Wacana Teks Genre: Teori dan Kaedah

ASMAH HAJI OMAR adalah pakar nahu Bahasa Melayu dan tokoh terkenal dalam bidang perancangan bahasa. Beliau juga Profesor Kerusi Tamadun Melayu Za’ba dan Pengarah Institut Tamadun Melayu di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

DBP (Cetakan Pertama, 2020)
317 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM35.00

Only 1 left in stock

If you purchase this book you will earn 7 reward points!

Wacana Teks Genre: Teori dan Kaedah memerihalkan teori dan kaedah ilmu wacana iaitu suatu ilmu yang menganalisis bahasa yang digunakan secara alamiah, baik dalam bentuk tulisan mahupun lisan. Dalam buku ini, aliran wacana ditelusuri dengan mendalam dan terperinci, iaitu bermula dengan situasi dan diikuti oleh wacana, teks dan genre. Perbincangannya meliputi sembilan bab yang disusun dan dihuraikan secara ilmiah, sesuai dengan keperluan pembaca sasaran. Fokus perbincangan buku ini meliputi wacana lisan dan tulisan.

Dalam wacana lisan, penulis menghuraikan interaksi bersahaja dan interaksi formal, yang meliputi lakuan bahasa, situasi dan konteks, manakala dalam wacana tulisan pula penulis memerihalkan kaedah mengkaji teks, yang di dalamnya diterangkan konsep kohesi, laras dan koheren. Perbincangan dalam buku ini juga dapat mencungkil konsep “kuasa dan ideologi” dengan pengaplikasian teori Analisis Wacana Kritikal.

Bidang kajian linguistik sejak mula diperkenalkan di Universiti Malaya, dan kemudian diikuti oleh universiti-universiti tempatan lainnya, boleh dikatakan mengalir sejalan dengan linguistik arus perdana yang mendominasi kajian linguistik di seluruh dunia dengan meluasnya penyebaran teori Struktural (yang dimulakan oleh Ferdinand de Saussure pada awal abad ke-20), dan teori Transformasi Generatif (yang berasal dari Noam Chomsky, mulai tahun 1957), yang lebih terkenal dengan singkatan TG.

Masing-masing teori ini berorientasikan epistemologi tersendiri, yang berbeza satu sama lain: teori Saussure bersifat empirikal, sedangkan teori Chomsky mentalistik. Kedua-dua teori ini mempunyai ikutan sejagat disebabkan kaedah tiap-tiap satunya dipandang sebagai saintifik, dan telah dapat menjadikan linguistik sebagai ilmu yang dapat berdiri sendiri (autonomous science). Dengan itu, linguistik bukanlah lagi ilmu bantuan (auxillaly science) kepada ilmu-ilmu lain, seperti falsafah, psikologi, dan juga budaya.

Sungguhpun terdapat perbezaan yang membentang luas antara dua teori berkenaan, wujud juga persamaan yang jelas antara kedua-duanya, iaitu tidak memberi pertimbangan kepada faktor konteks situasi (termasuk peranan penutur) dalam pengungkapan bahasa. Ketika kedua-duanya sedang bersemarak dalam kalangan ahli-ahli linguistik sejagat, terdapat teori yang berbeza sekali dari kedua duanya itu, iaitu teori konteks situasi yang benihnya ditanam di Universiti London, khususnya oleh J.R. Firth. Teori ini, yang lebih dikenal sebagai teori aliran linguistik London didapati sesuai diterapkan bukan sahaja oleh ahli-ahli linguistik sendiri, tetapi juga oleh ahli-ahli antropologi budaya dan sosiologi. Dari segi realiti dalam penggunaan bahasa, teori aliran ini boleh diterapkan dalam mengkaji pelbagai jenis teks pertuturan (seperti teks-teks perbualan, syarahan, perbincangan, temu duga, wawancara, drama, dan sebagainya), dan juga teks bertulis (seperti teks-teks saintifik profesional, undang-undang, sastera, laporan, dan sebagainya).

Ahli-ahli linguistik aliran ini bersifat “down to earth“, yakni turun padang, mengkaji dengan terperinci teks-teks seperti yang disebut di atas. Sesuai dengan nama teorinya, maka seiring dengan kajian teks yang bersifat linguistik, diperhatikan juga konteks wujudnya tiap-tiap wacana. Disebabkan wacana timbul daripada sesuatu peristiwa. maka dikaji juga tujuan yang ada di sebalik berlakunya peristiwa dan jenis interaksinya, latar atau sekitaran interaksi diadakan, dan juga orang-orang yang terlibat dalam peristiwa itu, yakni penutur (atau pengarang) dan pihak yang balas-membalas percakapan dengan penutur, serta khalayak penonton dan pendengar (atau pembaca dan penilai bagi teks bertulis).

Ringkasnya, dalam sesuatu situasi ada struktur wacana, dalam wacana ada teks, dan teks dicirikan oleh genre. Ahli-ahli linguistik dalam bidang wacana, teks dan genre sudah mendapat tempat di universiti-universiti tempatan. Tujuan penulis menulis buku ini adalah untuk memberi lakaran teori dan kaedah yang penulis harap dapat membantu para pengkaji di Malaysia mengambil manfaat daripada begitu banyaknya jenis wacana percakapan dan bertulis di sekeliling mereka. Majunya sesuatu komuniti itu dilihat daripada jenis-jenis wacana, dan dengan itu juga jenis-jenis teks, yang digunakan setiap hari oleh komuniti bahasa dan juga komuniti wacana.

