Wacana Pemikiran Reformis: Jilid III

Ahmad Farouk Musa ialah Pengerusi dan Pengarah di Islamic Renaissance Front (IRF). Beliau juga merupakan seorang pensyarah di Monash University Malaysia dan seorang pakar bedah Cardiothoracic. Beliau adalah Pengarah bagi Centre for Combating Corruption and Cronyism (C4) dan mantan Timbalan Pengerusi BERSIH 2.0.

Ahmad Nabil Amir ialah Ketua Abduh Study Group, Islamic Renaissance Front (IRF). Beliau memperoleh ijazah M.A. dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan PhD dari Universiti Malaya dalam Usuluddin. Beliau telah menulis dengan meluas tentang pemikiran politik kaum revivalis dan kini mengusahakan terjemahan karya Muhammad Asad, Sahib al-Bukhari: The Early Years of Islam dan Seyyed Hossein Nasr, The Study Qur’an: A New Translation and Commentary.

Mohd Syareen Abdullah mendapat pendidikan al-Qur’an di Darul Quran JAKIM, kemudian menyambung Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Usuluddin di Universiti Yarmouk Jordan. Terlibat sebagai felo Lingkaran Islam Tradisional (LIT) sebuah kumpulan pengkaji khazanah Keilmuan serta kebudayaan Islam di Nusantara. juga terbabit dengan kru Universiti Terbuka Anak Muda (UTAM) dan Felo Penyelidik, Abduh Study Group, Islamic Renaissance Front (IRF). Beliau juga penulis bersama buku Wacana Pemikiran Reformis (2014), Alif Lam Lam Ha (2014) terbitan Dubook press, Bercakap Dengan Quran (2016) terbitan Thukul Cetak.

Hazman Baharom ialah Felo Islamic Renaissance Front (IRF). Beliau ialah mahasiswa pascasiswazah di Pusat Kajian Tinggi Islam, Sains, dan Peradaban (CASIS), Universiti Teknologi Malaysia dan salah seorang pengasas inisiatif Universiti Terbuka Anak Muda (UIAM). Selain itu, beliau juga ialah penulis buku Renungan Kemasyarakatan (MLC, 2016).

Ahmad Muziru Idham ialah graduan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) dalam bidang Kajian Antarabangsa. Beliau sering membentangkan kertas kerja dalam tema-tema berkait dengan hubungan antarabangsa, politik, sasrera, dan hak-hak asasi manusia. Beliau kini adalah Pegawai Advokasi bagi Islamic Renaissance Front (IRF).

Shuhaib Ar Rumy Ismail ialah Felo Islamic Renaissance Front (IRF). Beliau telah mendapat pendidikan al-Qur’an di Darul Quran JAKIM, kemudian memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains (Bioteknologi) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau juga pernah bergerak sebagai kru Universiti Terbuka Anak Muda (UTAM).

Islamic Renaissance Front (2017)
436 halaman

RM60.00

In stock

Product ID: 1565 SKU: 9789671099278 Categories: , Tags: , , , , , ,

Wacana Pemikiran Reformis: Jilid III adalah suatu kehadiran yang wajar dan tepat waktunya. Kehadiran itu adalah penolakan terhadap peminggiran dan penahan. Sebuah wacana yang hadir bisa sahaja bersifat edukatif dan transformatif, ataupun secara berlantang dan menggempur. Masing-masing strategi ini sudah terpakai dalam sejarah, namun dimensi yang edukatif mempunyai hayat bertahan yang lebih lama. Inilah rasanya yang telah, dan sedang diikhtiarkan, oleh sidang penulis di Islamic Renaissance Front (IRF) dan siri kumpulan tulisan ini adalah bukti bahawa mereka ingin menuju ke arah wacana yang persistent dan consistent.

