Wajah Sarjana Pengajian Melayu Rusia

VICTOR A. POGADAEV adalah sarjana Rusia, pakar sejarah dan budaya Asia Tenggara. Beliau turut bertugas sebagai Profesor Madya di Universiti Malaya.

DBP (Cetakan Pertama, 2015)
174 halaman termasuk Bibliografi

RM20.00

Only 1 left in stock

Wajah Sarjana Pengajian Melayu Rusia mengandungi maklumat yang sangat berharga berkenaan dengan kegiatan penyelidikan dan penerbitan mengenai alam Melayu yang dijalankan oleh para sarjana Rusia. Para pembaca akan menemui dalam buku ini bukan sahaja nama lebih daripada 60 sarjana yang berkecimpung dalam bidang ini secara tetap atau seketika sahaja, tetapi juga biografi singkat dan senarai karya utama mereka. Dalam makalah “Pengajian Melayu di Rusia” yang mendahulukan buku ini, dihuraikan pencapaian para karyawan Rusia dalam bidang tersebut. “Pengajian Melayu” ditafsirkan oleh pengarang secara luas. Ia bukan sahaja melibatkan karya berkenaan dengan Malaysia tetapi juga Brunei, Indonesia dan Singapura yang membentuk kawasan besar yang dominan dengan budaya Melayu.

Kandungan buku ini merupakan kompilasi yang terdiri daripada senarai nama tiap-tiap sarjana berkenaan, lengkap dengan hasil karya akademik masing-masing, sama ada tesis PhD., buku yang sudah diterbitkan, ataupun artikel-artikel yang terdapat dalam jurnal akademik atau separuh akademik. Sebahagian besar karya-karya itu ditulis dalam bahasa Rusia, ada juga yang ditulis dalam bahasa Melayu, dan sejumlah kecil dalam bahasa Inggeris dan Perancis. Tajuk-tajuk dalam bahasa Rusia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu oleh penyusun buku ini, iaitu Victor Pogadaev, yang berkhidmat di Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Sungguhpun jilid ini hanya merupakan senarai tajuk, dan tidak ada abstrak yang memberi maklumat yang lebih lanjut tentang tiap-tiap satu karya itu, tetapi boleh dikatakan cukup memadai dalam memberi pengetahuan sepintas lalu tentang minat sarjana sarjana Rusia terhadap alam Melayu. Melihat tajuk karya-karya berkenaan dan juga pengarang-pengarangnya, gambaran yang dapat diperoleh dari segi ontogeni kajian dan dengan itu minat pengkaji-pengkaji Rusia yang berkecimpung dalam hal ehwal orang Melayu, adalah bermula dengan bahasa dan sastera (bertitik tolak dari sastera lama dan tradisional).

Bidang ini tentu sahaja membawa kepada bidang sejarah, politik dan ekonomi. Dalam hal ini, pengkaji-pengkaji Rusia memperlihatkan laluan yang sama dengan pengkaji-pengkaji Barat sebelum mereka, seperti pengkaji-pengkaji Belanda dan Inggeris, serta pengkaji-pengkaji Perancis dan Jerman. Kelihatannya, laluan yang seperti itu merupakan satu laluan yang universal bagi sesuatu suku bangsa mengetahui suku bangsa yang lain. Satu hakikat yang tidak disangkal oleh sesiapa pun ialah tanpa mengenal dan menguasai bahasa sesuatu suku kaum itu, pengetahuan kita tentang mereka dari segi kehidupan dan kehidupan kemasyarakatan mereka, pasti terhad sifatnya.

Senarai Foto
Kata Pengantar
Prakata
Pengenalan
Singkatan

1. Alieva Natalia Fyodorovna
2. Andrianov Vladimir Dmitrievich
3. Antipov Vladimir Ivanovich
4. Arakin Vladimir Dmitrievich
5. Arkhipova Larisa Vasil’evna

6. Bandilenko Gennady Georgievich
7. Bernova Antonina Alekseevna
8. Boldireva Maria Aleksandrovna
9. Braginsky Vladimir losifovich

10. Chlenov Mikhail Anatolyevich
11. Chlenova Svetlana Fyedorovna
12. Chukina Natalia Pavlovna

13. Demidyuk Ludmila Nikolaevna
14. Denisova Tatiana Anatolievna
15. Deopik Dega Vitalievich
16. Dorofeeva Tatiana Valerianovna
17. Dyomin, Lev Mikhailovich

18. Efanova Larisa Viktorovna
19. Efimova Larisa Mikhailovna

20. Gavrilov Yury Nikolaevich
21. Gnevusyeva Elizaveta Ivanovna
22. Goryaeva Lyubov’ Vitalievna
23. Gozheva Natalia Anatolievna
24. Guber Aleksander Andreevich
25. Gusev Mikhail Nikolaevich

26. Hrenov Yuriy Filippovich

27. Ionova Alla Ivanovna

28. Kessel’brenner Gavriil Leonidovich
29. Kondrasykina Elena Alekseevna
30. Korigodskiy Robert Nisonovich
31. Kukushkina Eugeniya Sergeevna
32. Kullanda Sergey Vsevolodovich
33. Kuznetsova Seda Surenovna

34. Latisyeva Inessa Semyonovna
35. Losyagin Vladimir Nikolaevich

36. Makarenko Vladimir Afanasievich
37. Maletin Nikolai Pavlovich
38. Mervart Lyudmila Aleksandrovna
39. Miklouho-Maclay Nikolai Nikolaevich

40. Ogloblin Aleksander Konstantinovich

41. Pakhomova Lyudmila Fyedorovna
42. Parnickel Boris Borisovich
43. Pavlenko Andrey Petrovich
44. Pogadaev Victor Aleksandrovich
45. Pogadaeva Anna Victorovna
46. Polivanov Evgeny Dmitrievich
47. Prokofyev Georgiy Ivanovich
48. Puzanov, Ivan Ivanovich

49. Revunenkova Elena Viladimirovna
50. Rott Nadezhda Vasil’evna
51. Rudnev Vladimir Sergeevich

52. Severtsev Sergei Leonidovich
53. Sigaev Vladlen Vasilievich
54. Sikorsky Vilen Viadimirovich
55. Sirk Yulo Hennovich
56. Smurova Nadezhda Matveevna
57. Solomonik Inna Naumovna
58. Sorokina Galina Mikhailovna
59. Sulitskaya Tatyana Ivanovna

60. Tesyolkin Avenir Stepanovich
61. Tsyganov Vladilen Aleksandrovich
62. Tyurin Vladimir Aleksandrovich

63. Ulyanov Mark Yuryevich
64. Urliyapov Vyacheslav Fyedorovich

65. Vasilchenko Elena Vasilievna

66. Zabozlaeva Olga Ivanovna
67. Zakaznikova Evgeniya Petrovna
68. Zakharov Anton Olegovich
69. Zharov Vladimir Aleksandrovich
70. Zherebilov Vladimir Alekseevich

Bibliografi

Weight0.292 kg
Dimensions21.4 × 14 × 1.2 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.