Out of stock

Undang-Undang Laut Melayu: Undang-Undang Perahu dan Undang-Undang Belayar

AHMAD JELANI HALIMI ialah Profesor Sejarah di Universiti Sains Malaysia.

DBP (Cetakan Pertama, 2013)
159 halaman

RM15.00

Out of stock

ISBN: 9789834610074 Product ID: 496 Subject: Sub-subjects: , ,

Buku Undang-Undang Laut Melayu: Undang-Undang Perahu dan Undang-Undang Belayar membincangkan pelbagai perkara yang berkaitan dengan perahu dan pelayaran termasuklah peraturan tentang perahu, hukuman terhadap penjenayah yang melakukan pelanggaran undang-undang di dalam perahu, peraturan menumpang dan menyewakan perahu, peraturan berdagang dan berkongsi dagangan yang dibawa oleh perahu, serta tugas dan tanggungjawab pegawai perahu atau anak perahu. Kepelbagaian ragam manusia dalam sesebuah komuniti tentulah akan menimbulkan berbagai-bagai peristiwa dan konflik. Oleh itu, bagi menjamin keharmonian sesebuah masyarakat dan menyelesaikan konflik yang berlaku, penguatkuasaan terhadap undang-undang atau peraturan amat diperlukan.

Sejak awal perkembangan tamadun Melayu hingga sebelum tanah Nusantara dijajah oleh kuasa Barat, kehidupan orang Melayu amat bergantung pada laut. Mereka menjadi pelaut, nelayan, pedagang maritim dan kadang-kadang terpaksa menjadi lanun atau perompak laut. Maka lahirlah beberapa versi undang-undang laut Melayu sepertiUndang-undang Perahu dan Undang-Undang Belayar.

Dalam pelbagai jenis hasil sastera undang-undang inilah ditemui undang-undang yang digunakan di laut atau undang-undang maritim. Sememangnya pada peringkat awal perkembangan tamadun bangsa Melayu hingga ke zaman sebelum orang Melayu dijajah oleh orang Barat, kehidupan orang Melayu bergantung pada laut. Ekonomi sebahagian besar orang-orang Melayu bergantung pada kegiatan maritim; sebagai pelaut (pegawai dan anak-anak kapal), nelayan, pedagang maritime dan pada masa-masa tertentu sebagai lanun. Justeru itu kegiatan di laut ini amat penting dalam kehidupan orang Melayu. Sejak dari zaman Sriwijaya (abad ke 6-12M)hingga ke zaman kerajaan Johor-Riau aktiviti perdagangan laut amat penting dalam kehidupan bangsa Melayu. Aktiviti ini sampai di kemuncaknya
dalam zaman Kerajaan Melayu Melaka (1400-1511M).

Undang-undang ini yang dikenali sebagai Undang-undang Laut Melaka bukan hanya digunakan dalam zaman keagungan kerajaan Melayu Melaka, tetapi terus digunakan oleh kerajaan Melayu lainnya setelah runtuh kerajaan Melaka itu; ini termasuklah oleh kerajaan Patani dan Gowa di Sulawesi. Oleh yang demikian terdapat beberapa versi undang-undang ini yang digunakan di sekitar Kepulauan Melayu. Ada yang tidak berubah daripada versi asalnya, manakala ada yang agak jauh berbeza tetapi masih mengekalkan beberapa ciri undang-undang asal itu. Di antara yang berbeza itu adalah undang-undang laut yang akan dibincangkan ini; Undang-undang Perahu dan Undang–undang Belayar. Undang-undang ini lahir hasil daripada aktiviti perdagangan maritim yang begitu aktif pada masa itu yang memerlukan undang-undang atau peraturan yang tersusun rapi bagi mengendalikan perdagangan dan perkapalan yang banyak itu. Undang-undang Laut Melaka ini telah disusun oleh beberapa orang nakhoda terkenal di Melaka dan telah diperkenankan oleh Sultan Mahmud Syah (1488-1511M) sebagai undang-undang yang berkuat kuasa di laut dan di atas perahu.

Undang-undang laut Melayu merupakan sebahagian daripada hasil kesusasteraan tradisional orang Melayu yang dipercayai telah wujud sejak sebelum munculnya kerajaan Melayu Melaka lagi. Namun demikian undang-undang ini tidak tertulis hinggalah kepada zaman Sultan Mahmud Syah (1488-1511). Seperti namanya, undang-undang ini diguna pakai di laut atau di atas kapal ketika belayar. Ia berbeza daripada Undang-undang atau Peraturan Pelabuhan seperti yang terdapat dalam Undang-undang Pelabuhan Kedah dan Adat Aceh. Undang-undang Kedah dan Adat Aceh lebih menjurus kepada kegiatan di pelabuhan walaupun ia melibatkan kapal-kapal dan nakhoda serta dagangan yang dibawa oleh kapal. Berlainan daripada undang-undang laut, undang-undang pelabuhan tidak membicarakan tentang kegiatan nakhoda di laut, kesalahan jenayah dalam kapal dan juga peraturan-peraturan perdagangan yang menggunakan kapal atau perahu sebagai alat pengangkutan.

Weight0.235 kg
Dimensions21.5 × 14 × 1.7 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

5.0
Based on 4 reviews
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
  1. Nasrudin Raja Sulaiman (Verified Reader)

    (0) (0)
  2. MOHD SHAHRULNIZAM (Verified Reader)

    (0) (0)
  3. Muhammad Faiz (Verified Reader)

    (0) (0)
  4. Amir syed (Verified Reader)

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.