Unsur Etnosains Malayonesia dalam Bahasa Melayu Sejak Abad ke-5 Masihi

Disunting oleh SHAHARIR MOHAMAD ZAIN

DBP (Cetakan Pertama, 2015)
770 halaman termasuk Indeks

RM85.00

Only 1 left in stock

Buku Siri Monograf Sejarah Bahasa Melayu: Unsur Etnosains Malayonesia dalam Bahasa Melayu Sejak Abad Ke-5 Masihi merupakan kumpulan makalah dalam bidang sains dan matematik. Perbincangannya memfokuskan warisan tamadun berbahasa Melayu dalam sains dan matematik yang mencakupi matematik tulen (etnosains matematik), sains hayat (etnosains hayat) dan fizik (etnofizik, khususnya ilmu falak). Hasil penyelidikan matematik Malayonesia berbahasa Melayu yang paling penting setakat ini ialah penemuan sistem nombor dan angka Malayonesia sejak abad ketujuh Masihi yang sepatutnya dianggap sebagai sistem angka perpuluhan yang tertua di dunia.

Penemuan prasasti-prasasti di alam Melayu oleh pengkaji menunjukkan bukti yang jelas bahawa masyarakat Melayu telah mahir dalam bidang sains semenjak dahulu lagi. Namun begitu, selepas penjajahan oleh kuasa Barat, mereka berjaya menguasai pemikiran masyarakat dengan menyatakan bahawa asal usul sains adalah daripada Barat.

Buku Unsur Etnosains Malayonesia dalam Bahasa Melayu Sejak Abad Ke-5 Masihi diharap akan dapat memberi perisa dan gambaran yang cukup menggamit pembaca tentang warisan tamadun berbahasa Melayu dalam sains (walaupun kebanyakan makalahnya ialah matematik, atau lebih am lagi sains matematik), sejak abad kelima Masihi hingga kini. Dalam karya ini, takrif bidang matematik sesuatu bangsa, etnomatematik, tajaan D’Ambrosio itu diperluaskan kepada matematik, atau sains matematik, kontemporer, lalu sekaligus menunjukkan bidang ini memang sarat nilai yang selama ini ditunjukkan hanya sarat nilai bangsa atau bahasa lain sahaja.

Dalam bahagian pertama buku Unsur Etnosains Malayonesia dalam Bahasa Melayu Sejak Abad Ke-5 Masihi memang ditumpukan pada makalah-makalah yang memberi takrif “etnosains matematik” khususnya sains matematik Malayonesia dalam bahasa Melayu sejak dahulu hingga kini.

Bahagian kedua memuatkan makalah-makalah yang membicarakan peranan bahasa dalam pembangunan sains matematik khususnya bahasa Melayu dalam pembangunan sains matematik Malayonesia telah dan kini.

Bahagian ketiga pula memuatkan makalah-makalah yang membicarakan hal-hal yang dianggap boleh mengukuhkan adanya sains matematik Malayonesia dalam bahasa Melayu sejak abad kelima Masihi lagi. Ini penting kerana sehingga kini orang Malayonesia sendiri rata-rata masih tidak tahu dan tidak hendak tahu yang mereka bertamadun tinggi dalam hal pencapaian ilmu termasuklah sains dan matematik.

Bahagian akhir, Bahagian empat ditumpukan kepada makalah yang membicarakan ilmu kontemporer dalam konteks nilai dan kebudayaan Malayonesia, iaitu bercontohkan ilmu matematik kewangan atau pengurusan kewangan dan ekonomi matematik. Ini memenuhi konsep etnosains matematik atau matematik Malayonesia berbahasa Melayu yang diutarakan oleh Shaharir dalam bahagian pertama.

Unsur Etnosains Malayonesia dalam Bahasa Melayu Sejak Abad Ke-5 Masihi diselenggarakan oleh Profesor Dr. Shaharir Mohamad Zain dengan mengumpulkan makalah lapan orang sarjana yang berpengalaman dalam membuat penyelidikan berkaitan Etnosains Melayu. Mereka terdiri daripada Profesor Dr. Shaharir Mohamad Zain sendiri, Dr. Mohammad Alinor Abdul Kadir, Prof. Dato, Dr. Abdul Razak Salleh, Profesor Madya Dr. Mat Rofa Ismail, Dr. Baharrudin Zainal, Dr. Maheran Jaffar, Rohani Abdul Rahman dan Dr. Hanapi Dollah.

