Unsur Alam dalam Puisi Melayu Moden

ZURINAH HASSAN adalah Sasterawan Negara yang ke-13, penerima Anugerah Sastera Negara 2015.

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, 2010)
265 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM40.00

In stock

Unsur Alam dalam Puisi Melayu Moden menilai ketepatan dan kesesuaian Teori Pengkaedahan Melayu di dalam mengkaji hasil kesusasteraan Melayu khasnya puisi moden (sajak) dan mengesahkan rumusan yang dibuat oleh Hashim Awang (1993) bahawa alam dan agama Islam adalah teras penciptaan kesusasteraan Melayu.

Selaras dengan itu, Unsur Alam dalam Puisi Melayu Moden melibatkan kajian terhadap penggunaan unsur alam di dalam puisi Melayu dan pengaruh agama Islam di dalam karya-karya yang dipilih. Penulis meneliti dan menganalisis perkataan yang merupakan objek alam yang terdapat dengan banyaknya di dalam puisi moden terutama penggunaan metafora, simili dan personifikasi.

Penulis membataskan kajian kepada puisi-puisi yang ditulis oleh penyair-penyair warganegara Malaysia, dan disiarkan di pelbagai penerbitan di Malaysia dari tahun 1960 hingga 1999, iaitu untuk tempoh 40 tahun. Tahun 1960 dipilih kerana pada tahun tersebut puisi Melayu moden dianggap telah mencapai kematangan di dalam aspek penggunaan gaya bahasa, khasnya simbolisme dan metafora.

Selain itu, dalam tempoh tersebut juga, bilangan penyair telah bertambah ramai dan tidak lagi tertumpu kepada golongan penyair ASAS 50 sahaja. Hal ini memberi peluang kepada penulis untuk memilih karya lebih ramai penyair dalam usaha menj alankan kajian secara perbandingan.

Untuk memilih bahan, penulis telah membaca sebanyak mungkin puisi yang terbit dalam tahun yang ditetapkan (1960-1999). Sumber utama ialah antologi puisi bersama yang telah disusun oleh penyelenggara yang berwibawa dan memuatkan puisi pilihan daripada hampir semua penyair penting di Malaysia. Antara antologi puisi bersama yang di gunakan ialah Bintang Mengerdip (penyelenggara: Dharmawijaya), Puisi Sepanjang Zaman (penyelenggara: Kamaruzzaman A. Kadir), Lagu Kehidupan (penyelenggara: Kamaruzzaman A. Kadir), Bahasa Alam (penyelenggara: Maarof Saad), Di Penjuru Matamu (penyelenggara: Awang Had Salleh dan lain-lain) dan Lukisan Zaman (penyelenggara: Rahman Shaari).

Selain daripada itu, terdapat juga antologi perseorangan penyair seperti Muhammad Haji Salleh, Baha Zain, Latiff Mohidin, T. Alias Taib, A.Wahab Ali, Naapie Mat, Suhaimi Haji Muhammad, Siti Zaleha M.Hashim dan Dharmawijaya. Penelitian juga diberikan terhadap penerbitan-penerbitan lain yang dianggap berwibawa di dalam penyiaran karya-karya sastera termasuk majalah Dewan Sastera terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Sajak yang dianalisis di dalam Unsur Alam dalam Puisi Melayu Moden telah dipilih melalui beberapa peringkat saringan. Bacaan pertama ialah untuk mengumpul sajak yang mempunyai atau menggunakan unsur alam.

Unsur alam yang digunakan di dalam puisi adalah terlalu banyak dan berbagai-bagai. Sajak yang dikumpulkan daripada bacaan pertama diteliti bagi mencari apakah unsur alam yang paling menonjol yang telah digunakan oleh penyair. Penulis berpendapat ada empat unsur penting iaitu tumbuh-tumbuhan, haiwan, laut dan waktu (peredaran hari). Penulis merangka penulisan iaitu untuk menganalisis puisi di bawah kelompok unsur yang paling dominan di dalamnya.

Sajak yang terkumpul dibaca semula dan dikelompokkan di bawah unsur alam yang telah dipilih iaitu tumbuhan, haiwan, laut dan waktu. Hal ini adalah agak rumit kerana sebuah puisi tidak menggunakan satu unsur alam sahaja.

Kebanyakan puisi menggunakan beberapa unsur alam sebagai perlambangan. Misalnya sajak “Burung Pagi” (A. Wahab Ali) menggunakan unsur haiwan (burung) bersama unsur waktu (pagi). Kombinasi dua unsur alam atau lebih seperti inilah yang menguatkan makna metaforik pada sesebuah ungkapan. Maksudnya kata ‘pagi’ dan kata ‘burung’ tidak mempunyai makna metaforik jika digunakan secara berasingan.

Tulisan ini tidak terhad kepada penyair tertentu. Ia meliputi puisi dari ramai penyair tanpa mengira usia kepenyairan mereka. Ini tennasuklah Muhammad Haji Salleh, Kemala, Suhaimi Haji Muhammad, Baha Zain, Shafie Abu Bakar, A. Latiff Mohidin, Rahman Shaari, Kassim Ahmad, A. Wahab Ali, Naapie Mat, T. Alias Taib, Dharmawijaya, Ali Ahmad, Siti Zaleha M. Hashim, A. Samad Said, Nahmar J amil, Ahmad Sarju, Mahaya Mohd.Yassin, Jaafa HS, Zaihasra, Nassury Ibrahim, A. Ghafar Ibrahim, Badaruddin M.Z, Moechtar Awang, Hashim Yacob, A. Rahim Tapah, Zahari Hasib, Jair Sulai, Saik Dalwis, Marsli N.O. dan Sabar Bohari.

Ternyata alam sangat penting di dalam puisi dan penciptaan puisi. Proses kreatif penyair Melayu telah berlaku melalui proses interaksi, interpretasi, dan integrasi dengan alam.

Interaksi bermaksud penyair berkomunikasi, bercakap, dan bertindak balas dengan alam. Interpretasi bermakna penyair mentafsir setiap objek alam sebagai membawa makna yang lebih besar manakala integrasi membawa maksud penyair menganggap alam adalah sama dan menyatu dengan dirinya.

Buku ini memperlihatkan bagaimana unsur alam lizikal telah diadun ke dalam bahasa kias dan ibarat bagi menyampaikan maksud puisi yang kebanyakannya berisi pengajaran dan menjadi sumber yang mampu memberi manfaat kepada manusia selaras dengan ajaran Islam. Pada keseluruhannya ia memperlihatkan pemikiran penyair bahawa alam fizikal adalah lapisan zahir yang menyediakan petunjuk kepada kewujudan dan keagungan Allah, Pencipta Alam.

Weight0.388 kg
Dimensions22.7 × 15 × 1.5 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.