Out of stock

Wacana Tentang Kaedah: Bagaimana Berfikir dengan Baik dan tentang Mencari Kebenaran dalam Ilmu-Ilmu

RENÉ DESCARTES (1596–1650) adalah ahli falsafah, matematik dan saintis dari Perancis. Beliau mempunyai pengaruh besar dalam wacana kefalsafahan Barat dan juga matematik, sehinggakan sistem koordinat Kartesian dinamakan bersempena nama beliau.

Terjemahan oleh KHALID JAAFAR

Awal Nahdah Resources (Cetakan Pertama, 2017)
130 halaman

RM30.00

Out of stock

ISBN: 9789672117025 Product ID: 922 Subject: Sub-subjects: , , ,

Wacana Tentang Kaedah adalah terjemahan daripada Discours de la Méthode Pour bien conduire sa raison, et chercher la vérité dans les sciences karya René Descartes yang diterbitkan pada tahun 1637. Buku Wacana Tentang Kaedah membuka lembaran baru dalam falsafah. Dalam sejarah falsafah, Rene Descartes dikira sebagai pemula kepada falsafah moden. Discours de la Méthode Pour bien conduire sa raison, et chercher la vérité dans les sciences (Discourse on the Method of Rightly Conducting One’s Reason and of Seeking Truth in the Sciences) atau Wacana Tentang Kaedah Bagaimana Berfikir Dengan Baik Tentang Mencari Kebenaran Dalam Ilmu-Ilmu paling mewakili semangat falsafah moden yang dibawa oleh Descartes.

Descartes dikenali dengan slogan cogito ergo sum, tetapi di dalam buku ini ungkapan itu disebut dalam bahasa ibunda beliau: je pense donc je suis—saya berfikir, maka saya wujud. Descartes mencari keyakinan setelah ragu terhadap segala ilmu bahkan kewujudan dirinya sendiri. Filasuf ini turut memecah tradisi dengan menulis buku ini dalam bahasa ibundanya, bahasa Perancis, bukan bahasa masyarakat terpelajar, iaitu bahasa Latin. Beliau secara sedar ingin buku ini dibaca dengan meluas oleh bangsa beliau. Maka beliau memulakan trend gerakan bahasa-bahasa ibunda sebagai wahana Pencerahan dan bahasa pengucapan intelektual.

Weight0.124 kg
Dimensions17 × 12.1 × 0.8 cm
Author(s)

,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.