Universiti Kebangsaan Malaysia: Sejarah Penubuhan

Oleh: Mohd Ali Kamaruddin

Penerbit UKM (Cetakan Kedua 2005)
208 mukasurat
Kulit Keras

RM50.00

Only 1 left in stock

Product ID: 1795 Categories: ,

Lahirnya Universiti Kebangsaan Malaysia pada 18 Mei 1970 adalah hasil perjuangan dan semangat nasionalisme golongan cendiakawan sejak tahun 1920-an lagi.

A. Kadir Adabi mencetuskan idea penubuhan sebuah universiti yang berciri kebangsaan ditubuhkan dengan tujuan untuk memajukan masyarakat Melayu di samping memartabatkan bahasa Melayu ke arah yang lebih tinggi.

Namun begitu, idea tersebut telah tercatat malah perkembangan pendidikan Barat bertapak kuat di Tanah Melayu.

Perkembangan sistem pendidikan kebangsaan telah menghidupkan kembali semangat terhadap penubuhan sebuah universiti yang akan menjadi institusi pendidikan lanjutan bagi pelajar lepasan sekolah aliran Melayu.

Dalam zaman British, sistem persekolahan Melayu sekadar untuk menghapuskan buta huruf di peringkat minimum sahaja agar masyarakat Melayu terus hidup dalam kejahilan dan setakat menjadi kuli penjajah.

Murid-murid di sekolah Melayu bukan sahaja tidak mampu menimba pelajaran dan pendidikan di peringkat menengah dan menamatkan pengajian pada peringkat umur yang terlalu muda, malahan mereka juga terpaksa pulang semula ke kampung untuk meneruskan pekerjaan tradisi ibu bapanya sebagai petani dan nelayan tradisional.

Namun begitu, atas usaha yang berterusan sekumpulan cerdik pandai terutamanya dalam Kesatuan Persekutuan Guru-guru Melayu Semenanjung (KPGMS) telah merealisasikan penubuhan Universiti Kebangsaan.

Tertubuhnya universiti ini bukan sahaja menandakan bermulanya sejarah baru dalam perkembangan sistem pendidikan negara, malah Universiti Kebangsaan telah Berjaya mendaulatkan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan tinggi negara.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.843 kg
Dimensions 18.4 × 2.5 × 25.8 cm
Edition

Format

ISBN

9789679427141

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Universiti Kebangsaan Malaysia: Sejarah Penubuhan”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.