Unsur Etnosains Matematik Malayonesia, Jilid III

Disunting oleh SHAHARIR MOHAMAD ZAIN

DBP (Cetakan Pertama, 2021)
399 halaman termasuk Indeks

RM40.00

Only 1 left in stock

Unsur Etnosains Matematik Malayonesia, Jilid III memaparkan dan membuktikan pancaran ketinggian ilmu mantik dalam tamadun Malayonesia. Satu daripada citra ketinggian tamadun berbahasa Melayu (tamadun Malayonesia) terpancar dalam gambaran daripada uar-uar retorik wujudnya ilmu mantik (atau lojik, logik dan logika) yang tinggi yang mungkin sesetengahnya mengatasi ilmu ini di Eropah pada zaman yang sama. Dalam kesusasteraan klasik atau cerita lipur lara, perihal tingginya ilmu ilmuwan Malayonesia dahulu (bertaraf pandita atau budiman) yang semestinya ahli dalam bahasa dan mantik, lalu diungkapkan sebagai “Tamat shorof dengan nahu, tamat mantik dengan makna tamat tafsir dengan bayan”. Namun, selama ini tiadalah karya konkrit yang membuktikan adanya ilmu ini dalam tulisan berbahasa Melayu pada abad yang lama dahulu hingga abad ke-19 Masihi.

Di samping itu, dalam buku ini juga banyak dipaparkan bukti kekayaan ilmu SAKTI, termasuklah fizik, astronomi, kosmologi, dan matematik dalam bahasa Melayu sejak abad ke-5 Masihi dalam tamadun ini. Antaranya termasuklah bilangan dan angka perpuluhan (berlambang kosong) yang tertua di dunia dan model alam semesta abad ke-17 Masihi yang bitara Malayonesia sehingga kekompleksan dan kecanggihannya mendahului status model alam semesta Eropah pada abad itu. Semua ini benar-benar mengukuhkan kewujudan sebuah kemajuan besar yang menepati makna tamadun, tamadun Malayonesia, sekali gus membuktikan ampuhnya kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu pada abad ke-5 Masihi hingga abad ke-19 Masihi.

Prakata
Pengenalan

Bahagian I Umum

Bab 1 Bahasa Melayu Bahasa Ilmu: Telah, Lani dan Kelak*
Shaharir bin Mohamad Zain

Bahagian II Logik (Lojik atau Mantik)

Bab 2 Etnomantik dalam Bahasa Melayu: Satu Perbincangan Awal*
Mat Rofa bin Ismail

Bab 3 Mantik Malayonesia Separuh Pertama Abad ke-17 Masihi Menerusi Manuskrip Mantik Melayu-Jawi yang Tertua: Manuskrip Nur al-Dyn al-Ranyry*
Shaharir bin Mohamad Zain

Bab 4 Keperluan Teori Kebarangkalian Baharu yang Lebih Serasi dengan Sistem Nilai Sendiri*
Shaharir bin Mohamad Zain

Bahagian III Pelbagai Bidang

Bab 5 Keberadaan Sains Tabii dan Teknologi di Malayonesia
Muhammad Alinor bin Abdul Kadir

Bab 6 Sains Matematik dalam Kitab Fiqah Popular Alam Melayu Sebelum Abad ke-19 Masihi*
Baharrudin bin Zainal dan Mat Rofa bin Ismail

Bab 7 Beberapa Unsur Sains Malayonesia Islam yang Tertua dan Cabarannya*
Shaharir bin Mohamad Zain

Bab 8 SAKTI Malayonesia Islam dan Awal Islam*
Shaharir bin Mohamad Zain

Indeks

Weight0.479 kg
Dimensions21.6 × 14 × 2.1 cm
Author(s)

, , ,

Format

Language

Publisher

Series

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author

  • Unsur Etnosains Matematik Malayonesia, Jilid II

    Unsur Etnosains Matematik Malayonesia, Jilid II

    RM46.00
  • Unsur Etnosains Malayonesia dalam Bahasa Melayu Sejak Abad ke-5 Masihi

    Unsur Etnosains Malayonesia dalam Bahasa Melayu Sejak Abad ke-5 Masihi

    RM85.00