Sale!

Wacana Sejarah dan Falsafah Sains: Sains dan Masyarakat

MOHD. YUSOF HJ. OTHMAN adalah Profesor di Program Fizik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sebelum ini beliau adalah Ketua, Jabatan Fizik (1990-94); Timbalan Dekan, Fakulti Sains dan Teknologi (1994-02); Pengarah, Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi, UKM (2002-07); dan Pengarah Pertama, Institut Islam Hadhari sejak Julai 2007 di universiti tersebut.

DBP (Cetakan Pertama, 2009)
727 Muka Surat

RM70.00 RM55.00

In stock

Wacana Sejarah dan Falsafah Sains: Sains dan Masyarakat merupakan himpunan rencana yang telah dibincangkan dalam wacana. Tajuk-tajuk yang dibincangkan diharapkan dapat dimanfaatkan oleh pembaca dan seterusnya dijadikan medan perbincangan dan dialog intelek dalam kalangan mereka yang ingin turut serta. Bahan-bahan yang diutarakan di dalam buku ini diharapkan dapat mengayakan khazanah ilmu dan akan memberikan tatacara ke arah pemikiran sains.

Sains dan teknologi merupakan disiplin utama dalam pembangunan kini. Akan tetapi nampaknya tumpuan utama banyak diberikan kepada membina kapasiti insan untuk menghasilkan pelbagai produk dan perkhidmatan baharu, bukannya memahami tentang falsafah, konsep, tasawur atau pandangan alamiah insan terhadap dunia sains itu sendiri. lsu-isu baharu seperti bahasa sebagai wahana untuk membangunkan ilmu sains dan teknologi, globalisasi, hegemoni Barat ke atas negara membangun, penjanaan ekonomi dalam dunia tanpa sempadan dan segala pembangunan yang lain seolah-olah menafikan peranan agama dan budaya dalam pembangunan sains dan teknologi itu sendiri. Malah nilai agama dan budaya terhakis dalam pembangunan sains dan teknologi kini.

Di Barat, kita sedang menyaksikan betapa kemajuan yang mereka kecapi dalam sains dan teknologi hari ini, menjadikan mereka umat yang paling rakus dalam mengeksploitasi alam ini sehingga alam sekitar dan isu pemanasan global menjadi isu utama kini. Kemajuan sains dan teknologi yang tinggi rupa-rupanya mengundang dunia untuk menjadi tempat yang tidak enak untuk dihuni dengan hujan lebat yang membanjiri sebahagian Bumi, salii cair telah menenggelamkan sebahagian daripada tempat-tempat rendah di dunia, angin dan ribut taufan sedang melanda dan memusnahkan sebahagian tempat yang dulunya enak dihuni, hujan dan kemarau terjadi pada luar musimnya dan pelbagai insiden lagi seperti gempa Bumi dan tsu-nami.

Dari segi sosialnya, manusia seolah-olah sudah hilang matlamat hidup, manusia sudah kehilangan erti kebahagiaan dalam hidup; konsep kebahagiaan berumah tangga sudah musnah, gereja tidak lagi berfungsi sebagai asas untuk membina keluarga, suami tidak tahu menghormati isteri dan sebaliknya, anak-anak tidak tahu lagi menghormati ibu bapanya dan pelbagai ragam sosial masyarakat yang sedang kita tonton.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 1.4 kg
Dimensions 16.0 × 4.5 × 22.7 cm
Year Published

Edition

Format

ISBN

9789836299598

Publisher

Language

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Wacana Sejarah dan Falsafah Sains: Sains dan Masyarakat”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.