Warisan Busana Murut: Motif dan Corak

Penulisan bersama HUMIN JUSILIN, ISMAIL IBRAHIM dan ANGELINE TOEU YU YUN

DBP (Cetakan Pertama, 2019)
329 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM100.00

Only 1 left in stock

Warisan Busana Murut: Motif dan Corak membincangkan pelbagai bidang kajian yang berkaitan sejarah, seni pakaian dan budaya meliputi 10 subetnik suku Murut di Sabah, merangkumi gambaran tentang kepelbagaian istilah, komposisi dan peragaan yang kontemporari mengikut perkembangan semasa. Di Sabah, kumpulan masyarakat Murut tidak seragam kerana mereka mengamalkan bahasa dan adat yang berbeza. Berlandaskan bahasa dan adat inilah yang mengklasifikasikan mereka kepada beberapa kumpulan kecil. Sekurang-kurangnya terdapat dua rumpun besar dalam masyarakat Murut. Pertama, Murut dataran tanah rendah, dan kedua ialah Murut dataran tanah tinggi. Murut dataran tanah rendah diklasifikasikan kepada Timugon, Nabai dan Bookan, manakala Murut dataran tanah tinggi ialah Tahol, Paluan, Dalit, Sapulut, Sumambu, Alumbis, Kolor dan Salalir.

Owen Rutter juga membahagikan kumpulan ini kepada dua kategori, iaitu pertama, Murut tanah rendah, dan kedua, Murut tanah tinggi. Suku kaum Murut yang mendiami tanah rendah agak sedikit bilangannya jika dibandingkan dengan suku kaum Murut yang mendiami tanah tinggi. Murut tanah rendah adalah daripada golongan mereka yang mendiami tanah rata Keningau yang dinamakan Murut Nabai dan Murut Timugon yang menduduki kawasan tanah rata Tenom. Murut tanah tinggi ialah golongan paling ramai yang mendiami kawasan tanah tinggi di Sabah. Golongan ini dipecahkan kepada beberapa kumpulan besar. Kumpulan pertama ialah Murut Paluan yang tinggal di kawasan tanah tinggi berhampiran Sungai Padas di Tenom dan berkembang ke timur kawasan lembah Sungai Dalit di sempadan Sook, dan seterusnya berkembang sehingga ke barat berhampiran Sipitang.

Kumpulan kedua, iaitu Murut Dalit yang juga dinamakan “orang bukit” yang menduduki kawasan Dalit dan Sook, telah berkembang di sepanjang Sungai Penawan. Kumpulan ketiga merupakan kumpulan yang terbesar. Hal ini disebabkan mereka terdiri daripada Murut Rundum yang menduduki kawasan persekitaran Sungai Tagol dan berkembang ke utara Rundum. Kelompok ini kemudiannya mendapat nama Tahol bagi merujuk petempatan mereka di sepanjang Sungai Tagol. Murut Tahol kemudiannya berpindah dari persekitaran Sungai Tagol dan menduduki kawasan Bole, Kemabong, Tenom dan Tomani. Kumpulan keempat, iaitu Murut Kolor yang tinggal di kawasan sempadan dan bilangannya agak sedikit tinggal di kawasan Bole Sipitang. Kumpulan kelima, iaitu Murut Sapulut yang menduduki kawasan tanah tinggi selatan Sook hingga ke Sungai Sapulut.

Kumpulan keenam, iaitu Murut Pensiangan (Lagungan) yang menduduki kawasan Sapulot, berkembang ke sempadan dan meluas hingga ke tenggara Serudong dan Sungai Kalabakan. Kumpulan ketujuh ialah Murut Tengara yang mendiami kawasan Ulu Sungai Kinabatangan berkembang ke bahagian barat melintasi Ulu Sungai Kuamut. Mereka dikenali sebagai Murut Kinabatangan. Catatan Martin dan Osa Johnson dalam pengembaraannya di bahagian Tenggara Sabah merangkumi Ulu Sungai Kinabatangan hingga ke kawasan Sungai Kuamut dan melintasi Pinangah pada tahun 1920 dan 1935 merakamkan kumpulan Murut Tengara lebih berbudaya dengan pakaian tradisi yang lengkap serta kelihatan sopan dan kemas.

Senarai Rajah
Senarai Jadual
Kata Pengantar
Prakata

1. Masyarakat Murut di Sabah
2. Pakaian Tradisional Murut Tahol
3. Pakaian Tradisional Murut Bookan
4. Pakaian Tradisional Murut Paluan
5. Pakaian Tradisional Murut Timugon
6. Pakaian Tradisional Murut Kolor
7. Pakaian Tradisional Murut Nabai
8. Pakaian Tradisional Murut Tengara
9. Pakaian Tradisional Murut Kalabakan
10. Pakaian Tradisional Murut Serudung
11. Pakaian Tradisional Murut Bintah
12. Pengistilahan Pakaian dan Aksesori Suku Kaum Murut
13. Kesimpulan

Glosari
Bibliografi
Informan
Indeks

Weight1.034 kg
Dimensions25.2 × 19.5 × 2.2 cm
Author(s)

, ,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.