Warisan Hadis Ulama Nusantara

Disunting oleh MAZLAN IBRAHIM, HAZIYAH HUSSIN dan LATIFAH ABDUL MAJID

Penerbit UKM (Cetakan Ketiga, 2017)
206 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM35.00

In stock

If you purchase this book you will earn 7 reward points!
ISBN: 9789674120238 Product ID: 32862 Subjects: , Sub-subjects: , , ,

Warisan Hadis Ulama Nusantara memuatkan makalah yang mengupas sumbangan ulama dalam pengajian dan perkembangan ilmu hadis di Nusantara menerusi kajian terhadap sebahagian kitab mereka. Selari dengan perkembangan ilmu Islam yang pesat, merentasi batas sempadan Semenanjung Arab, usaha dan khidmat bakti terhadap hadis dan melestarikannya turut menjangkau ke negara-negara bukan Arab seperti India, Pakistan, dan negara-negara di rantau Asia Tenggara yang lebih sinonim dengan nama Nusantara. Perkembangan ini berkait rapat dengan kedatangan Islam ke rantau ini. Menurut al-Attas, Islam telah berada di Nusantara semenjak abad ke-7 Masihi melalui interaksi antara masyarakat setempat dengan pedagang Arab dan India. Walau bagaimanapun, pengajian hadis berlaku sedikit lewat dan agak perlahan berbanding pengajian ilmu-ilmu lain. Bahkan, sebelum abad 20 Masihi, bahan yang banyak diajarkan di Nusantara adalah al-Quran, ilmu-ilmu akidah, tasawuf, fiqah Shāfi’iyyah, Nahw dan Saraf.

Demikian juga daripada sudut pengkaryaan ulama Nusantara, didapati karya-karya mereka lebih banyak mewakili cabang-cabang ilmu berkenaan. Perbincangan tentang hadis dan ilmu-ilmu berkaitannya masih belum dibukukan secara khusus, sebaliknya terdapat dalam kitab-kitab fiqah, tasawuf dan akidah. Pengkaryaan dalam bidang hadis secara khusus di Nusantara dapat dikesan seawal abad ke-17 Masihi. Kebanyakan karya-karya yang dihasilkan pada peringkat ini lebih tertumpu kepada pengumpulan hadis secara umum, terjemahan ke dalam Bahasa Melayu dengan tulisan Jawi dan huraian ringkas kepada maksud hadis. Karya hadis juga tidak terbatas kepada hadis-hadis sahih sahaja, bahkan turut mengandungi hadis da’if, athar para Sahabat r.a. dan tabi’in. Manakala sebahagian karya yang lain menumpukan kepada aspek fiqah yang diperoleh daripada hadis-hadis.

Akhir abad ke-19 Masihi dan awal abad ke-20 Masihi memperlihatkan suatu anjakan telah berlaku kepada ilmu hadis dan pengajiannya di Nusantara. Pengajian ilmu ini mula menuju ke satu dimensi baru kerana ulama dan masyarakat setempat telah memberikan perhatian kepada disiplin-disiplin ilmunya sama ada dalam bentuk penulisan atau penyampaian. Para ulama bergiat aktif menghasilkan karya-karya yang amat bernilai dalam bidang hadis sama ada berbentuk karya asli mahupun karya terjemahan dan syarahan kepada kitab-kitab berbahasa Arab karangan ulama dari Timur Tengah. Mereka menyusun semula, menghalusi, memilih dan mensyarahkan kitab-kitab tersebut. Sehubungan itu, buku ini menggarap sebahagian warisan hadis yang ditinggalkan oleh ulama Nusantara.

