Wanita dan Perjuangan

Penulis:
ISHAK SAAT
NADIAH ISMAIL
AIZA MASLAN @ BAHARUDIN
ROSHIMAH SHAMSUDIN
FATIMAH HASSAN
RAHIMAH HAJI A. HAMID
RATNA ROSHIDA ABD. RAZAK
NAZARUDIN ZAINUN
SITI HAJAR CHE MAN
MOHAMAD MUZAMMIL MOHAMAD NOOR
SOIJAH LIKIN
FATAN HAMAMAH YAHAYA
ZURINA MOHD RADZI

Penerbit UTHM (Cetakan Pertama, 2011)
221 halaman termasuk Bibliografi

RM37.00

Only 1 left in stock

If you purchase this book you will earn 8 reward points!

Wanita dan Perjuangan merupakan himpunan artikel yang membicarakan tentang peranan dan perjuangan kaum wanita dalam pelbagai aspek kehidupan. Merangkumi peranan dan sumbangan terhadap perjuangan nasionalisme Melayu dalam era perjuangan kemerdekaan di Tanah Melayu, penglibatan dalam proses penghijrahan dan pekerjaan, penglibatan wanita dalam aspek ekonomi dan penglibatan kaum wanita dalam urusan agama.

Ungkapan kata-kata, “Tangan yang mendodoi buaian mampu menggoncang dunia”; mengaitkan peranan wanita tidak kurang pentingnya dalam mencorakkan sejarah dunia. Wanita merupakan serikandi dalam perjuangan. Walaupun pada awalnya masyarakat Melayu tradisi hanya melihat kaum wanita sebagai penyeri rumah dan penjaga keluarga sahaja. Tetapi perkembangan politik selepas Perang Dunia Kedua mengubah pandangan tersebut. Perjuangan memartabatkan kaum wanita mula berkumandang di seluruh dunia dengan tema perjuangan emansipasi wanita. Luahan ini dilakukan melalui pelbagai saluran seperti penulisan sastera iaitu puisi dan novel. Malah melalui pelbagai pertubuhan sosial, pendidikan dan juga politik. Impak perjuangan untuk memartabatkan kaum wanita turut dirasai di Tanah Melayu.

Lantaran itu, buku ini ingin mengajak para pembaca agar dapat mengetahui dan memahami peranan, sumbangan dan pengorbanan yang telah kaum wanita lalui. Semoga dengan kelahiran buku ini nanti kaum wanita turut diiktiraf peranan, sumbangan dan pengorbanannya setaraf dengan kaum lelaki dalam pelbagai aspek kehidupan. Penglibatan kaum wanita ceburi seperti perjuangan nasionalisme dan perjuangan kemerdekaan serta penglibatan mereka dalam proses penghijrahan untuk mengangkat taraf ekonomi kaum mereka sendiri. Tidak lupa juga mereka ini turut berperanan dalam urusan keagamaan khususnya dalam institusi haji di Tanah Melayu.

Wanita dan Perjuangan mengandungi 9 bab dengan pelbagai tema dan persoalan. Bab 1 membicarakan tentang penghijrahan pekerja wanita Indonesia dan beban ekonomi. Bab 2 pula membincangkan tentang peranan wanita kiri dalam era perjuangan kemerdekaan. Bab 3 bertemakan penglibatan kaum wanita dalam perjuangan nasionalisme di Kedah. Manakala bab 4 memperkatakan tentang peranan wanita Melayu Kedah dalam urusan pemilikan tanah. Bab 5 pula bertemakan penglibatan dan peranan kaum wanita dalam institusi haji di Tanah Melayu. Kemudian bab 6 mengutarakan tentang wanita Terengganu dari aspek peranan dan fungsi berdasarkan banci penduduk tahun 1921, 1931 dan 1947. Kemudian bab 7 membangkitkan persoalan tentang tenaga kerja wanita Indonesia dalam sektor tidak formal di Pulau Pinang. Dua bab terakhir dalam buku ini pula memperkatakan tentang faktor yang mempengaruhi kejayaan wanita dalam program pembasmian kemiskinan dan pemerkasaan ibu tunggal dan kanakkanak sebagai modal insan berkualiti dalam era pascamerdeka.

Weight 0.343 kg
Dimensions 22.7 × 15.1 × 1.4 cm
Edition

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Wanita dan Perjuangan”

Your email address will not be published. Required fields are marked *