Unsur Etnosains Malayonesia dalam Bahasa Melayu Sejak Abad ke-5 Masihi

SHAHARIR MOHAMAD ZAIN adalah Profesor Emeritus. Beliau adalah pemegang biasiswa Colombo (1967 dan 1975) dan perintis pelajar aliran Melayu ke seberang laut. Beliau pernah mendapat biasiswa Fulbright Scholarship untuk menjalankan kajian di University of California, Santa Cruz, Amerika Syarikat dengan fokus kepada Formulasi Mekanik Kuantum dengan Kamiran Lintasan. Beliau adalah anak Melayu pertama yang memperoleh Ph.D dalam bidang matematik dengan judul tesisnya, ‘The Formulation of Quantum Action Principle via Gateaux Variation’.

DBP (2015)
770 halaman

RM85.00

Only 1 left in stock

Buku Siri Monograf Sejarah Bahasa Melayu: Unsur Etnosains Malayonesia dalam Bahasa Melayu Sejak Abad Ke-5 Masihi merupakan kumpulan makalah dalam bidang sains dan matematik. Perbincangannya memfokuskan warisan tamadun berbahasa Melayu dalam sains dan matematik yang mencakupi matematik tulen (etnosains matematik), sains hayat (etnosains hayat) dan fizik (etnofizik, khususnya ilmu falak). Hasil penyelidikan matematik Malayonesia berbahasa Melayu yang paling penting setakat ini ialah penemuan sistem nombor dan angka Malayonesia sejak abad ketujuh Masihi yang sepatutnya dianggap sebagai sistem angka perpuluhan yang tertua di dunia.

Penemuan prasasti-prasasti di alam Melayu oleh pengkaji menunjukkan bukti yang jelas bahawa masyarakat Melayu telah mahir dalam bidang sains semenjak dahulu lagi. Namun begitu, selepas penjajahan oleh kuasa Barat, mereka berjaya menguasai pemikiran masyarakat dengan menyatakan bahawa asal usul sains adalah daripada Barat.

Buku Unsur Etnosains Malayonesia dalam Bahasa Melayu Sejak Abad Ke-5 Masihi diharap akan dapat memberi perisa dan gambaran yang cukup menggamit pembaca tentang warisan tamadun berbahasa Melayu dalam sains (walaupun kebanyakan makalahnya ialah matematik, atau lebih am lagi sains matematik), sejak abad kelima Masihi hingga kini. Dalam karya ini, takrif bidang matematik sesuatu bangsa, etnomatematik, tajaan D’Ambrosio itu diperluaskan kepada matematik, atau sains matematik, kontemporer, lalu sekaligus menunjukkan bidang ini memang sarat nilai yang selama ini ditunjukkan hanya sarat nilai bangsa atau bahasa lain sahaja.

Dalam bahagian pertama buku Unsur Etnosains Malayonesia dalam Bahasa Melayu Sejak Abad Ke-5 Masihi memang ditumpukan pada makalah-makalah yang memberi takrif “etnosains matematik” khususnya sains matematik Malayonesia dalam bahasa Melayu sejak dahulu hingga kini.

Bahagian kedua memuatkan makalah-makalah yang membicarakan peranan bahasa dalam pembangunan sains matematik khususnya bahasa Melayu dalam pembangunan sains matematik Malayonesia telah dan kini.

Bahagian ketiga pula memuatkan makalah-makalah yang membicarakan hal-hal yang dianggap boleh mengukuhkan adanya sains matematik Malayonesia dalam bahasa Melayu sejak abad kelima Masihi lagi. Ini penting kerana sehingga kini orang Malayonesia sendiri rata-rata masih tidak tahu dan tidak hendak tahu yang mereka bertamadun tinggi dalam hal pencapaian ilmu termasuklah sains dan matematik.

Bahagian akhir, Bahagian empat ditumpukan kepada makalah yang membicarakan ilmu kontemporer dalam konteks nilai dan kebudayaan Malayonesia, iaitu bercontohkan ilmu matematik kewangan atau pengurusan kewangan dan ekonomi matematik. Ini memenuhi konsep etnosains matematik atau matematik Malayonesia berbahasa Melayu yang diutarakan oleh Shaharir dalam bahagian pertama.

Unsur Etnosains Malayonesia dalam Bahasa Melayu Sejak Abad Ke-5 Masihi diselenggarakan oleh Profesor Dr. Shaharir Mohamad Zain dengan mengumpulkan makalah lapan orang sarjana yang berpengalaman dalam membuat penyelidikan berkaitan Etnosains Melayu. Mereka terdiri daripada Profesor Dr. Shaharir Mohamad Zain sendiri, Dr. Mohammad Alinor Abdul Kadir, Prof. Dato, Dr. Abdul Razak Salleh, Profesor Madya Dr. Mat Rofa Ismail, Dr. Baharrudin Zainal, Dr. Maheran Jaffar, Rohani Abdul Rahman dan Dr. Hanapi Dollah.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.895 kg
Dimensions 13.8 × 3.6 × 21.4 cm
Edition

Format

ISBN

9789834905651

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Unsur Etnosains Malayonesia dalam Bahasa Melayu Sejak Abad ke-5 Masihi”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You may also like…