Unsur Etnosains Matematik Malayonesia, Jilid II

Disunting oleh SHAHARIR MOHAMAD ZAIN

DBP (Cetakan Pertama, 2021)
471 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM46.00

Only 1 left in stock

If you purchase this book you will earn 10 points worth of RM1.00!

Unsur Etnosains Matematik Malayonesia, Jilid II merupakan kajian terhadap ketinggian citra ilmu astronomi dan kosmologi, malah kosmogoni dan kosmogenesis, dalam ketamadunan Malayonesia. Selama ini tiada tulisan yang menonjolkan fakta ini, khususnya yang membuktikan adanya ilmu ini dalam karya berabad-abad lamanya dahulu hingga abad ke-19 Masihi. Buku ini menutupi kelompangan ini dan sekali gus membuktikan ketinggian ilmu ini dalam tamadun Malayonesia. Di samping itu, buku ini juga memaparkan kritikan terhadap kedudukan ilmu ini kini dalam teori masyhurnya, Teori Einstein atau Teori Kenisbian. Kritikan ini dilakukan dalam acuan atau paradigma ilmu Islam dan ilmu Malayonesia yang tentunya mengejutkan banyak pihak, terutamanya dalam kalangan sarjana orang Islam seluruh dunia kerana menyentuh karya sarjana besar dunia, Einstein, yang dianggap ramai mencapai tahap maksum dalam bidang ini.

Buku ini diharap mampu menyediakan bukti kekayaan ilmu yang terdapat dalam bahasa Melayu dalam bidang astronomi dan kosmologi antara abad ke-7 Masihi hingga abad ke-19 Masihi, sertu mengukuhkan kewujudan dan kemajuan sebuah bangsa besar yang menepati makna bangsa bertamadun, iaitu tamadun Malayonesia. Hal ini sekali gus membuktikan ampuhnya kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu pada abad sebelum penjajah Eropah bertakhta di rantau ini. Buku ini juga diharap dapat membuktikan kemampuan bahasa Melayu kini yang menjadi wahana untuk mengkritik ilmu sains mutakhir dalam bidang astronomi dan kosmologi, khususnya ilmu Kenisbian Einstein sebagai jalan ke arah pembinaan teori yang baharu dalam acuan kita sendiri.

Elok juga rasanya diperingatkan dan dibicarakan sedikit lagi akan makna etnoilmu, khususnya etnosains matematik yang menjadi mauduk semua bab dalam buku ini, sebagai tambahan kepada hal yang diperkatakan dalam prakata buku Jilid I dahulu. Pertamanya, istilah etnoilmu sebagai sepatah kata bahasa Melayu di Malaysia muncul dengan rasminya pada tahun 1972 dalam bentuk etnobotani yang dirakamkan dalam Kamus Istilah Sains terbitan UKM. Namun, tiada istilah etnoilmu yang lain lagi, seperti etnosains umumnya, dan tiadalah makna etnobotani atau etnoilmu lain seperti yang pernah dibicarakan dalam bahasa Melayu sehingga tahun 1990-an. Oleh sebab itulah, makalah sejarah penyelidikan etnoilmu ini penting, khususnya etnosains matematik di Malaysia sejak mula hingga tahun 2012 dibicarakan dalam Bab 1 buku ini.

Ringkasnya, etnosains Malayonesia, khususnya etnomatematik atau lebih luas lagi etnosains matematik Malayonesia bukan sahaja ilmu yang terhasil daripada ekskavasi ilmu berbahasa Melayu sejak tahun 400 Masihi (tarikh prasasti berbahasa Melayu tertua) yang sudah pun mengandungi maklumat pembilangan Melayu dan gaya penalaran/penaakulan Melayu pada masa itu (seperti yang dibicarakan dalam Bab 1 buku ini), tetapi juga pemahaman sains matematik kontemporari yang dipersuakan dengan sistem nilai rumpun etnik yang menjadikan bahasa Melayu sebagai lingua franca atau bahasa yang mendiami seluruh Asia Tenggara, termasuk Indochina (dengan Kerajaan Funan dan Campa sejak abad pertama Masihi) yang diistilahkan dalam siri buku ini (mulai Jilid I dahulu) sebagai Malayonesia.