Dari permulaan yang sederhana pada dua jilid terawal, jilid yang ketiga ini lebih memperlihatkan kepelbagaian tema dan malahan lapisan hujah, yang ditulis bukan sahaja oleh ilmuwan seperti Dr Farouk Musa dan Dr Ahmad Nabil Amir tetapi juga oleh para aktivis muda seperti Hazman Baharom, Mohd Syazrcen Abdullah, Ahmad Muziru Idham dan Shuhaib Ar Rumy Ismail. Medan penulisan para aktivis yang berselera untuk berwacana adalah petanda baik dalam suatu pergerakan wacana. Moga-moga potensi besar yang ada pada muda-muda ini bisa terangkul untuk memberi kepemimpinan intelektual di masa hadapan.

Menulis dalam bahasa Melayu untuk wacana Islam reformis dewasa ini adalah suatu ikhtiar yang jarang mahu dilakukan, mentelah lagi di sfera publik, khasnya dalam suasana kencangnya Islam sangar yang galak berdentum di kalangan ahliahli politik, birokrat dan kepimpinan dalam NGO Muslim yang semakin bercambah hari ini. Islam sangar ini rata-rata bertolak dari sikap berkuasaan, sehingga tak sipu-sipu mengklaim bahawa monopoli dalam tafsiran dan amalan keagamaan mereka itu adalah mutlak dan harus diikut, sedangkan versi yang lain adalah salah dan tersimpang. Jadilah manusia yang tercerah dan bergeraklah dengan penuh kematangan.

Untuk meraih akhiran yang mulia ini, kita harus mengasak dalam apa jua cara, keyakinan bahawa kita mampu memahami dan merealisasikan kehendak maqasid dan membenihkan budaya yang toleran dikalangan yang berani untuk berfikir. Sebarang projek muluk dan megah ke arah pembangunan demokrasi dan jama‘i, atau ke arah pengiktirafan dan pemerkasaan kebebasan-kebebasan beragama dan kebebasan untuk melakar matlamat sendiri—tidak akan tercapai sama sekali selagi mana kondisi ketidak-matangan yang dikenakan sendiri ini tidak dilenyapkan

Hanya sekadar berbicara pada keperluan terhadap reformasi tidak lebih baik daripada berbangga dengan kegemilangan kita yang lampau dan menyanjung kehebatan mereka yang terdahulu daripada kita. Dan membataskan diri kita hanya dengan menarik petunjuk daripada tiga generasi terawal as-salafus shalih, adalah jelas bertentangan dengan semangat dan mesej al-Quran itu sendiri. Sesungguhnya penulisan dalam buku ini merupakan salah satu usaha untuk menyingkapi satu sudut dari sejarah tajdid dan islah di dalam kehidupan umat Islam pada dua kurun ke-20 dan ke-21 Masehi ini.

Sehingga setiap individu Muslim serta golongan intelek dan ulama, kita berani memutuskan penyelesaian dalam masalah yang kita hadapi pada hari ini, dan menilai khazanah yang kita warisi daripada zaman dahulu dengan pandangan dan perspektif yang kritis, tanpa membiarkannya untuk membebankan kita; selagi itulah kebebasan berfikir dan kebebasan bertindak itu-yang merupakan elemen terpenting dalam masyarakat Islam-tidak akan sama sekali tergarap.

Maka disebabkan itu, hampir keseluruhan esei-esei dalam Wacana Pemikiran Reformis: Jilid III mengajukan mesej yang sama iaitu pencerahan dan pemerkasaan akal di samping meninjau pemikiran angkatan mujaddid dan reformis silam yang telah mengerahkan segenap ikhtiar mereka untuk mengembalikan kegemilangan umat ini. Mudah-mudahan segala jasa bakti dan perjuangan mereka untuk mengangkat harakat dan martabat akal yang dikurniakan Tuhan akan meraih balasan yang setimpal daripada Tuhan Rabbul jalil.

Weight 0.706 kg
Dimensions 15.8 × 2.5 × 22.5 cm
Edition

Format

ISBN

9789671099278

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Wacana Pemikiran Reformis: Jilid III”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.