Mereka terdiri daripada Abd. al-Rauf al-Fansuri al-Singkili, Syeikh Nuruddin al-Raniri, Syeikh Muhammad Arshad al-Banjari, Syeikh al-Nawawi Banten, Syeikh Mahfuz al-Tarmasi, Maulana Tok Khurasan, Syeikh Abu Bakar Palestin, T.M Hasbi Ash-Shiddieqy, Syeikh Mohamed Idris al-Marbawi, Syeikh Muhammad Yasin al-Fadani, Mustafa Abdul Rahman, Muhammad Syuhudi Ismail dan Muhammad Quraish Shihab. Sejarah pengkaryaan hadis ini menunjukkan betapa luasnya penguasaan ilmu dalam kalangan ulama Nusantara. Meskipun mereka tidak menghasilkan karya khusus dalam hadis, ini tidaklah bermaksud mereka tidak memahami dan mendalami ilmu hadis. Sebaliknya mereka telah menggunakan hadis dalam buku-buku di dalam disiplin ilmu lain tanpa mengabaikan aspek metodologi yang ditetapkan dalam penerimaan dan penghujahan dengan hadis.

Prakata

1. Pendahuluan
Mazlan Ibrahim, Haziyah Hussin & Latifah Abdul Majid

2. Syeikh Abd. Al-Rauf Al-Fansuri (1024H/1615M-1693M) dan Kitab Sharḥ Al-Laṭīf Ala Arba’īn Ḥadīthā Li Al-Imām Al-Nawawi
Rosni Wazir

3. Syeikh Nuruddin Al-Raniri (M. 1069H/1658M) dan Kitab Hidāyat Al-Ḥabīb Fī Al-Targhīb Wa Al-Tarhīb
Mohd. Akil Mohamed Ali, Sabri Mohamad & Sulaiman Muhammad Hasan

4. Syeikh Muhammad Arshad Al-Banjari (1122H/1710M-1227H/1812M) dan Manhaj Penulisan Hadis dalam Kitab Sabīl Al-Muhtadīn
Wan Kamal Nadzif Wan Jamil, Mohd. Zahirwan Halim Zainal Abidin & Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi

5. Syeikh Muhammad Nawawi Al-Bantani (1230H/1815M-1314H/1878M) dan Metodologi Penulisan Hadis
Ahmad Levi Fachrul Avivy & Jawiah Dakir

6. Syeikh Mahfuz Al-Tarmasi (1285H/1868M-1338H/1920M) dan Sumbangan dalam Bidang Hadis
Jawiah Dakir & Ahmad Levi Fachrul Avivy

7. Maulana Tok Khurasan (1292H/1875M-1363H/1944M) dan Sumbangan dalam Pengajian Hadis
Fauzi Deraman & Mohd Asmawi Muhammad

8. Syeikh Abu Bakar Palestin (1908-1998) dan Sumbangan dalam Kitab Lubāb Al-Ḥadīth dan Miṣbāḥ Al-Ẓalām
Faisal Ahmad Shah, Mohamad Hasbullah Salim & Jawiah Dakir

9. T. M. Hasbi Ash-Shiddieqy (1904-1975) dan Syeikh Mohamed Idris Al-Marbawi (1313H/1896M-1409H/1989M): Tokoh Hadis Prolifik, Ensiklopedik dan Ijtihadik
Ishak Suliaman

10. Syeikh Muhammad Yasin Al-Fadani (1335H/1916M-1410H/1990M) dan Ketokohannya dalam Ilmu Riwāyah Al-Ḥadīth
Mohd Khafidz Soroni & Mohd Norzi Nasir

11. Syeikh Abdullah Basmeih Muhammad Basmeih (1913-1966) dan Kitab Mastika Hadis
Mohd Farid Ravi Abdullah & Haziyah Hussin

12. Mustafa Abdul Rahman (1918-1968) dan Kitab Hadis 40 (Terjemahan dan Syarahnya)
Haziyah Hussin, Mohd Arif Nazri & Nur Farhah Zainan Nazri

13. Muhammad Syuhudi Ismail (1943-1995) dan Sumbangan dalam Pengembangan Ilmu Hadis
Zulfahmi Alwi & Wan Nasyrudin Wan Abdullah

14. Muhammad Quraish Shihab dan Metode Penulisan Hadis dalam Tafsir Al-Mishbah
Latifah Abdul Majid, Mazlan Ibrahim, Muhd Najib Abdul Kadir & Mabruri Mohd Sai

Rujukan
Indeks

Weight 0.314 kg
Dimensions 22.8 × 15.2 × 1.1 cm
Author(s)

, , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Edition

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.