Wangi Jadi Saksi

U-WEI HAJI SAARI (b. 1954 – ) adalah seorang pengarah filem tersohor di Malaysia. Beliau mencipta nama melalui filem Perempuan, Isteri dan… pada pertengahan 1990-an. Selain itu karya beliau termasuk Kaki Bakar, Jogho, Buai Laju-Laju dan beberapa filem pendek.

DBP (Cetakan Pertama, 2010)
91 halaman

RM25.00

In stock

Product ID: 26238 Subject: Sub-subjects: ,

Wangi Jadi Saksi merupakan drama karya U-Wei yang menampilkan semula kisah pertikaman Hang Tuah dan Hang Jebat dalam versi yang berlainan daripada sejarah yang terakam dalam teks Hikayat Hang Tuah dan Sulalat al-Salatin. Teater ini mengupas kisah di sebalik sejarah tersebut dengan menghadirkan watak “Wangi” sebagai isteri Hang Jebat. Wangi digambarkan menjadi saksi mata dan penyimpan rahsia kepada peristiwa besar pertikaman dua sahabat tersebut. Watak “Wangi” ialah interpretasi U-Wei daripada cerita yang tidak pernah dikisahkan pada zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka yang ketika itu berada di bawah naungan Sultan Mansur Syah. “Wangi” menjadi saksi terhadap kematian Hang Jebat yang mati bukannya di tangan Hang Tuah tetapi di tangan Pateh Kerma Wijaya.

Drama ini bukan lagi mengisahkan pertelingkahan Hang Tuah dan Hang Jebat, tetapi menjadi gelanggang perdebatan antara Wangi dengan Pateh Kerma Wijaya. Kisah pertikaman ini dirungkai semula dan diberikan tafsiran yang berbeza daripada sejarah yang sedia ada. Dalam usaha memberikan tafsiran baharu, U-Wei dilihat telah mencipta satu teks baharu. Beliau telah meruntuhkan kenyataan yang sudah diterima masyarakat berabad-abad lamanya tentang kisah pertikaman Tuah-Jebat dengan melontarkan satu kemungkinan baharu. Sehubungan dengan itu, U-Wei menjelaskan bahawa beliau yakin “sejarah pada lapis apa sekalipun masih merupakan spekulasi”.

Sifat sejarah itu sendiri adalah subjektif dan sarat dengan mitos serta legenda yang sering menimbulkan pelbagai persoalan. Oleh itu, adalah wajar jika sejarah itu sering ditafsirkan secara berbeza-beza oleh golongan pembaca yang berbeza zaman, ideologi, pendidikan dan sebagainya, seperti yang ditegaskan oleh U-Wei Haji Saari: Sejarah itu tidak pernah mati. Ia mesti kita baca dan tafsir lagi, baca dan tafsir lagi. Kita jangan lupa itu.

Bersandarkan penjelasan di atas, pengkaji mendapati teater ini mengubah peranan sudut pandangan orang ketiga serba tahu dalam teks Hikayat Hang Tuah dan Sulalatus al-Salatin. Suasana pertikaman itu dihadirkan dalam teater dari pelbagai sudut sehingga gerak dan langkah silat setiap tokoh diperihalkan secara terperinci bertujuan untuk menjawab setiap persoalan yang muncul daripada kisah pertikaman tersebut.

Suasana amarah dan pergelutan Tuah-Jebat dalam teks klasik ditukar menjadi suasana damai yang menyenangkan melalui gambaran pertemuan dua sahabat karib yang melepaskan rindu dan mengenang nasib diri. Jebat digambarkan akur dan sanggup mati di tangan Hang Tuah, manakala Hang Tuah pula ditekan rasa bersalah antara taat kepada sultan atau kasih pada sahabat. Akhirnya, pertemuan itu diakhiri dengan Hang Tuah pergi meninggalkan Hang Jebat sendirian di balik tirai tanpa menikam dan membunuh Hang Jebat.

U-Wei menulis drama ini untuk memberikan keadilan yang setimpal kepada kedua-dua tokoh, iaitu Hang Tuah dan Hang Jebat tanpa bertujuan untuk menyalahkan salah seorang antara mereka. U-Wei seolah-olah nampak siapa petualang sebenar dalam kisah Hang Tuah, dan berniat menghukum Pateh Kerma Wijaya yang dibiarkan bebas tanpa balasan dalam Hikayat Hang Tuah dan Sulalat al-Salatin walaupun telah beberapa kali berusaha memfitnah Hang Tuah. Melalui drama ini, U-Wei menghadirkan watak Dang Wangi sebagai watak ketiga yang ada dalam peristiwa pertikaman Tuah-Jebat di istana raja. Beliau diminta Jebat untuk menyediakan hidangan ketika pertemuan dua sahabat itu di dalam istana. Watak keempat ialah Pateh Kerma Wijaya yang masuk ke ruang istana setelah tidak sabar untuk melihat Jebat dibunuh. Akibat marah akan sikap Hang Tuah yang pergi meninggalkan Hang Jebat tanpa menyelesaikan tugasnya, Pateh mengambil keris yang ditinggalkan dan menikam Hang Jebat yang masih berada di balik tirai dan tidak menyedari pemergian Hang Tuah. Marah dengan tindakan Pateh, Hang Jebat keluar mengamuk dan membunuh rakyat lain di luar istana. Kematian Hang Jebat ditikam Hang Tuah tersebar seantero negeri. Rakyat yang menyebelahi Hang Jebat menyimpan rasa tidak senang pada Hang Tuah, manakala rakyat yang menyebelahi Hang Tuah menyimpan rasa benci pada Hang Jebat. Pertikaman itu memberikan kesan buruk kepada peribadi kedua-dua tokoh dan nilai persahabatan mereka.

U-Wei mengesan ketidakadilan yang wujud dalam kedua-dua teks klasik ini. Beliau berusaha menggambarkan keadaan “pelaku sebenar” yang masih terlepas daripada tuduhan dan bebas melaksanakan tugas harian sebagai pembesar istana. Dang Wangi dimunculkan untuk menuntut bela atas kematian Hang Jebat dan berusaha membersihkan nama Hang Tuah sebagai sahabat yang harus dicontohi.

Prakata
Pengenalan

SKRIP WANGI JADI SAKSI

Biodata

Weight0.152 kg
Dimensions21.4 × 14.2 × 0.7 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.