Senarai Jadual
Senarai Rajah
Senarai Penulis
Kata Pengantar
Prakata
Pendahuluan

BAHAGIAN 1 KONSEP ETNOSAINS MALAYONESIA

BAB 1 Etnomatematik dalam Bahasa Melayu
Shaharir Mohamad Zain

BAB 2 Pembinaan Sains Malayonesia-Islam
Shaharir Mohamad Zain

BAB 3 Pembangunan Sains Matematik Mengikut Acuan Malaysia
Shaharir Mohamad Zain

BAHAGIAN 2 PERANAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU DALAM ETNOSAINS MALAYONESIA SEPANJANG ZAMAN

BAB 4 Peranan Bahasa Sendiri dalam Pembangunan Sains Sepanjang Zaman
Shaharir Mohamad Zain

BAB 5 Keperluan Menjadikan Bahasa Melayu Terlestari Demi Pembangunan Sains dan Matematik
Shaharir Mohamad Zain

BAB 6 Sains Matematik dalam Kebudayaan Berbahasa Melayu
Mohamad Alinor Abdul Kadir

BAB 7 Sains Tabii dan Sastera di Malayonesia
Mohamad Alinor Abdul Kadir

BAB 8 Cerita Jenaka Melayu dan Minda Matematik Pengaryanya
Hanapi Dollah dan Shaharir Mohamad Zain

BAB 9 Penghayatan Unsur Matematik Ibtidai dan Matematik Kabur dalam Beberapa Buah Penceritaan Lisan dalam Bahasa Melayu
Hanapi Dollah

BAB 10 Haiwan yang Tercetus daripada Peribahasa Melayu yang Belum Jelas dari Segi Sainsnya
Shaharir Mohamad Zain

BAB 11 Etnobotani Tertua dalam Bahasa Melayu
Shaharir Mohamad Zain

BAHAGIAN 3 KEWUJUDAN ETNOSAINS MALAYONESIA DALAM BAHASA MELAYU

BAB 12 Etnosains dan Etnoteknologi dalam Bahasa Melayu Sebelum Penjajahan Eropah
Shaharir Mohamad Zain

BAB 13 Epistemologi dan Silogisma dalam Sumber Bertulis Tamadun Malayonesia
Mohamad Alinor Abdul Kadir

BAB 14 Bahasa Melayu Bahasa Ilmu: Bukti menerusi Pembilangan dalam Bahasa Melayu
Mohamad Alinor Abdul Kadir

BAB 15 Sistem Nombor dan Angka dalam bahasa Melayu Berdasarkan Kajian Etimologi dan Penyukatan
Shaharir Mohamad Zain dan Abdul Razak Salleh

BAB 16 Unsur Matematik Malayonesia dalam Bahasa Melayu Akhir Kurun Ke-18 Masihi Hingga Awal Kurun Ke-20 Masihi
Mat Rofa Ismail dan Shaharir Mohamad Zain

BAB 17 Pematematikan Simpulan dan Ikatan dalam Bahasa Melayu
Mohamad Alinor Abdul Kadir

BAB 18 Bintang Tujuh dan Bintang Dua Belas dalam Pengetahuan Tabii Malayonesia
Baharrudin Zainal

BAB 19 Hubungan Intelektual Terawal Malayonesia dengan China
Mohamad Alinor Abdul Kadir

BAHAGIAN 4 EKONOMI DAN PENGURUSAN MALAYONESIA

BAB 20 Sains Matematik dan Pengurusan Malayonesia
Shaharir Mohamad Zain

BAB 21 Pengaruh Sistem Nilai dalam Pengoptimuman Utiliti Berketentuan: Ke Arah Teori yang Lebih Serasi dengan Islam
Shaharir Mohamad Zain dan Rohani Abd Rahman

BAB 22 Konsep Ekonomi Manfaat Malayonesia
Mohamad Alinor Abdul Kadir

BAB 23 Model Matematik bagi Produk Pinjaman dalam Perbankan Islam
Maheran Mohd Jaafar dan Shaharir Mohamad Zain

BAB 24 Perbandingan Pinjaman Model Lazim dan Model Mudharabah
Maheran Mohd Jaafar

Indeks

Weight0.895 kg
Dimensions13.8 × 3.6 × 21.4 cm
Author(s)

, , , , , , ,

Format

Class

Language

Publisher

Series

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author