Alam penerbitan dan media sosial memberi sumbangan kepada jenis-jenis korpus yang boleh dijadikan bahan kajian. Perbincangan teori-teori terkemuka yang dikaitkan dengan nama Dell Hymes, Norman Fairclough dan Michael Halliday dijelaskan dengan contoh-contoh yang diambil daripada alam Malaysia sendiri, daripada bahasa Melayu, bahasa Iban dan bahasa Inggeris. Penulis tidak dapat memberi contoh daripada bahasa lain kerana analisis memerlukan kefahaman teks yang ada di hadapan kita, bukan setakat ayat-ayat yang dicipta oleh pengkaji tanpa memasukkan konteksnya. Di sinilah letaknya teras teori konteks situasi.

Dengan menjadikan buku ini sebagai rujukan, maka para pengkaji dapatlah melihat perbezaan dalam konsep wacana, dibandingkan dengan konsep teks, dan akhirnya dengan genre. Sungguhpun terdapat perbezaan konsep, dan dengan itu, perbezaan definisi bagi tiap-tiap satunya, ketiga-tiga unsur ini tidak dapat dipisahkan yang satu dari yang lain. Sebagai bidang ilmu, yakni yang ditunjangi dengan kaedah dan teori. Kajian wacana agak lambat penyertaannya sebagai cabang yang diselidiki dan dikaji dengan menerapkan kaedah-kaedah yang mempunyai wibawa akademik dan saintifik, dibandingkan dengan kajian-kajian yang berpusat pada nahu.

Sungguhpun aliran-aliran falsafah wujud dan diturunkan melalui wacana (discourse), yang terdiri daripada perdebatan ahli falsafah yang ulung di Barat, tetapi tidak wujud kajian dengan kaedah-kaedah saintifik dan empirikal, sehingga terdapatnya gabungan kaedah linguistik dan antropologi sosial. Boleh dikatakan bahawa minat ahli-ahli antropologi dalam wacana telah membangkitkan kesedaran ahli-ahli linguistik dan sosiolinguistik tentang faktor-faktor konteks dan budaya dalam mengkaji bahasa manusia.

Penulis secara peribadi telah menjalankan kajian mengenai berbagai-bagai jenis wacana, antara lain wacana temu duga, wawancara, berbagai-bagai jenis laporan, surat-menyurat, perbahasan, perbincangan, perundingan, serta perdebatan Parlimen. Dapatan kajian-kajian itu diperlihatkan dalam kerangka teori dan kaedah yang dibincangkan dalam buku ini. Untuk melengkapkan perbincangan, contoh-contoh wacana juga diambil daripada sastera rakyat Melayu dan Iban.

Prakata

Bab 1 Wacana, Teks dan Genre

Pengantar
Perkembangan Konsep Wacana
Wacana, Teks, Genre: Kaedah Linguistik
Wacana dalam Sosiolinguistik
Wacana dalam Antropologi Sosial
Nahu Sistem dan Nahu Wacana
Wacana, Mesej, Pesan
Penutup
Nota

Bab 2 Kajian Linguistik dan Antropologi

Pengantar
Kajian Komuniti Etnik: Bahasa dan Budaya
Etnolinguistik, Antropologi Linguistik, Linguistik Antropologi
Etnografi
Kajian Bahasa dalam Konteks Situasi
Penutup
Nota

Bab 3 Etnometodologi, Etnografi Komunikasi dan Etnografi Percakapan

Pengantar
Dell Hymes dan Etnografi Percakapan
Liputan Huraian Linguistik
Hala Tuju Huraian Linguistik
Lanjutan daripada Ayat kepada Wacana: Koheren dan Lakuan Bahasa
Kepelbagaian Bentuk Bahasa: Ekonomi Percakapan
Peristiwa Bahasa
Penutup
Nota

Bab 4 Wacana sebagai Amalan Sosial: Kuasa dan Ideologi

Pengantar
Pendekatan CLS
Teori CLS
Wacana dan Amalan Sosial
Analisis Wacana Kritikal (CDA)
Aspek Diskursif dalam Wacana
Perkaitan Teks
Penutup
Nota

Bab 5 Peraturan dan Cara Bercakap

Pengantar
Bercakap dan Perilaku Sosial
Jenis-jenis Interaksi: Konteks Malaysia
Interaksi Bersahaja
Interaksi Tidak Bersahaja atau Formal
Peraturan dan Cara Bercakap
Penutup
Nota

Bab 6 Teks dan Makna

Pengantar
Teori dan Kaedah Tekstual
Sistem dan Metafungsi Semantik
Jalinan Pilihan dalam Sistem Leksiko-Nahu
Klausa dalam Teks
Klausa sebagai Mesej
Klausa sebagai Balas-membalas Pertuturan
Klausa sebagai Representasi
Jenis-jenis Proses Pemberian Makna
Metafungsi Logiko-Semantik
Penutup
Nota

Bab 7 Tekstur, Semiotik, Pragmatik, Linguistik Teks

Pengantar
Teks dan Tekstur
Teks dan Semiotik
Pragmatik dalam Teks
Linguistik Teks
Penutup
Nota

Bab 8 Genre dan Komuniti Wacana

Pengantar
Retorik sebagai Ciri Genre: Menyusuri Falsafah Retorik dan Poetik Aristotle
Komuniti Bahasa dan Komuniti Wacana
Sosioretorik dan Sosiolinguistik
Apa Sebenarnya Genre
Kesusasteraan: Genre, Teks, Wacana
Penutup
Nota

Bab 9 Kesimpulan

Pengantar
Pertimbangan Epistemologi
Penutup

Lampiran I Indirectness as a Rule of Speaking Among the Malays
Lampiran II Power Relations in Parliamentary Debates
Lampiran III Discourse Through Letters: A Social-Functional Approach

Bibliografi
Indeks

Weight 0.366 kg
Dimensions 21.5 × 14 × 1.5 cm
Author(s)

Edition

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Wacana Teks Genre: Teori dan Kaedah”

Your email address will not be published. Required fields are marked *