Out of stock

Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1312H/1895

HANIF MD LATEH @ JUNID adalah pensyarah bidang sejarah dan tamadun di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Beliau memperoleh Ijazah Doktor Falsafah pada tahun 2017 dari Universiti Kebangsaan Malaysia menerusi kajian dalam bidang Ketatanegaraan Melayu.

IZZIAH SURYANI MAT RESAD @ ARSHAD adalah pensyarah kanan di Pusat Rantau Timur Tengah dan Nusantara, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau berpengalaman lebih 20 tahun bertugas sebagai pensyarah dan penyelidik dalam bidang sejarah dan tamadun Islam di Malaysia. Beliau memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dari Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya menerusi kajian bertajuk reaksi pemerintah dan penduduk terhadap pentadbiran British di Terengganu 1919-1928.

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, 2018)
228 halaman

RM40.00

Out of stock

Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1312H/1895M merupakan sebahagian dari hasil kajian peringkat Doktor Falsafah menerusi tesis bertajuk Implikasi Hubungan Luar Sultan Abu Bakar (1862-1895) terhadap Penggubalan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1312H (1895M). Sebahagian daripada tesis tersebut yang dirombak sebagai karya asli ini memberi tujahan untuk kefahaman masyarakat tentang Perlembagaan Johor yang digubal pada tahun 1895 ketika era Johor.

Kefahaman terhadap teks undang-undang ini sangat penting memandangkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor (UTKJ) merupakan teks perlembagaan bertulis rasmi yang pertama di Tanah Melayu dalam abad ke-19M. Kedudukan sebagai teks tunggal rasmi dalam bentuk sistem ketatanegaraan menjadi asas pengukuran ketamadunan Melayu dalam era tersebut.

Selain itu, tujuan karya ini adalah untuk menyelesaikan kontradiksi dapatan kajian lalu tentang sumber rujukan penggubalan teks ini. Buku ini sesuai dimiliki oleh pelajar, orang awam, ahli akademik dan mana-mana individu yang akan terlibat langsung dengan cabaran pembangunan negara, permasalahan ketatanegaraan dan perkembangan peradaban Melayu. Selain itu, individu yang terlibat dalam bidang politik. undang-undang serta sejarah dan ketamadunan wajar memiliki buku ini sebagai satu asas penting disiplin yang diikuti. Walaupun begitu, individu diluar bidang turut digalakkan membacanya, sementelahan karya ini merupakan garapan asas pada memahami teks perlembagaan berdasarkan pelbagai sudut dalam meneliti UTKJ.

Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1312H (1895M) dimasyhurkan pada zaman pemerintahan Sultan Abu Bakar (1862-1895M), iaitu pada 4 April 1895. Beberapa fasal yang terkandung di dalam UTKJ adalah berkaitan penabalan dan pelantikan sultan Johor, keduanya berkaitan dengan fungsi dan tugas Majlis Mesyuarat Menteri-menteri dan Majlis Mesyuarat Negeri, ketiga peraturan asas berkaitan agama Islam di Johor, keempat adalah asas dan hukuman untuk dipraktikkan di mahkamah keadilan, dan terakhir berkaitan dengan perjanjian yang dibuat antara Johor dan negara luar (asing).

UTKJ yang difahami sebagai sebuah dokumen perlembagaan adalah inti pati pada tatacara pemerintahan. Perlembagaan merupakan hal yang utama dan penting dalam perbincangan sistem politik. Walau bagaimanapun, kewujudan perlembagaan tidak boleh lari daripada faktor yang menyebabkan ia berjaya digubal dan seterusnya berjaya dilaksanakan. Kepentingan perlembagaan Johor atau UTKJ dapat dibuktikan melalui tumpuan yang diberikan dalam kajian terdahulu.

Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1312H/1895M dimulakan dengan mukadimah ringkas atau disebut sebagai seru bukaan.

Seterusnya diikuti dengan penerangan berkaitan dengan Bahagian Makna-makna Perkataan, iaitu pada Bahagian Makna-makna Bagi Perkataan, terkandung 7 perkataan utama yang dipakai dalam UTKJ, iaitu takrifan kepada perkataan raja, waris, waris yang kedua, waris yang lapan, menteri-menteri, ketua-ketua dan jemaah pangkuan negeri. Ia kemudian diikuti lima bahagian yang terkandung di dalamnya 64 fasal, berikut adalah pecahan bahagian tersebut:

  1. Bahagian pertama adalah Undang-undang yang mengandungi fasal 1 iaitu, segala syarah-syarah yang ada di atas ini disifatkan seperti suatu bahagian daripada “Undang-undang Tubuh Kerajaan” itu iaitu dimana-mana yang ada berkenaan di dalamnya;
  2. Bahagian yang kedua adalah Raja dan Kerajaan yang mengandungi 26 fasal;
  3. Bahagian yang ketiga adalah Jemaah Menteri mengandungi 17 fasal;
  4. Bahagian yang keempat adalah Mesyuarat Kerajaan yang mengandungi 12 fasal;
  5. Bahagian yang kelima adalah Berbagai-bagai Ingatan yang mengandungi 8 fasal.
Weight0.348 kg
Dimensions22.7 × 15.2 × 1.8 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

5.0
Based on 1 review
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
  1. Anonymous (store manager)

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.