendung kepada usaha mengemukakan deskripsi manuskrip atau membuat ringkasan hukum-hakam, tetapi memberi pemberatan yang tidak kurang nisbahnya kepada perbincangan kritis terhadap idea, nilai atau falsafah masyarakat yang terkandung dalam undang-undang. Aspek interpretasi akan membuka ruang pemikiran yang lebih luas dalam pemahaman dan penghayatan masyarakat terhadap undang-undang zaman silam.

Bagi mendapatkan ruang perbincangan yang lebih luas, penulisan ini dilakukan dalam konteks perbandingan, sama ada dari segi samber ataupun interpretasi, meliputi naskhah undang-undang adat dari kesultanan Melayu di Malaysia dan Indonesia. Beberapa contoh sumber dari kesultanan Patani dan Brunei juga diberi perhatian. Sepanjang pengetahuan penulis, suatu bentuk kajian yang meneliti keseluruhan undang-undang kesultanan Melayu melalui perbandingan naskhah masih belum dilakukan. Satu-satunya usaha awal yang diketahui kini ialah kaiian Sastera Undang-Undang oleh Abu Hassan Sham dan Mariyam Salim yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun 1995. Kebanyakan kajian yang lain masih tertumpu kepada sumber Undang-Undang Melaka atau Undang-Undang Laut Melaka ataupun hanya terhadap satu-satu naskhah undang-undang yang tertentu. Perbandingan naskhah pula, sekiranya ada, hanya melibatkan satu atau dua buah naskhah yang berkaitan sahaja. Justeru, usaha penulis meneliti keseluruhan naskhah undang-undang yang ada secara perbandingan sumber dan interpretasi merupakan suatu usaha baru dalam memahami tradisi perundangan adat Melayu pada masa silam.

Di samping naskhah undang-undang, rujukan-rujukan silang telah juga dilakukan terhadap catatan atau peristiwa undang-undang yang terdapat dalam beberapa sumber penulisan yang lain. Karya sastera sejarah seperti Sejarah Melayu, Misa Melayu, Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah, Hikayat Johor dan sebagainya cukup kaya dengan maklumat yang berkaitan dengan undang-undang. Malah dalam buku ini, penulis akan memanfaatkan beberapa buah karya yang masih jarang dibicarakan oleh sarjana seperti Hikayat Seri Kelantan, Hikayat Jambi, Sejarah Raja-Raja Barus, Bo’ Sangaji Kai dari kesultanan Bima, Syair Perang Aceh dan lain-lainnya.

Tulisan Abdullah Munshi dalam Kisah Pelayaran Abdullah (1838) dan Hikayat Abdullah (1849) turut mengandungi pelbagai catatan pelaksanaan undang-undang adat dan pengenalan awal undang-undang Inggeris di Tanah Melayu yang tidak terdapat dalam naskhah undang-undang adat. Lebih jauh dari itu, catatan pengembara, pedagang dan pegawai Eropah sena surat-surat istana yang melibatkan undang-undang pada masa lalu, termasuk Light Letters, turut menjadi sumber penting kepada penulis. Tidak kurang penting pula beberapa buah karya adab ketatanegaraan Melayu seperti Taj al-Salatin dan Bustan al-Salatin yang mengandungi pelbagai bahan perbincangan berkaitan konsep keadilan raja dan pembesar masa lalu. Semua karya ini merupakan sumber perbandingan penting dalam penulisan naskhah undang-undang adat kesultanan Alam Melayu yang akan diberi tumpuan dalam perbincangan.

Peta penelitian penulis bermula di Kuala Lumpur khususnya di Pusat Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM); Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP); Perpustakaan Za’ba, Universiti Malaya (UM); Arkib Negara; Pusat Islam dan iuga beberapa buah muzium di Melaka, Terengganu, Kelantan, Pahang, Selangor, Kedah dan Perlis. Penelitian lapangan kemudian meniurus kepada koleksi manuskrip undang-undang Melayu yang tersimpan di United Kingdom, khususnya di School of Oriental and African Studies (SOAS), British Library dan Royal Asiatic Society. Usaha selanjutnya membawa penulis ke khazanah manuskrip yang tersimpan di Perpustakaan Leiden University, Belanda. Dari Eropah, penulis melakukan pula penelitian manuskrip yang tersimpan di Perpustakaan Nasional Jakarta, Indonesia.

Susunan buku Undang-Undang Kesultanan Melayu dalam Perbandingan pada asasnya terbahagi kepada lima bahagian perbincangan yang tercerna dalam 24 bab. Bahagian pertama (Bab 1) merupakan pengenalan umum tentang sejarah kajian undang-undang Melayu yang telah dilakukan oleh para sariana sebelum ini merangkumi undang-undang adat di Malaysia dan Indonesia. Pengenalan awal turut diberikan terhadap konsep “undang-undang rimba” dalam sejarah masyarakat Melayu. Bahagian kedua (Bab 2-12) ialah perbincangan terhadap tema pilihan berasaskan naskhah undang-undang adat Melayu di Malaysia. Sementara bahagian ketiga (Bab 13-20) memberi tumpuan kepada tema pilihan bagi naskhah undang-undang dari Indonesia. Bahagian keempat pula (Bab 21-23) khusus membicarakan asas perundangan syariah dan pengenalan undang-undang moden Barat dalam sejarah perundangan Melayu. Bahagian kelima (Bab 24) ialah kesimpulan penulisan.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.796 kg
Dimensions 24 × 16.5 × 2.6 cm
Edition

Format

ISBN

9789838613415

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Undang-Undang Kesultanan Melayu dalam Perbandingan”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.