Perluasan takrif eenomatematik dan etnosains oleh penyunting buku ini telah pun dibicarakan dalam pengenalan Jilid I dahulu walaupun perisanya masih juga diperkatakan dalam Bab 1 buku Jilid II ini. Persuaan ilmu daripada ekskavasi ilmu (yang hasilnya diistilahkan sebagai unsur etnoilmu oleh sarjana etnosains Barat itu) dengan ilmu kontemporari itu dengan pandangan alam sarjana Malayonesia mungkin membuahkan kritikan ilmu yang baharu dan seterusnya menghasilkan inovasi ilmu atau mencipta ilmu yang baharu; semua ini membentuk etnosains matematik kontemporari. Penemuan seperti ini juga boleh berlaku sebaliknya, iaitu ilmu yang diekskavasikan itu cuba difahami dan dipersuakan dengan status ilmu kini. Hal ini boleh diistilahkan sebagai pengkontemporarian ilmu yang terfosil. Itulah yang berlaku pada sains matematik yang dibicarakan dalam kebanyakan karangan dalam jilid ini dan Jilid I dahulu. Kegiatan seperti ini berupa suatu manifestasi takrif baharu etnosains yang dikemukakan oleh penyunting siri buku ini yang telah pun diperkatakan dalam pengenalan Jilid 1 dahulu. Antara karangan yang mungkin lebih menarik perhatian ramai termasuklah Bab 5 dan Bab 8 buku ini.

Prakata

BAHAGIAN I UMUM

BAB 1 Tiga Dasawarsa Pengalaman Mengangkat Unsur Etnosains Matematik Malayonesia
Shaharir Mohamad Zain

BAB 2 Unsur Sains Matematik dalam Beberapa Buah Manuskrip Malayonesia Berbahasa Melayu Jawi 1590 Masihi — 1905 Masihi
KuPELEMA

BAHAGIAN II ASTRONOMI DAN KOSMOLOGI (FALAK DAN HAY’AH)

BAB 3 Rubu’ Mujayyab sebagai Komputer Analog: Kajian Penggunaan Alat Matematik Ulama Malayonesia
Baharrudin Zainal

BAB 4 Perkembangan Asas Sains Takwim Malayonesia
Baharrudin Zainal

BAB 5 Kesan Pengamalan Ilmu Falak dalam Konteks Agama, Sosial dan Budaya di Malayonesia
Baharrudin Zainal

BAB 6 Unsur Sains Matematik dalam Manuskrip Ilmu Ramal
Baharrudin Zainal

BAB 7 Prinsip Astronomi dalam Tamadun Islam dan Malayonesia
Baharrudin Zainal

BAB 8 Model Alam Semesta Malayonesia Zaman Pra-Islam dan Zaman Peralihannya
Shaharir Mohamad Zain

BAB 9 Unsur Asasi Kejadian dalam Sains Malayonesia dalam Bahasa Melayu Sebelum Dipengaruhi Barat
Shaharir Mohamad Zain

BAB 10 Beberapa Kelemahan Teori Kenisbian mengikut Perspektif Kristian, Islam dan Bahasa Melayu
Shaharir Mohamad Zain

BAB 11 Kritikan terhadap Teori Deguman Besar dan Teori Alam Semesta Mengembang dari Perspektif Bahasa Melayu dan Islam
Shaharir Mohamad Zain

Indeks

Weight 0.545 kg
Dimensions 21.7 × 13.9 × 2.2 cm
Author(s)

,

Edition

Language

Publisher

Series

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Unsur Etnosains Matematik Malayonesia, Jilid II”

Your email address will not be published. Required fields are marked *